Sehun menjenguk kepalanya ke ruang tamu. Kelihatan Jongin sedang nyenyak tidur sekali dengan berdengkur kuat.
"Dengkur dia tu mengalahkan bising bunyi kereta bergerak laju"
"Inilah peluang aku untuk bawa Hyunji keluar dari sini"
💙
💙
💙
Jaebeom terlihat sedang termenung di meja makan rumah Im. Memikirkan keadaan isteri yang mula disayangi dan menunggu berita dari pihak polis.
Puan Im dan Nayeon yang juga menunggu berita tersebut kepenatan dan melepas rasa ngantuk di bilik masing-masing.
Tuan Im yang beredar dari dapur ternampak anak sulungnya itu lalu menggeleng kepala berasa kasihan terhadap Jaebeom.
"Pihak polis tidak lapor apa-apa lagi tentang Hyunji kepada kamu?" Tanya Tuan Im.
Jaebeom hanya berpaling ke arah ayahnya dan menggeleng.
"Tidak ada,ayah"
"Sabarlah. Nanti dapatlah"
Jaebeom mengeluh resah. Hati dia benar-benar tidak tenteram.
"Appa...appa rasa semua ini adalah balasan untuk Jaebeom ke?"
Tuan Im memandang anaknya dengan hairan.
"Maksud kamu?" Lelaki paruh baya itu bertanya lalu duduk di sebelah Jaebeom.
"Selama ini Jaebeom layan dia teruk sangat. Bermula dari appa dengan eomma ambil dia dari entah mana sampailah kami berkahwin. Jaebeom kadang-kadang tengking dia,ada juga pukul dia...Jaebeom rasa bersalah sangat pada Hyunji..."
Tengking,pukul. Dua perkara yang membuat Tuan Im agak terkejut. Dia tahu baran anak dia yang menurun dari diri dia sendiri.
"Mungkin juga,Tuhan mahu bagi kamu peringatan untuk jaga Hyunji baik-baik,layan dia seperti seorang isteri yang sebenarnya. Kenapa kamu pukul dia?"
Jaebeom terdiam seketika.
"Sebab ada perkara yang tidak sengaja dia lakukan tapi Jaebeom pergi marah dia. Jaebeom kesal appa...kesal sangat...Jaebeom tidak mahu kehilangan dia..."
Jaebeom terus memeluk Tuan Im dan menangis dengan kuat. Rasa menyesal melayani Hyunji dengan buruk. Bila hati sudah terpaut pada yang dibenci,ujian menimpa,sesal tidak berguna.
"Jaebeom terus berdoa supaya Hyunji dipertemukan. Syukurlah pintu hati Jaebeom dah terbuka untuk dia. Selepas ini,layan dia dengan sebaik-baiknya. Faham?"
Jaebeom mengangguk dalam esakan. Dia berjanji pada dirinya akan menyayangi Hyunji sepenuhnya.
Dalam melupakan Suzy buat selamanya.
❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄
Sehun perlahan-lahan berjalan ke arah bilik tidur Jongin. Dia mendekati Hyunji dan melonggarkan ikatan tangan dan kaki gadis itu membuatkan Hyunji yang terlelap itu terbangun.
"Eh? Apa yang--"
Sehun meletakkan jari telunjuk di bibir Hyunji,menyuruh gadis itu diam.
"Aku mahu bawa kau keluar dari neraka ini jadi diam"
Selesai dengan ikatan itu,Sehun memimpin tangan Hyunji keluar dari rumah itu.
Mereka berdua berjengket ke arah pintu utama. Namun nasib tidak menyebelahi mereka. Jongin ternampak adegan itu.
"Sehun! Apa kau buat ni?! Lepaskan Hyunji aku!"
"Hyunji cepat!!"
Sehun terus menarik tangan kuat dan berlari keluar dari rumah. Sehun membiarkan Hyunji mendahuluinya membuatkan dirinya tertembak dari belakang oleh Jongin.
YOU ARE READING
Hate To Love [C]
Fiksi PenggemarPada mulanya membenci,lama kelamaan dia mula sayang. Cuba untuk bersikap buruk tetapi tidak boleh.