BCM Edisi Hari Buruh 1 Mei 2019

3.4K 102 5
                                        

Khas buat pembaca yang dikasihi..

Pada satu petang yang indah Qal tengah berjalan kaki dari kolej kediaman untuk ke kedai serbaneka mini yang terdapat di kampus timur. Kedai tu berdekatan dengan Dewan Besar dan Masjid Universiti. Tengah Qal syok-syok melayan joox dengan lagu kegemaran dia tetiba dia dikejutkan dengan bunyi hon yang tak henti-henti. Ibarat tuan punya kenderaan tuh tersampuk setan kot.

Pottt...pottt...pottttttttttttttttttt...

Bila Qal toleh je kat belakang rupanya Abang Amzar yang tekan hon macam orang gila sambil bawak motosikal macam pelesit pusing-pusing kat depan dia.

Selingan Info:

Abang Amzar bukanlah watak dalam BCM tapi disebabkan scene kali ni berdasarkan kisah benar berkenaan hubungan penulis dan seorang Abam Senior zaman belajarnya. Btw, nama sebenar dia bukan Amzar penulis letak je nama tu untuk menjaga privasi penulis.

"Apa ni??? Nak tunjuk terer ke uh??? Dah masuk U pun perangai macam mat rempit tak sekolah..." kata Qal saja nak perhatian dari Abam Amzar.

"Ala busyuk...saje je nak tunjuk terer depan budak manja ni...lagipon orang tu bawak moto pon tak reti...HAHAHAHA..." sindir Abam Amzar.

"hahahah... bukan taste orang naik moto ni k...low class...huh..." kata Qal sambil mencebik.

"Hmmm...oklah...taulah kita bukan anak orang have-have macam dia...takpelah camtu...kita tak layak nak kawan ngan die..."kata Abang Amzar acah merajuk.

"eeeiii... dah tua tua bodo pun nak merajuk bagai...nak apa ni???" tanya Qal.

"takde pe lah...saja bosan tu main-main kat sini...lagipon lama tak jumpa Qal..."jawab Abam Amzar.

"Qal nak pergi mana ni?" tanya Abam Amzar

"Nak pi beli jajan..." jawap Qal ringkas sambil meneruskan perjalanannya.

Manakala Amzar lak membontoti Qal sambil menolak motonya.

"Ni apa pulak ni??? Kufur nikmat...ada moto yang pi tolak apasal???" tanya Qal pada kejanggalan perbuatan Amzar.

"Alaa...saje nak sweet-sweet ngan Qal...Manatau ada orang nak culik Qal nanti ke...jambu siot...hahahahha" sakat Amzar.

Qal hanya diam malas nak melayan.

"Oiitt pendek...awat diam??? PMS ek?" sakat Amzar lagi.

"Aaahhh... ni nak pi beli 'cortex' lah ni" jawab Qal sebel.

"Oooo... situ takdak jual...jom abang bawak pi 7E kat barat jom..." ajak Amzar.

Belom sempat Qal berkata-kata Amzar dah tarik Qal dan memaksa Qal memboncengnya.

"Takda helmet lah abang...kang kene tahan ngan pak guard lak..." omel Qal.

"ni lah budak first year...noob sangat...hahahha" kata Amzar sambil terus menghidupkan motonya dan memecut ke barat.

.

.

.

.

Setelah Qal membeli stok jajannya di 7E. Abam Amzar bawak dia pusing-pusing amik angin kat barat.

"Best gak kan bang naik motor ni?" kata Qal pemecah suasana.

"Memang pon...sebab tuh bila abang rasa perlukan ketenangan abang akan pusing-pusing amik angin." Jelas Amzar.

"ooo...untunglah boleh bawak moto...kalau Qal harap jalan kaki je...huhuhu..." keluh Qal.

"hahahaha...tak anak jantan lah kalau tak reti bawak moto..."sindir Amzar.

"tak anak jantan ek???" kata Qal sambil terbit senyuman nakal.

Qal pon terus cucok pinggang Amzar untuk menyakatnya. Namun tindakannya yang kurang cerdik itu menundang padah apabila dorang berdua hampir-hampir kecelakaan terjatuh apabila Amzar kegelian dan hilang imbangan. Nasib Amzar ni memang pro bawak motor so sempatlah dia kembalikan keseimbangan.

Qal yang dah tau salah dia terus behave dan diam sambil buat muka innocent nya.

"Ish budak ni kan...kalau jatuh tadi aku baling ko dalam tasik tu tau..." marah Amzar.

"Hmmm...Qal sorry k... dahlah orang nak balik je..." kata Qal sambil menundukkan mukanya.

"Nope...You need to be punished so lepas ni Qal kene belajar bawak moto then abang cucok pinggang Qal lak. hahaha" kata Amzar.

"HAH??? Tak Nak Lah... Orang tak reti..." bantah Qal.

"Sebab tak retilah orang ajar..." kata Amzar sambil terus memecut lagi motosikalnya.

Qal dan ketakutan kat belakang sambil memeluk erat Amzar. Amzar terus memecut k padang kawat di timur sbelum memberhentikan moto nya.

.

.

.

.

"So now turun..." arah Amzar.

Amzar kemudiannya memasang 'stand' motosikalnya sambil acah-acah instructor menerangkan fungsi-fungsi yang ada pada motosikal tuh. Setelah Qal diberikan penerangan yang cukup dan dia faham terus Amzar suruh dia try bawak.

"Aaahhh.. Abang orang takkk retiii lahhh...." bantah Qal.

"Orang nak ajarlah ni sayang...." jawab Amzar balik.

Qal pon terus naik motosikal tersebut dan cuba menghidupkannya namun gagal.

"Qal tak makan ke tadi??? hahaha" sindir Amzar.

Qal yang triggered pon terus tekan sekuat hatinya dan akhirnya berjaya dihidupkan.

"Wow...syabas...hahaha" kata Amzar sambil mematikan semula moto tuh.

"Eehhh...awat lak??? Tadi kata nak ajar???hmmm" kata Qal.

Amzar hanya membiarkan persoalan Qal.

"Kadang-kadang dalam kehidupan ni kita kena bijak. Kalau tak jalan mudah ada kita amik gak jalan susah sebab sikap ignorant kita. hahahha" kata Amzar sambil menghidupkan motosikal tu hanya dengan satu butang. Qal pon dah agak marah sebab dia diperbodohkan oleh Amzar.

"Eeiii...apa ni??? Abang saje je nak buli Qal kan?" omel Qal.

"Nope...kata orang bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Tak semua moto ada button ni. Ada yang kena hidupkan manual. Ada faham ade manis???" jelas Amzar.

"its time for practical..." kata Amzar sambil membonceng di belakang Qal.

.

.

.

.

Amzar pon terus mengajar Qal cara bawak motor. Satu peristiwa yang Qal tak dapat lua bila Amzar rapatkan badanya kat Qal sambil pegang tangan Qal sebab nak ajar cara pulas minyak tu. Time tuh Qal dah tak dapat nak fokus dah. Sebenarnya Amzar tak tahu yang Qal ni bengkok dan sampai sekarang Qal masih menaruh perasaan pada Qal. Hubungan dorang berdua memang rapat.

Amzar yang anak tunggal mungkin memerlukan seorang adik untuk berkasih sayang manakala Qal pula perlukan kasih sayang seorang abang. Bagi Amzar Qal mungkin hanya sebatas junior yang manja yang menyebabkan dia selesa bergurau dan melayan budak tu tapi dia tak tahu yang perasaan Qal terhadapnya lebih dari itu.

Sebenarnya banyak lagi kengan manis Qal dengan Abang Amzar mungkin kalau ada masa penulis akan coretkan di sini.

BUDAK CERMIN MATACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang