BCM 24

4K 157 54
                                    

Previously on BCM

Keesokkan paginya, Zach pon bangun seperti biasa. Cuma pagi ni badan dia rasa lenguh sikit dan dia rasa macam tak sedap badan. Then baru Zach teringat pasal si Seif. Zach kerling ke arah kiri kanan tapi tak nampak pon batang idong si Seif.

"Dia dah balik kot. Awal lagi nih. Tiod lagi lah." Bisik Zach.

.

.

.

.

Hayya Alash Solah...

Hayya Alash Solah...

Kumandangan azan dari masjid kolej membangunkan Kimi dari tidurnya yang lena.

"Oohh subuh dah. Jap...Awat suara tu lain? Bukan denda azan subuh si Zach masih lagi ke?" bisik Kimi sendirian.

"Qal...Qal... bangun... Subuh dah ni..." kata Kimi sendiri.

"Eehh jap... budak tu takde. Haish... nape ngan aku ni.." kata Kimi sendirian

Kimi pon terus ke tandas untuk berwuduk dan terus solat subuh sendirian seperti biasa di biliknya. Usai sahaja solat dan baharu sahaja dia berniat nak tido semula tetiba dia terpandang kat Oni yang dia peluk semalaman tadi. Kimi tetiba senyum sendirian bila dia teringat pasal tu. Dia rasa sebenarnya dia rindu kat Qal. Walau Qal takda kat samping dia paling kurang ada Oni. Paling kurang Oni tu ada oroma Qal. Kurang sikit rasa rindu dia.

"Hmmmm... entah dah bangun tak budak tu? Apa dia buat sekarang ek?" bisik Kimi sendirian.

"Sapa nak bangunkan dia ek? Hmmm... Biaq pi lah Azriq kan ada nak bangunkan dia... ehehhh... jap... Azriq?" bicara Kimi sendirian

Bila dia terinagt yang Qal berdua je ngan Azriq pastu siap bermalam lagi. Tertiba lak dia rasa sakit hati.

"Entah apa dua ekor tu buat malam tadi ek? Dah lah Qal tu innocent nak mati... Isshh... Takleh jadi ni.." bicara Kimi sendirian lagi.

"Aaahhh... lantak pi lah... Aku malas nak ambik tau pasal budak bodoh tu. Dahlah manja nak mati." Jerit Kimi perlahan sebelum membaling Oni kat katil Qal.

Perasaan sakit hati dia masih tak berjaya dibendung menyebabkan Kimi tak dapat nak menyambung tidonya. Dia tetiba seperti dapat ilham dari Iblis untuk pedajal si Qal. Kimi pon pi capai balik si Oni sambil senyum penyamun terbit di bibirnya.

.

.

.

.

Bilik Zach Jam 8 pagi

Zach baru bangun tido dan bebangun je dia terus dia terfikir satu plan pagi ni iaitu nak sarapan ngan Kimi. Zach pon terus capai phone untuk call Si Kimi. Namun setelah beberapa kali cubaan Zach hampa sebab Kimi tak jawap call.

Zach: Morning... Smiley

Zach: Dah bangun ke?

Zach: Dah makan ke?

Zach: Nak keluar makan x?

Zach: Kimi~~~

Ironinya usahanya itu pon tak berjaya sebab Kimi Cuma bluetick je si Zach.

"Isshhhh.. annoying nye... dia bluetick je? Takpe... seketul Zach takkan mengalah... hahahah" kata Zach sendirian.

Tengah Zach syok layan angau dia phone dia pon berbunyi tanda ada notifikasi.

Abang Seif: Morning Sayang~~~

Abang Seif: Bfast jom?

Zach: Eewww...Smiley

BUDAK CERMIN MATAWhere stories live. Discover now