Di Im Holdings
Jaebeom yang asyik mengacau minumannya itu disentakkan oleh Namjoon yang masuk ke dalam pejabatnya secara tiba-tiba.
"Yah! Kalau iya pun,bagilah hai dulu ke apa. Ni main masuk je. Terkejut aku"
"Aku rasa apa yang aku nak bagitahu kau mesti buat kau lagi terkejut"
Jaebeom mengerutkan dahinya. "Pasal apa?"
"Hyunji" jawab Namjoon pendek dengan muka yang tidak ada perasaan. Dia sebenarnya bengang sikit dengan kawan baiknya tu.
"Lahh,pasal perempuan tu ke? Biarkan lah dia,tho" kata Jaebeom lalu bangun ke arah satu rak fail di sebelah mejanya dan meneliti satu persatu fail-fail tersebut. Kenapa dengan Hyunji eh?
"Biarkan? Kau nak biarkan isteri kau tu mengandungkan anak orang lain?" Ujar Namjoon tersenyum sinis lagi membuatkan Jaebeom memandangnya dengan ekspresi terkejut.
"Apa maksud kau ni?"
"Isteri kau tu hampir dirogol tahu tak? Aku dapat tahu ni sebab aku ternampak dia jadi sebegitu. Ada dua orang lelaki ganggu dia masa dia tengah tunggu teksi sebab nak pergi melawat eomma kau" terang Namjoon. Kenapalah ego tu susah nak buang,Beom.
'Oh tuhan! Hyunji ah!'
"Hyunji ada kat mana sekarang?"
"Di rumah eomma kau of course. Aku rasa Hyunji masih menangis"
Jaebeom berfikir sejenak. Dia terus mencapai kunci keretanya di atas meja dan beredar meninggalkan Namjoon yang terpinga-pinga tu.
"Aik. Dia nak kemana pula tu?"
❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄
Tiba sahaja di rumah Puan Im,Jaebeom ternampak Hyunji yang kelihatan sugul dan lemah sambil ditemani oleh Nayeon. Jaebeom menjadi kasihan melihat Hyunji sebegitu. Walaupun dia kejam terhadap Hyunji tapi dia merasakan perkara sebegitu tidak patut berlaku pada gadis itu.
"Jaebeom Oppa!" Jerit Nayeon yang perasan akan kehadiran abang sulungnya dan menyuruh Jaebeom untuk datang ke mari.
Jaebeom teragak-agak untuk ke sana tapi melihat keadaan Hyunji sekarang seolah-olah memujuk hatinya untuk menenangkan isterinya itu.
"Hyunji ah..." Jaebeom melutut di tepi Hyunji yang sedang duduk di atas kerusi di tepi kolam rumah Puan Im. Hyunji diam. Dia masih takut dengan kejadian tadi.
"Oppa peluklah dia. Tu pun nak kena cakap ke?" Nayeon menjadi sedikit menyampah. Jaebeom menjeling adik perempuannya.
Perlahan-lahan Jaebeom memeluk Hyunji. Dia sedikit rasa bersalah kerana membiarkan Hyunji berseorangan ketika dia mahu ke rumah eommanya.
"Oppa....maafkan Ji sebab tak dapat jaga diri...sampai oppa kena tangguhkan kerja oppa di pejabat tu..." ujar Hyunji dengan nada perlahan.
'Hati aku...kenapa aku rasa sakit bila tengok dia jadi macam ni?'
"Ta-tak mengapa,Ji. kau-"
"Kau?! Oppa seriously? Gunalah panggilan yang lembut. Tu bukan kawan oppa tau" sampuk Nayeon. Dah kenapa dengan abang aku ni? Takkan selama ni dia guna 'kau' 'aku' dengan Hyunji unnie?
"Ok maaf-maaf. Maafkan oppa juga..Ji. Oppa sepatutnya hantar Ji ke sini...bukannya biarkan Ji sorang-sorang..."
Hyunji tersenyum. Hati tersentuh dengan kata-kata Jaebeom itu terutamanya dengan panggilan 'oppa'.
"Tak mengapalah oppa....Hyunji dah okey sekarang ni. Terima kasih pada Namjoon sebab tolong Ji tadi" ujar Hyunji sambil memandang Jaebeom. Senyuman itu diberikan kepada suaminya. Jaebeom juga tersenyum. Senyuman nipis.
"Im Jaebeom"
Jaebeom,Hyunji dan Nayeon memandang ke arah suara tersebut.
"Kamu jaga unnie sekejap ya" pesan Jaebeom dan Nayeon mengangguk lalu lelaki itu berjalan ke arah eommanya.
"Ya,eomma. Kenapa?"
"Masuk. Eomma nak cakap sesuatu dengan kamu"
💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙
"Maafkan Beom,eomma"
"Kamu sebagai suaminya kamu patut jaga dia elok-elok. Pentingkan Hyunji bukannya pentingkan kerja. Mujur Namjoon ada. Kalau tidak,apalah yang akan jadi pada Hyunji selepas tu. Jangan jadi cuai dalam hal yang berkait dengan isteri kamu tu,Beom"
Jaebeom terdiam sahaja mendengar kata-kata Puan Im tu. Walaupun eommanya itu seorang lemah lembut tapi dia juga seorang yang serius dalam sesuatu hal. Jaebeom juga tahu betapa eommanya sayangkan Hyunji dan menganggap Hyunji seperti anaknya sendiri.
Skip
Malam itu
"Oppa..oppa...tolong...Jaebeom ah tolong Ji..."
Jaebeom yang sedang menyiapkan kerjanya terdengar Hyunji yang sedang mengigau. Dia pun bangun dan berjalan ke arah Hyunji untuk melihat isterinya itu.
"Lepaskan saya...tolong...lepaskan..."
Jaebeom menjadi sakit. Sakit melihat Hyunji sebegitu. Igauan tu mungkin kesan daripada kejadian tengah hari tadi. Rasa bersalahnya muncul lagi. Apa yang berlaku sekarang ialah salahnya.
Jaebeom pun mengusap lembut kepala Hyunji. Lama kelamaan gadis itu pun senyap. Jaebeom tersenyum. Dia terpegun sekali dengan kecantikan. Tak pernah sedekat ini dia memandang Hyunji.
Jaebeom mencapai alat kawalan TV dan mematikannya lantas gadis itu diangkat bridal style olehnya lalu naik ke atas bilik. Dibaringkan gadis itu perlahan-lahan dan Jaebeom menyelimutkannya. Sebelum tidur,Jaebeom berjalan ke arah suis lampu untuk mematikannya.
Jaebeom membaringkan dirinya rapat dengan Hyunji. Dibelai rambut gadis itu sambil memerhatikan setiap sudut wajah isterinya. Jaebeom merasakan yang dia mula jatuh hati pada Hyunji. Tingkah laku Hyunji padanya juga ada buat Jaebeom tertarik padanya cuma hati Jaebeom yang keras untuk nampak kebaikan dalam diri Hyunji.
"Eh....!"
Jaebeom menggeleng-gelengkan kepala. Dia seperti hanyut sebentar dalam perasaan yang sepatut dia benci.
'Kenapa dengan aku ni? Kau sepatutnya bencikan dia,Beom'
'Ta-tapi...lepas apa yang jadi pada dia...aku jadi tidak sampai hati...aku rasa bersalah...'
'Suzy macam mana pula??'
"Aish! Serabutnya....!" Marah Jaebeom tapi dalam nada bisik. Dia tidak mahu Hyunji terbangun. Jaebeom turun dari katil dan berbaring di atas sofa yang diletakkan di dalam biliknya. Jaebeom cuba untuk melelapkan matanya walaupun fikirannya berkecamuk tentang Suzy.
❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄❄
Author rasa mesti ada yang keliru atau pening dengan cerita ni. Dalam cerita ni,Jaebeom dulu memang bencikan Hyunji dan dia ada juga naik tangan kat Hyunji. Lepas dia berkahwin dengan Hyunji,pada mulanya dia tak rasa apa2 tapi lama2 perasaan sayang tu mula muncul tapi ego Jaebeom cuba menidakkan perasaan tu. Dia macam tengah struggle dengan semua tu.
Endingnya? Readers tunggu tau ^^
Maaf kalau chap ni membosankan dan ada typo 🙇❤🌻LWH 7 done!
YOU ARE READING
Hate To Love [C]
Fiksi PenggemarPada mulanya membenci,lama kelamaan dia mula sayang. Cuba untuk bersikap buruk tetapi tidak boleh.