BCM 6

5.6K 175 34
                                    

Previously on BCM

"...Tetiba belas kasihan dia macam hilang pulak pepagi ni, Hakimi pon pi tarik selimut dia then biarkan si Qal kesejukkan. Tapi disebabkan baru sekejap dia curi selimut tu baik Qal dah menggulung macam tenggiling sambil menggigil. Dia pon rasa kesian. Hakimi pon kongsi selimut tu balik dengan Qal dan sambung tidor. Tetapi dalam tak sedar Hakimi dan selamat peluk Qal dalam dakapan dia dan si Qal pon tidor dengan selesa"

.

.

.

.

Dalam pada Qal tengah sedap-sedap melayari alam mimpi dia tengah date ngan Abang Azriq boleh plak dia tersedar sebab dia terdengar bunyi guruh. Celik dia mata malu-malu dia ternampak Hakimi tengah kesejukkan tidor sebab dia dah bolot semua selimut Hakimi walaupon dia tahu tu selimut Hakimi (Dasar lupa daratan, macam setenggah orang tulah tak ingat jasa baik orang asal sini yang bagi dorang tinggal sini dulu. Sekarang kaduk dah naik junjung lak. Hehehe politik sikit). Baru dia nak lelap balik tetiba dia rasa ada orang tarik selimut tu sampai habis dan dia tahu tu mesti Hakimi.Takkan dia nak marah pulak macam yahudi Israel buat kat Palestin so dia redha dan pasrah jelah.

Entah bagaimana tetiba dia rasa badan dia hangat dan selesa. Rupa-rupanya dia dah selamat dalam dakapan makhluk sado si Hakimi rupanya. Terdetik di hati dia nak tolak ke biarkan je?

Last-last Qal biarkan sebab dia pon dah syok dengan bau syampu, bau badan kimi yang maskulin yang entah datang dari sabun, deodoran atau perfume Hakimi. Sebab asyik sangat dalam dakapan hangat di suasana sejuk hujan mencurah bumi Qal pun kembali terlena ke alam mimpi nan indah

.

.

.

.

"ASSHOLATU KHAIRUM MINAN NAUMMMMM" laung merdu yang memukau dan melenakan bilal dari masjid universiti sehingga hampir membuatkan Hakimi yang dah tersedar tadi terlena kembali.

Walaupon jahat-jahat Hakimi tuh dia tetap tak lupa panggilan tuhan dan kewajipan dia. Cuma sekarang dia malu nak solat di Masjid sebab dia malu nak jejak kaki ke masjid. Dia malu sebab dia ahli maksiat, kaki porno tak kira yang straight mahupon gay semua dia bantai.

"Qaalll... Qaaalll... Bangun dah subuh ni" kejut Hakimi perlahan untuk membangun Qal yang masih lagi tak sedarkan diri.

"Qaaaallllllll.... Oooo Qaaaalllll... Bangun....." Kejut Hakimi agak kasar namun Qal masih lagi tak bangun Cuma mendengus kasar.

Tetiba entah sapa yang gila khinzir yang bunyikan siren pepagi ni. Then terdengar bunyi gocangan pada pintu-pintu kolej kediaman oleh para LO untuk membangunkan para freshie untuk solat jemaah di Masjid Universiti. Tapi hairan sekor tenuk kiut ni masih lagi tidur dengan aman. Sebab dah malas Hakimi nak kejutkan dia pon biarkan budak tu tidor berselimutkan kulit babi dan tercalon ahli neraka hahahaha. Hakimi pon mencapai alatan mandi dia untuk ke tandas mandi.

Selingan Info:

LO stands for Liason Officer a.k.a fasi. Kat uni kita orang dia panggil LO dan dorang ni tiap-tiap tahun kena kecam ngan freshie sebab paksa kita orang buat benda-benda merepek. Tak semua LO ni kerek ada gak yang baik dan encem-encem. hahaha

.

.

.

.

Tok... Tokk.. Tookkk... ketukan pada pintu sambil nama Qal disebut lembut berulang kali.

Disebabkan suara yang memanggil itu lunak dan mendayu sekali maka Qal pon terpanggil untuk membuka pintu itu dan melihat siapakah gerangan yang berada di sebaliknya. Rupanya Abang Azriq yang segak berkain dan berbaju melayu dan wangi sangat. Terus mata Qal segar.

BUDAK CERMIN MATAWhere stories live. Discover now