Previously on BCM
"...Jam sekarang 10 pagi dan sebentar lagi Majlis Ikrar Pelajar akan bermula. Namun tiba-tiba nama Hakimi dipanggil oleh penghulu LO untuk tampil ke atas pentas. Hakimi yang kebingungan pon hanya menuruti dan pergi ke arah akak LO tersebut yang mukanya macam orang menapause"
.
.
.
.
Hakimi yang tengah kebingungan pon terus mengikuti arahan itu tanpa banyak bunyi. Sesampai sahaja Hakimi ke atas pentas tetiba akak LO tu tarik baju Hakimi dan bawak Hakimi ke belakang pentas.
"Ni ah budak yang aku cakap tuh." Kata akak LO kepada penghulu LO sambil menunjuk ke arah Hakimi.
Hakimi pon dah mula pucat. Adakah dia dah kantoi pasal kes kat tandas ritu?
"Ehhmmm... Ok gak budak ni. Sesuai sangat. Muka pon ok. Ada rupa. hahaha" kata penghulu LO sambil ketawa.
"Oklah kalau camtu. Aku nak chow dulu. Ko brief lah die apa yang patut k." Kata akak LO tu sebelum beransur pergi.
"Eeehh awat muka ko pucat je ni? Ko sakit ke? And apa nama ko?" tanya abang LO tu kat Hakimi.
"Eeehhh.. tade lah bang. Saya cuma panas je sikit. Aircond tak kuat lah. Btw name saye Hakimi bang. Boleh panggil Kimi. And kenapa ni bang? Ada masalah ke?" Terang Kimi.
"Ooo... Kimi... Ok... Aaah memang ada masalah. Masalah besar sangat." Kata abang tu sambil buat muka serius.
Gulp. Hakimi menelan air liur.
"Aaa... Masalah ape ye bang?" tanya Hakimi.
"Macam ni. Kejap lagi kita dah nak mula Majlis Ikrar Pelajar. Tapi budak yang supposely lead bacaan ikrar tu sakit. Dia gastric. So sekarang kita orang nak cari ganti. Memandangkan ko ni macam sesuai ada aura pemimpin gitu so aku nak mintak tolong ko boleh ke tak?" terang abang tu panjang lebar.
"Aaahhh... Saya...." belum sempat Hakimi nak balas abang tu dah potong dah
"Ko ambik skrip ni dan tuka baju ko yang kita orang dah bagi kat belakang tu and rehearsal lah setakat yang mampu k" arah abang tu mandator sebelum berlalu pergi meninggalkan Hakimi terkebil-kebil.
Hakimi pon tanpa banyak cerita mengambil skrip ikrar tersebut dan menukar pakaiannya ke sepasang lengkap busana pahlawan melayu lengkap bertengkolok dan keris dan terus berlatih.
.
.
.
.
Qal POV
"Aaahhhh... asal dorang panggil Hakimi uh? Tak kan sebab malam tadi tu? Kalau kantoi ni matilah aku ni. urrgghhh" keluh sesal Qal dalam hati.
Sepanjang majlis berlangsung Qal tak mampu nak duduk tenang sebab Hakimi dari tadi lagi tak balik-balik kat seat dia sebelah Qal ni. Qal dah mula risau dan tertanya-tanya.
Majlis yang dimulakan tadi dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Universiti diteruskan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan Naib Canselor universiti. Antara pesanan menarik NC yang menark perhatian Qal ialah
Selingan Info:
Naib Canselor adalah merupakan jawatan tertinggi di dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah universiti. Manakala jawatan Canselor kebiasaan digalas oleh ketua negeri tersebut seperti di Uni aku ni TYT lah.
"... kehidupan di universiti adalah satu fasa yang paling indah dalam hidup kebanyakkan kita. Sebab pada fasa ini kita jumpa kawan sejati, belajar kenal dunia yang penuh ranjau dan duri dan tak dilupa yang berjaya menemui suri hati. Kepada yang kurang berjaya dan masih lonely, anda jangan sedih. Di sini banyak calon yang boleh dicari. HAHAHAHA... tapi sebelum itu. Saya tertarik nak berkongsi, sebelum ini mana-mana universiti atau majlis minggu orientasi media sosial seperti twitter, dan Fb akan dibanjiri dengan komen yang mengutuk LO dan majlis ini. Kata LO kerek, buli rangging dan sebagainya. Tapi thun ini agak menarik sebab yang terjadi sebaliknya. Saya dimaklumkan ada pelajar batch ini yang TERJATUH HATI pulak kat akak LO.HAHAHAH Nasihat 'ayah' buat anak-anak didik sekalian. Sabar dulu. Tak yah gelojoh sangat kat abang-abang atau kakak-kakak LO sebab yang masih hensem dan kacak masih lagi bercuti. Itu nasihat iklas ayah yang juga pernah belajar di universiti. HAHAHAHA"
YOU ARE READING
BUDAK CERMIN MATA
JugendliteraturAku adalah seorang homosapien yang berkromosom XY. Umum menerima yang mereka berkromosom XY sepatutnya bersama dengan mereka yang berkromosom XX. Namun, aku diantara yang memecahkan tradisi itu. Kenapa? Aku pun tak pasti sama ada perasan itu hadir...