Previously on BCM
"...Dah jadi tradisi uni aku mesti kena ada tarian monyet, teko lah dan Xi Shua Shua. Si Qal kat sebelah aku ni yang tak sedar diri sakit pon boleh plak sakan nak jadi kera dan teko. Tengah dia syok-syok ber Xi Shua Shua, entah bagaimana ada sekor beruk ni terlanggar dan tertepis lengan si Qal menyebabkan mengaduh kuat dan lengan dia berdarah. Entah kenapa aku boleh plak pi bagi penumbok kat budak tu sebelum LO datang meleraikan."
.
.
.
.
"Ehh kenape kecoh-kecoh ni? Pehal ah?" kata seorang kakak LO keras.
"Ni ah kak, mamat nih tertiba lak tumbuk saye kak" kata budak yang kena tumbuk tu sambil pegang pipi dia.
"Eehh.. Mane de kak saya tak tersengaja. Tengah immerse sangat Xi Shua Shua tadi tertumbuk lak pipi dia kak. Sorry ah bro. Tak sengaja je tuh" tipu si Hakimi sambil salam budak tu dah case close.
Mungkin sebab Hakimi tu hot namati sebab tu akak LO tu pon percaya gak kot. Hahaha. IDK but image does matter bagi aku. Contohlah cuba tetiba tengah ko syok-syok makan kat cafe then tetiba ada mamat hot gile duduk sebelah ko then borak-borak then belanja ko makan. Almost 99.9999 % akan kata baiklah, sweetlah, macam-macamlah pujian yang positif. But cuba lak mamat yang hodoh, serabai, gemok buat camtu? I'm pretty sure 99.9999% akan kata pervertlah, geli lah and whatsoever. Ok cukup membebel.
Setelah berakhir drama akasia pukul 7 tadi sesi MAP pon diteruskan lagi sampai ke jam 5 petang. Untuk sesi malam nanti iaitu LDK aku dikecualikan sebab dorang akan buat aktiviti fizikal. Since aku dah tercedera lagi tadi so Abang Azriq ensem bagi aku balik awal dan pengecualian. Heheheh. Tapi part tak bestnya mamat sekor tu sentiasa akan mencedok di air yang keruh. Kata nak jaga aku macam lah aku cacat tapi membuli aku lagi adalah lah huh.
Selingan Info:
Mencedok di air yang keruh adalah satu simpulan bahasa melayu yang membawa maksud mengambil kesempatan.
.
.
.
.
"SEMUA PELAJAR LELAKI DIMINTA BERKUMPUL DI HADAPAN BLOK KOLEJ MASING-MASING DENGAN KADAR YANG SEGERA" pengumuman dari pembesar suara kolej dengan lantang sekali.
Aku yang tengah tengok Kdrama pon terbantut. Terus aku kejutkan Si Tenuk tu then sama-sama ke tingkat bawah untuk rollcall barang kali. Tapi jap si tenuk tu tade baju ke memang sengaja nak tayang body dia. Taulah body mantap xyah lah nak riak sangat. Dasar narcistik. Kutuk Qal dalam hati.
Selingan Info:
Narcistik adalah sejenis Mental Disorder gak. Diambil dari seorang nama lelaki yang terlalu obses engan dirinya. Sila rujuk APA untuk maklumat lanjut.
Setelah semua blok kita orang berkumpul. Tetiba ada sorang abang ni nama dia Hafiz dia kira penghulu LO kat sini lah. Dia bagitau yang subuh tadi ada seorang budak laki yang ditangkap tak solat subuh dan bersembunyi kat dalam tandas. Pastu budak tu bagi alasan yang pakaian dia kene curi sebab tu dia dok je dalam tandas tak pi masjid. Abang-abang LO tak percaya then untuk membuktikan budak tu tak tipu spotcheck akan dijalankan bagi mengesan pakaian budak tu yang dipercayai dicuri.
"Nape lak budak sewel ni tersenyum-senyum sorang-sorang dari tadi" bisik Qal dalam hati.
"Awak ni nape lak senyum-senyum sorang-sorang? Gile ek?" tanya Qal direct kat Hakimi
"Ehh... Sukati aku lah nak senyum ke tidak. Lagipon senyum tuk-an sedeqah. hahahah" kata kimi acah alim-alim kucing lak.
Selingan Info:

ANDA SEDANG MEMBACA
BUDAK CERMIN MATA
Novela JuvenilAku adalah seorang homosapien yang berkromosom XY. Umum menerima yang mereka berkromosom XY sepatutnya bersama dengan mereka yang berkromosom XX. Namun, aku diantara yang memecahkan tradisi itu. Kenapa? Aku pun tak pasti sama ada perasan itu hadir...