Previously on BCM
"Aaahhh....astaghfirullahal azimmm...mimpi rupanya....nasib baik huh..." kata Zach kelegaan sebaik dia tersedar dari mimpi yang buruk tetapi agak indah pada part dia berceenggkerama tadi hahahah. Zach pon menoleh ke arah jam locengnya jam waktu sekarang menunjukkan pukul 0657 minit petang tanda dah maghrib.
"Patutlah mimpi buruk...tidur lagi time-time macam ni Zach..." bebel Zach sendirian.
.
.
.
.
Pejam celik pejam celik tak terasa yang sekarang dah masuk minggu keempat perkuliahan. Malam tadi lepas dinner dengan Kimi kat Sharing Planet Downtown Kimi pon terus tido tanpa mandi sebab dia dah penat namati dan kekenyangan ibarat ular sawa yang dah telan mammoth. Dia tak endah dah bebelan immaculate Kimi yang suruh dia bersihkan diri dulu. Qal tersedar pagi ni dek terdengar bacaan al quran dari masjid universiti. Entah kenapa baginya suara tersebut seakan-akan memanggilnya untuk hadir ke masjid subuh ini.
"Hmmm... awal lagi ni... belom subuh lagi ni... and tu bukan suara Zach.." bisik Qal sendiri.
Dasar makhluk jahil! Sepatutnya doa yang dia ucapkan seperti saranan baginda Nabi tapi bebelan yang dia jadikan pemula pagi.
Selingan Info.
Dianjurkan kita berdoa seperti yang disarankan Nabi sebagai pemula hari. Kajian menunjukkan kesan positif doa terhadap kehidupan seseorang. Dikatakan jugan menurut perspektif Islam yang sesiapa yang bangun paginya dia tidak memikirkan hak-hak Allah tetapi sebaliknya dia memikirkan ehwal keduniaan maka Allah akan menyusahkan dia dengan ehwal keduniaan tersebut.
"owwhh lupa... dah habis dua minggu....hmmm... tapi tu suara sape ek?" tanya Qal sendiri curious.
"hhh... baik aku pi masjid subuh ni... curious lak...haish... " bebel Qal lagi.
Mungkin ini kehendak Tuhan, curiosity jadi asbab menyahut panggilan ilahi. Qal pon terus ke tandas untuk mandi sebab malam tadi dia tak sempat nak mandi. Setelah membersihkan diri Qal pon memakai pakaian yang bersih dan minyak wangi tanpa dia sedari yang sunnah nabi itu berwangi wangi. Sungguh rugi wahai Qal bila tak diniat ittiba' nabi. Baru Qal nak capai songkok dan tutup almarinya kedenganran azan subuh yang merdu sekali dari masjid universiti. Kimi yang dah terbiasa bangun dengan panggilan ilahi di dinihari terbangun sendiri tanpa Qal kejutkan. Bangun-bangun je Kimi dia rasa pelik pulak hari ni.
Selingan Info.
Berwangi-wangian dan kemas adalah merupakan sunnah Nabi yang amat dianjurkan. Ramai dari kalangan kita melakukan sunnah itu tanpa kita sedari. Barangsiapa yang memakai wewangian dan kelihatan kemas dengan niat mahu mencontohi sunnah Nabi maka ganjaran besar daripada Allah swt. Ada hadis mengatakan pahalanya seperti 100 syahid.
"awal pulak budak ni bangun? Selalu bukan main liat lagi... ni dia bangun dulu lak? Mimpi neraka ke apa budak ni?" bisik Kimi sendirian sambil menggosok-gosok matanya dan memerhati Qal.
"Buat apa lagi tu... dah azan dah... nak ikut orang pi masjid tak?" tanya Qal memecah kesunyian pagi.
Kimi tanpa menjawap apa-apa terus ke tandas untuk membersihkan diri. Setelah kedua-duanya bersedia terus masjid menjadi destinasi.
Selingan Info
Solat berjemaah di masjid lebih utama dari solat sendirian dengan 27 kali darjat. Solat itu hukumnya wajib walau siapapun kita. Tidak bermakna kita melakukan maksiat terus jatuh hukum tidak wajib solat kepada kita. Semua orang melakukan dosa tidak kira anda lurus atau bengkok tetapi anda masih hamba Allah dan hanya kepadanya anda memohon ampun dan pertolongan. Sesungguhnya pintu taubat itu terbuka luas buat anda selagi nyawa belum sampai ke kerongkong dan matahari belum terbit dari barat.
ANDA SEDANG MEMBACA
BUDAK CERMIN MATA
Dla nastolatkówAku adalah seorang homosapien yang berkromosom XY. Umum menerima yang mereka berkromosom XY sepatutnya bersama dengan mereka yang berkromosom XX. Namun, aku diantara yang memecahkan tradisi itu. Kenapa? Aku pun tak pasti sama ada perasan itu hadir...
