BCM 35

3K 120 66
                                        

Hari rabu adalah syurga bagi anak anak di 'Tower of Ivory' ni dimana pada hari rabu Cuma untuk KoQ dan kelas elektif je. Memandangkan Qal dan Kimi baru semester 1 tahun satu jadi belum ada arahan dari pihak universiti untuk ambik apa apa kos elektif mahupun KoQ. Cumanya pada pagi tu both of them ada kelas TITAS dan after 10 dah tak ada kelas dah. Tengah komited Dr Hamid menyampaikan syarahan tetiba kelas dikejutkan dengan bunyi loceng doraemon.

*Tret Trert tet..Mesej Masuk...*

Terus Dr Hamid memberhentikan syarahan dan memandang ke arah Qal. Semua kelas pun turut tertumpu pada Qal.

"Kiut betul ringtone awal Qal..." kata Dr Hamid.

"Errmmm sorry Dr. Lupa silent. My bad..." Kata Qal sambil menundukkan kepala

"Sokay Qal. Saya pun minat Doraemon. Hahaha...Ok klas. Let us proceeed..." balas Dr Hamid sambil meneruskan kelas.

Qal dah bengkek dah. Sapa pulak yang gatal wasap dia pepagi ni. Qal pun trylah usya HP dia sembunyi sembunyi takut kantoi lak dengan Dr Hamid ni. Dr Hamid ni boleh tahan sarcasm dia. Bila Qal bukak je Ws tu terus terpampang pic Ray sambil bawak seekor tikus putih dan dekatkan tikus tu kat pipi dia. Kat situ tulis caption.

"My cute little Qal... Morning Hun..." tulis Ray.

Qal: Abangggggg!!!!

Ray: Ye saye...

Qal: Ishhhhh...tau tak what have you done?

Ray: Nope Hun. Awat?

Qal: Eeiiii... Tak malu panggil orang Hun. Bila orang your Hun. Btw because of you orang kene marah dengan Dr Hamis tau x?

Ray: Hah? Tak faham? Awat salah abang lak? Who Dr Hamis btw?

Qal: Dr Hamid mulut macam Hamis tu lah. Dia sindir Qal. Qal lupa silent phone then you Ws me so bunyilah dalam klas dia. Eermmm...

Ray: lol.

Qal: Ishhh...Ketawa lak...hmmmm

Ray: Ehhh. Abistu. Salah sapa yang tak silent phone ni. Abang tau ke Qal silent phone ke tak. Huhu

*Qal speechless...

Qal: Hmmmm....yela yela salah orang...hmmm...

Ray: Alolo...xyah lah sentap mushroom head. Abang tak marah pon...

Qal: Mushroom head???

Ray: HA HA HA...

Ray: Bye... See You later Hun...Muahhh...

Qal : Abangggggg...

Qal: Abangggg.....

Qal: Abangggg...

"Hishhh... geram tollah...Sokay...orang tau apa nak buat nanti...hehehe" kata Qal sendirian.

"Ok kelas. Hopefully awak semua dapat hadam apa yang saya ajar pagi ni. Saya tau pepagi ni awak semua bebal sikit tapi takpa. Awak faham 65 peratus pun dah ok. Kalau kurang dari tu baik awak mati jelah. hahahha" sindir Dr Hamid aka Hamis.

*Dr Hamid terpandang Qal yang bermain HP

"Jadi sebelum kita habiskan kelas kita pagi ni. Saya nak minta Prof Diraja Dr Qal kepala Helmet untuk kelaskan antara faktor faktor kejatuhan empayar Uthmaniyyah, Dipersilakan." Kata Dr Hamid dengan nada menyindir.

"Errrmmmm...errmmm...Saya Dr?" tanya Qal gelabah.

"Yelah awak... ada sapa lagi kepala helmet dalam kelas ni?" sindir Dr Hamid lagi.

Qal pon nak tak nak terpaksa lah jugak naik ke stage BS3 tu. Nasib Qal jenis baca dulu slide sebelum kelas jadi dia tahu sikit lah.

"Baik Prof Diraja Kepala Helmet. Boleh tolong jelaskan kat kami yang bebal ni apa faktor faktor kejatuhan Uthmaniyyah?" tanya Dr Hamis sekali lagi dengan nada menyindir.

BUDAK CERMIN MATATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang