Previously on BCM
"Sebenarnya tanpa pengetahuan Kimi sewaktu dia tengah uruskan tiket tadi Qal ada masukkan air liur dia kat minuman Kimi lepastu tiup-tiup air Kimi. Tapi Qal pon tak tahu yang Kimi ada pedajal popcorn dia. So dorang berdua fair lah sebab dua-dua pedajal masing-masing."
.
.
.
.
"Awak...Lapa tak? Jom supper?" ajak Kimi tetibe ber'saya-awak'.
"Ehh kenapa tetibe lak budak ni?" bisik hati Qal.
"Ehmmmm...Kalau belanja lagi saya ok je. Hehehe tapi ade ke kedai yang bukak lagi? Saya xnak fast food" jawap Qal tak tahu malu.
"Ish budak ni dah bagi betis minta paha lak. Cube lah minta 'benda lain'. hahahaha" jawap Kimi sambil sengih gatal.
"Benda apa ni ah?" tanya Qal curious sambil berdiri depan Kimi sambil buat muka
"Ape??? Dahlah jom gerak. hahahaha" jawap Kimi endah tak endah sambil terus tinggalkan Qal
Dorang berdua pon bergerak ke Atmosfera depan The Spring untuk melantak lagi. Qal Cuma pesan Teh O Peng dan Roti Telur. Kimi plak yang sebesar anak gajah pulak pesan Briyani, Naan, Shawarma dan Teh C Special.
"Banyaknya awak makan? Kang tak abis lak" tanya Qal kat Kimi sebab rasa macam tak percaya je dengan selera Kimi.
"Ehhh sebok lak. Duit orang sukatilah. Lagipon nak kumpul tenaga untuk 'aktiviti malam' dengan awak lepas ni hahahaha" jawap Kimi sambil buat muka gatal.
"Aktiviti pe memalam ni?" tanya Qal penuh innocent
"Adelah awak... best sangat. HA HA HA" balas Kimi ringkas sambil tersengih
"Dahlah malas nak layan orang gila. Urghh..." balas Qal sebal.
Tengah dorang syok menyantap phone Qal pon berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Qal bila terpandang je skrin hati macam terus berbunga-bunga sampai Kimi yang kat tepi dah hairan.
Qal: Hello Abang Azriq...Nape call...
Azriq: Wa'alaikumsalam... Saje je nak call adik abang nia ha. Hahaha
Qal: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Sindir ek? Ish..
Azriq: Alolo... gurau je lah. Btw esok Qal free tak?
Qal: Nape abang?
Azriq: Gtau jelah. Pasni abang kasi tau nape.
Qal: Ada satu je kelas esok. Jam 8 sampai 10. Nape bang?
Azriq: Nice... Rabu ni KoQ belum start lagi kan? So lepas kelas esok ikut abang k. Bawak baju lebih sekali.
Qal: Ok hyung. Tapi nape kene bawak baju lebih?
Azriq: Adelah. Hahahaha
Qal: Alaaaa.... kalau tak nak gtau Qal tak nak ikut... Bweekk...
Azriq: Ok2... Main ugut-ugut lak. Orang nak ajak dia pegi trekking pastu bermalam sekali lah. Nak tak?
Qal: Trekking kat mane bang? Btw kene bayar tak? Sebab Qal punya bajet terhad sikit ni. Hehehe
Azriq: Adelah...rahsia. Dont worry semua sponsored. Hahahah
Qal: Nice...See you esok k abang Azriq
Azriq: See ya comel. Bye
Qal: Bye
Kimi yang dengar perbualan tu dari tadi dah berbulu telinga. Dia hairan Qal ni yang jenis introvert kenapa pulak boleh nak manja-manja macam munchkin ngan Azriq lak. Selalunya ni tanda macam suka je nih.
YOU ARE READING
BUDAK CERMIN MATA
JugendliteraturAku adalah seorang homosapien yang berkromosom XY. Umum menerima yang mereka berkromosom XY sepatutnya bersama dengan mereka yang berkromosom XX. Namun, aku diantara yang memecahkan tradisi itu. Kenapa? Aku pun tak pasti sama ada perasan itu hadir...