Previously on BCM
"...Sesampai sahaja di bilik si Qal, Azriq pun memberi salam tetapi tiada suara menyahut. Memandangkan pintu tak bertutup rapat Azriq pon meluru masuk. Alangkah terkejut si Azriq apabila terlihat si Qal tengah terbaring sambil darah terpalit di t shirtnya. Azriq pon terus meluru ke arah Qal dan mengangkat Qal untuk ke pusat kesihatan universiti."
.
.
.
.
Di The VivaCity Mega Mall
Setelah penat aku pusing-pusing kat dalam mall ni sambil mencuci mata dan membantu membangun ekonomi negara di Padini, Topman, Mango dan Uniqlo aku pun menuju ke Sushi King untuk mengisi perut aku yang dan berkeroncong ni. Tengah aku syok makan tetiba terinagt plak kat budak kecik tu. "Dia dah makan ke belum?" bisik ku dalam hati?
"Aahh.. biarlah. Kesah plak aku dia dah makan ke belum" sanggah ku pada detik hatiku tadi sambil meneruskan agenda ku di SK.
.
.
.
.
Kolej Kediaman Pelajar
Aku pon memarkirkan kereta aku berdekatan dengan blok kolej aku. Aku pon memunggah keluar semua hasil buruan aku tadi yang berjumlah 8 beg semua nya tak termasuk bekalan makanan aku untuk seminggu. Disebabkan barang-barang tersebut agak berat makan hatiku pon menjadi panas sebab sebelumnya semuanya Pak Said yang angkat dan akan disimpan terus dalam gerobok aku oleh Mak Ton.
Setibanya aku depan bilik, hatiku bertambah panas bila terlihat pintu bilik aku terbuka luas dan segala penyapu, baldi kotor dan mop tak disimpan.
"Budak ni memang nak kena dengan aku ni. Dasar keras kepala anak manja. Suruh buat kerja sikit pon tak reti" bebel aku sambil menghempas pintu bilik dan meletakkan barang-barang aku.
Sewaktu aku nak alihkan baldi mop dari menyemak kat sini, aku terperasan macam ada kesan darah pada sudut katil dan pada lantai. Tetiba aku tertanya-tanya dan risau pulak apa yang jadi dengan budak tu. Kalau takda apa-apa terjadi masakan pintu bilik terbuka luas dan dia takda dalam bilik. Aku pon tak dapat duduk diam dan terus meluru ke Pelekat Pintu bilik untuk cari info pasal budak tu.
Namun usaha ku hampa kerana budak tu memang benggap tahap sloth sebab dia tak isi dan tak lekat lagi borang tu kat pintu.
"Buat hal betullah. Hari pertama lagi dah jadi cammni. Mane aku nak cari budak ni." Getus hati aku sambil terus keluar dari bilik untuk mencari rumet aku yang menghilang yang mungkin dah diculik alien tuh.
.
.
.
.
"Aaahhhh... Sakit nurse. Pelan lah sikit." rayu aku pada akak nurse yang tengah jahit lengan aku.
Memandangkan luka pada lengan aku agak lebar dan dalam maka terpaksa aku dikenakan 3 jahitan. Habis je sesi menyeksakan tuh aku pon keluar dari ruangan tu menuju ke Abang Azriq yang tengah duduk di ruang menunggu.
"Amacam kene jahit tadi? Sakit tak? Rasa kene gigit semut je-an? hahaha" tanya Abang Azriq bernada perli padaku.
Tanpa pikir panjang aku pun pergi gigit lengan Abang Azriq sekuat hati. Menjerit Abang Azriq kat situ sebelum terpaksa diam menahan kesakitan sebab dapat jelingan maut dari akak nurse di kaunter. Hahaha
"Macamtu lah rasanya tadi. Tak sakitkan? Rasa gigit semut je-an hehehe" perli aku balik.
"Awww... sakit tau. Dah tak teruna dah abang ni sebab kena sexual assault dengan freshie yang rakus ni hahaha" kata Abang Azriq sambil menggosok lengan nya.
ANDA SEDANG MEMBACA
BUDAK CERMIN MATA
Teen FictionAku adalah seorang homosapien yang berkromosom XY. Umum menerima yang mereka berkromosom XY sepatutnya bersama dengan mereka yang berkromosom XX. Namun, aku diantara yang memecahkan tradisi itu. Kenapa? Aku pun tak pasti sama ada perasan itu hadir...
