Previously on BCM
"...Kita orang pun bergerak ke kolej sambil dia jalan di depan dengan bawak satu luggage, satu baldi baju, beg sandang serta plastik jajan aku. While aku Cuma bawak bantal oni (oni ni monyet aku. Aku takleh tido kalau xda oni. Oni aku beli time vacay kat indon dulu) je. Sweet kan? Hahahha"
.
.
.
.
"Abam Azriq... nak tanya sikit boleh?" tanya Si Qal mengada.
"Ye comel.. tanye lah" kata abam hot. *im melting hahaha
"Dekat kolej tu kan ada tak 'cerita'?" tanya ku.
"Cerita? Maksud Qal?" balas Abam Azriq.
"Alaa... Abang ni lembab lah. Cerita lah yang pelik-pelik. Macam kolej Qal tu keras tak?" tanyaku geram.
"Ooo... len kali habaq lah terang-terang. Keras je kolej tu sebab dorang buat guna konkrit. hahaha" seloroh Abang Azriq.
"Alaa... orang tanya betul-betul dia main-main lak. Dahlah" rajuk ku sambil berjalan laju ke hadapan walaupun sebenarnya aku takt ahu arah tujuan nak ke kolej.
"Alolo... merajuk pulak minion ni" peril Abam Azriq sambal kejar aku. *Kuajang panggil aku minion. Huh...
.
.
.
.
Disebabkan aku ni bijak (sebab tu dapat masuk U kehkehkeh), walau tanpa panduan Abang Azriq aku jumpa jugak bilik aku dan teruskan dengan drama sinetron aku. Sesampai je di depan bilik yang tertulis 'SRJ/2/8/B' aku pon tak sabar nak masuk. Baru sahaja aku nak cucuh kunci kat tombol pintu bilik aku pun terbukak lalu terserlah lah satu susuk makhluk yang kacak namati. Dengan hanya berseluar slack dan topless, body mantap plus berpeluh dan aku hairan nape atas kepala dia ada spider web. Aku pun tergamam seketika sehingga Abam Azriq tepuk bahu aku baru aku tersedar dari lamunan.
"Assalamualaikum... Saya Muhammad Qalish Bin Ramzan saya pelajar baharu di sini amik asasi sains hayat. Saya dok bilik ni gak salam pekenalan hottie" balasku lelaju sambil gementar dan aku terlepas cakap dia hottie. Upppsssss muka aku memerah.
Si dia terus buat tak endah sambil mengeluh membiarkan aku terkebil-kebil di pintu sebelum Abang Azriq pulak yang menyilakan aku masuk.
"Sombong betul jantan sekor ni. But I like it" bisik ku dalam hati. (dasar gatal hahaha)
"Ni katil Qal dan kalau Qal perlukan apa-apa boleh beli kat koperasi tapi kalau benda yang Qal nak takda kat situ gitau abang. Abang bawak Qal pegi Summer (Nama Mall) k." Jelas abang Azriq padaku.
"ai ai chip no prob. Btw tq sebab tolong angkatkan barang-barang dan kalau tak keberatan meh lah tolong kemaskan sekali..." Pintaku manja (dasar pemalas hahaha).
"Alaa... camne nak cakap ek? Bukan abang tak nak tolong tapi takut dorang cari abang hilang plak. Takpa camni, Qal kemas-kemas dulu setakat mana. Nanti kalau dah free abang tolong k" jelas Abang Azriq padaku bersungguh.
"Xpelah abang. Orang gurau je tadi. Papepun kamsahamnida hyung " kataku sambil buat aksi acah cute.
"Sesame budak nerd. hahaha" balas abam Azriq sambil lari sebab aku dah nak baling die dengan baldi aku.
"Awat hang cute sangat. Rasa nak kiss pulak. Astaghfirullahal'Azim.. Dah kenapa dengan ko ni Azriq. Budak tu laki macam ko gak... Arrghhhh" detik hati kecil Azriq sambil meninggalkan perkarangan kolej kediaman.
.
.
.
.
Hakimi POV
Setelah selesai urusan pendaftaran, aku dikehendaki untuk mendaftar di kolej kediaman pulak. Setelah selesai semua urusan, aku pon bergegas ke bilik sebab aku nak mandi. Aku ni memang jenis yang tak tahan berpeluh. Aku bukak je pintu bilik tu aku tetiba rasa nak mengamuk. Bukan sebab bilik tu buruk sebaliknya bilik tu berdebu. Ni lah masalah orang kita. Dah bagus fasiliti yang disediakan tak nak jaga biar jugak berdebu macam ni.
Aku pon malas nak pikir, lepas ni lah aku uruskan pasal bilik tu yang pasti sekarang aku nak mandi. Aku pun lepaskan kemeja aku dan 'on' kan kipas. Tak semena-mena sesawang berterbangan dan hinggap ke kepala aku menyebabkan aku dah tak mampu bertahan lagi. Aku terus ke pintu nak buat report pasal bilik kotor sangat tetapi sebaik sahaja aku bukak pintu mata aku tertancap pada seekor makhluk yang maha comel.
Dengan cermin matanya, rambut yang macam cendawan tengah tersegih dan baru macam nampak hantu.
"Assalamualaikum... Saya Muhammad Qalish Bin Ramzan saya pelajar baharu di sini amik asasi sains hayat. Saya dok bilik ni gak salam pekenalan hottie" kata budak comel tu tetiba.
"WHAT!!! Hottie?" getus ku dalam hati.
Namun disebabkan tetiba pulak datang mamat acah romeo ni malas pulak aku nak kenakan budak comel tu. Aku pon terus buat derk je ngan dorang terus ke pejabat kolej nak buat report.
.
.
.
.
To be continued...
YOU ARE READING
BUDAK CERMIN MATA
Novela JuvenilAku adalah seorang homosapien yang berkromosom XY. Umum menerima yang mereka berkromosom XY sepatutnya bersama dengan mereka yang berkromosom XX. Namun, aku diantara yang memecahkan tradisi itu. Kenapa? Aku pun tak pasti sama ada perasan itu hadir...