Telefon milik Jaebeom berdering. Rasa malas mula muncul untuk menjawab panggilan itu kerana yang menelefonnya ialah Hyunji. Jaebeom menekan butang merah pada skrin telefon dan menyambung kerjanya.
Buat kali kedua telefon itu berdering lagi. Jaebeom mula menyampah dan terus menjawab panggilan Hyunji itu. Nanti kalau tak diangkat memanggil pula.
"Kau nak apa? Aku tengah buat kerja ni!"
" Ma-maaf oppa. Ji nak minta kebenaran dari oppa"
"Minta kebenaran dari aku? Untuk apa?"
" Ji nak pergi melawat eomma Im. Boleh kan?"
"Pergilah jelah. Kau tak perlu lah minta kebenaran dari aku. Apa aku kisah sangat pasal kau. Dah! Jangan telefon aku! Aku nak buat kerja ni!"
"Faham...terima kasih"
Beep!
Hyunji memandang lama telefonnya itu. Keluhan kecil keluar dari mulutnya. Hyunji mencapai beg tangannya yang dihadiahkan oleh Puan Im itu. Guchi (?) pula tu haha. Hyunji pada mulanya menolak lembut pemberian itu kerana dia berasa tidak selesa. Macam,dia kan hanya orang biasa jadi Hyunji berasa tidak layak untuk menerima beg tangan yang mahal tu dari Puan Im.
Tapi demi menjaga hati wanita tersebut,diterima sahaja beg tangan itu. Lagipun Hyunji suka dengan pemberian Puan Im itu.
Disebabkan Jaebeom tiada di rumah,Hyunji membuat keputusan untuk pergi ke rumah Puan Im dengan menaiki teksi. Hyunji boleh memandu tetapi kereta cuma ada satu. Itu pun Jaebeom yang gunakan jadi dia taknak menganggu Jaebeom yang tengah bekerja untuk memintanya datang mengambil Hyunji.
Hyunji berjalan ke arah satu pondok bas berdekatan yang biasa pemandu teksi mengambil penumpang. Sementara Hyunji menunggu teksi datang,dua orang lelaki datang dan duduk di bangku pondok itu.
"Cantiklah perempuan ni" kata salah seorang daripada mereka berdua. Matanya galak memerhatikan Hyunji dari atas ke bawah.
"Haah. Hei,kau pergilah test dia hehe" ujar seorang lagi dan kawannya itu mengangguk.
Hyunji tahu bukan dia seorang je yang berada di situ tapi dia menghiraukan saja dua orang lelaki tersebut dan Hyunji mula rasa tidak sedap hati.
Salah seorang daripada mereka bangun dari duduk dan mencubit bahu Hyunji membuatkan gadis itu terkejut dan menjadi takut.
"Ke-kenapa awak cubit saya?"
"Saya cuma nak tegur awak. Bahayalah duduk kat sini sorang-sorang" ujar lelaki itu dengan senyuman yang menakutkan.
"Ke-kenapa?"
"Sebab nanti kau akan...hurgh!"
Tanpa disangka,lelaki itu terus memegang kuat kedua-dua belah tangan Hyunji dengan kuat sekali dan gadis itu mula menangis dan menjerit.
"Lepaskan aku!! Tolong!! Tolong!!"
Seorang lagi daripada mereka menampar Hyunji kuat dan mencengkam muka gadis itu.
"Diamlah! Kalau tak kau jadi lebih teruk!"
"Lepaskan saya!! Jaebeom ah!!tolong!!"
YOU ARE READING
Hate To Love [C]
Fiksi PenggemarPada mulanya membenci,lama kelamaan dia mula sayang. Cuba untuk bersikap buruk tetapi tidak boleh.