"Oppa...oppa...oppa"
Jaebeom yang sedang nyenyak tidur itu menggeliatkan badan dek cubaan Hyunji membangunkannya.
"Apa kau nak? Aku sedap tidur ni.." Tanya Jaebeom dengan matanya sedikit terbuka mendongak memandang Hyunji
"Eomma ada telefon Ji. Dia cakap dia nak bawa Ji pergi mall. Boleh tak?" Tanya Hyunji. Baginya keizinan dari suami itu penting.
"Pergilah. Dah jangan kacau aku nak tidur" Jawab Jaebeom. Bantal kecil yang jatuh dari sofa dia baring diambil dan menyambung tidur.
Hari itu Jaebeom dibenarkan pulang awal oleh ayahnya kerana kurang sihat.
Setelah mendapat keizinan dari Jaebeom,Hyunji berjalan ke arah rak kasut dan mencapai beg tangannya. Diambil smartphone di dalam beg itu dan dia menelefon Puan Im.
"Yeoboseyo? Ya,Hyunji. Jaebeom
bagi ke tidak?""Jaebeom oppa izinkan"
ujar Hyunji seraya tersenyum. Tatkala itu juga matanya melihat Jaebeom yang sudahpun berdengkur.
"Okey,Hyunji tunggu dulu ya. Nayeon dengan eomma dalam
perjalanan""Baik,eomma"
❄
❄
❄"Eomma! Masa kita nak pergi beli barang nanti kita singgah kat satu kedai barang solekan boleh?" Tanya Nayeon dengan teruja.
Puan Im mengerutkan dahinya.
"Nak buat apa? Berlambak lagi alat solek dengan bedak,gincu semua tu. Jangan membazirlah,Yeonie" bebel Puan Im. Nayeon mencebik dan dia membuat muka simpati pada Puan Im.
Akhirnya Puan Im mengalah.
"Yelah-yelah. Tapi pakai duit kamu sendiri" ujar Puan Im dengan membeliakkan sedikit matanya kepada Nayeon tanda tegas. Dia tidak suka anaknya membazir.
Nayeon membuat tangan yes! dan terus mencium Puan Im.
"Gomawo,eomma!" Nayeon pun memeluk ibunya. Puan Im hanya tersenyum dan
menggosok-gosok tangan Nayeon yang melingkari tubuhnya. Anak perempuan sorang je.Hyunji yang berjalan bersama dengan dua beranak itu juga tersenyum. Apabila gadis itu memandang ke arah lain,mata Hyunji terpacak pada satu figura.
Dengan serta merta Hyunji berhenti berjalan. Matanya terpaku pada lelaki yang memakai hoodie hitam berdiri pada dinding sebuah kedai baju bayi.
'Macam aku kenal lelaki tu...tapi siapa dia?' fikir Hyunji dalam hati.
Merasakan Hyunji tiada di sebelahnya,Puan Im berhenti berjalan diikuti oleh Nayeon. Melihat Hyunji berdiri statik di belakang,Puan Im terus berjalan ke arah menantunya itu meninggalkan Nayeon yang terpinga-pinga melihat Hyunji.
"Hyunji ah. Kenapa berhenti ni?"
"Ahh. Tak-takda apa-apa eomma. Cuma..." kata-kata Hyunji terhenti dan matanya membuntang sedikit. Kelibat lelaki tadi sudah tiada.
"Cuma apa,Ji? Terus teranglah elok-elok dengan eomma" ujar Puan Im yang dari tadi tertunggu-tunggu. Dah kenapa dengan menantu aku ni?
"Ma-maaf eomma. Cuma Ji macam ternampak kawan Ji tadi. Maaf" ujar Hyunji dengan jujur.
Puan Im menggelengkan kepalanya.
"Ish kamu. Dah jom. Banyak benda kita nak beli ni" Puan Im meneruskan langkahnya diikuti oleh Hyunji. Nayeon dengan muka kenapa-dengan-Hyunji-unnie-tu dihiraukan oleh ibunya membuatkan gadis itu mencebik lagi.
Wajah Hyunji kosong. Kepalanya ligat mengingati susuk tubuh dan wajah yang dia nampak. Lelaki tadi sungguh familiar bagi Hyunji.
Sementara itu
"Arhh..leganya...eo? Hehe"
Lelaki yang berdiri di hadapannya itu dipandang dengan tajam dan tangannya disilangkan di dada tanda marah.
"Maaflah aku lambat. Pedas sangat ramen yang aku makan semalam" lelaki itu memberi alasan. Nafas lega juga dilepaskan sambil menggosok-gosok perutnya.
"Banyaklah kau. Yah,aku nak bagitahu kau sesuatu ni" Ujar kawan lelaki. Serentak dengan itu juga dia menarik tangan lelaki itu untuk duduk di sebuah bangku yang berhadapan dengan sebuah lif.
"Apa dia?" Lelaki yang dikenali sebagai Sehun mengerutkan mukanya sambil memandang kawannya itu.
"Aku nampak Hyunji tadi" ujar Jongin yang berada di sebelahnya. Matanya dijeling ke arah Sehun dan memandang semula ke hadapan. Badan disandarkan pada dinding dan keluhan kecil keluar dari mulutnya.
"Betul ke?! Apa lagi,Jongin. Kau tackle lah dia balik!" Sehun pula yang jadi terujanya. Bahu Jongin terus ditumbuk halus olehnya.
"Nak tackle macam mana? Jarak kita orang ni jauh tau. Jauh. Faham?"
Sehun tersengih-sengih dan dia menggaru belakang kepalanya yang sememangnya tidak gatal.
"Jadi,apa rancangan kau? Takkan kau nak biarkan Hyunji macam tu saja. Kau kena laju,Jongin" kali ini nada suara Sehun menjadi serius.
Jongin terdiam. Matanya melekat ke atas. Mukanya menunjukkan tanda marah. Dia setuju dengan kata-kata Sehun tu. Makin dia lambat,makin cepat orang lain rampas Hyunji.
'Betul kata Sehun tu. Tak boleh jadi ni. Aku kena cepat dapatkan gadis tu' fikir Jongin dalam hati. Dia perlu fikiran cara itu mendapatkan Hyunji yang membuatkan dirinya tergilakan gadis itu.
💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙
A/N : jadi readers dah tahu siapa dua pemuda yang curiga itu. Btw author harap readers tak salah faham dengan pemilihan watak ini. Author bukan hater EXO ok? Author dulu pun minat EXO 😊😆💓
Hopefully you guys enjoy this and wait for next chap,ya 🙆❤🌻LWH 9 done!
YOU ARE READING
Hate To Love [C]
FanficPada mulanya membenci,lama kelamaan dia mula sayang. Cuba untuk bersikap buruk tetapi tidak boleh.