YOONGIAku mengambil keputusan untuk teruskan berjalan ke arah ISTERI aku walaupun terpaksa. Time aku nak lepak dengan Taehyung lah ada je masalah yang datang.
'Kau buat apa dekat sini?' Tegur aku. Yeoja tersebut terus memandang aku laju. 'Tunggu teksi' Katanya. Aku hendak tergelak tapi aku tahan.
Mana ada orang tunggu teksi. Orang tahan teksi. Aku melihat ke arah jalan raya. Berduyun-duyun teksi yang kosong lalu di jalan tersebut. Kalau tak ditahan memang sampai minggu depan lah dia terpacak dekat sini.
'Ikut aku' Kata aku kemudian menarik tangannya. Yeoja tersebut hanya mengikut langkah aku. Tangan dia rasa macam lembut sangat. Lagi lembut dari aku pasang gelang dekat dia masa kahwin semalam.
Aku membawanya ke arah restoran yang aku dengan Taehyung pergi di seberang jalan. 'Hi Junghee' Sambut Taehyung. Yeoja tersebut hanya menundukkan kepala.
'Duduk lah' Pelawa Taehyung. Aku terus duduk dan yeoja tersebut duduk di sebelah Taehyung. Aku dan Taehyung memandang antara satu sama lain.
Taehyung memberi signal supaya aku dengan dia bertukar tempat. Aku menggeleng. 'Yah!' Taehyung menjerit tetapi dalam keadaan membisik. Aku tetap menggeleng kemudian memandang ke arah yeoja tersebut.
Dari tadi dia hanya memandang ke bawah. 'Kau okay ke tak?' Soal aku apabila mukanya semakin lama semakin pucat. Yeoja tersebut hanya mengangguk tanpa jawapan.
Taehyung memandang ke arahnya kemudian mengangkat mukanya menggunakan tangan kirinya. 'Kau ada masalah penghadaman kan? Kau makan banyak sangat ke hah?' Soal Taehyung.
'Apa maksud kau?' Soal aku kepada Taehyung. Taehyung tidak mengendahkan aku tetapi dia terus mencucuk hujung jari telunjuk yeoja tersebut dengan menggunakan jarum. Wait dari mana dia dapat jarum tu.
'Argh sakit lah!' Marah yeoja tersebut sambil melihat darah di jarinya. Taehyung cepat-cepat mencapai tisu lalu mengelap darah tersebut. Yeoja tersebut terus berlalu. Pergi tandas maybe sebab aku nampak dia menuju ke belakang restoran.
'Kau buat apa dekat dia?' Soal aku. 'Aku tak tahu sama ada dia kurang makan atau lebih makan. Muka dia tadi aku dapat detected dia ada masalah dengan penghadaman' Jelas Taehyung.
'Kau cakap apa ni aku tak faham' Aku menghirup air di depan mata. 'Means kau sebagai suami dia tak bagi dia makan secukupnya ke?' Perli Taehyung.
Aku terus mencampak seketul ais di mukanya. 'Habis tu okay ke tak dia tu?' Soal aku lagi. 'Okay je' Jawab Taehyung. Aku terus mengangkat kening tanpa perasaan.
'Hah? Sama-sama' Kata Taehyung berbentuk perlian lagi sekali. Lagi sekali aku baling ais dekat Taehyung. Ada je akal dia nak perli-perli orang.
JUNGHEE
Aku cepat-cepat berlari ke tandas disebabkan rasa tidak selesa di hujung jari telunjuk aku. Apahal mamat tu nak cucuk-cucuk jari aku?
Aku melihat sekilas di jari telunjuk aku yang kemerahan. 'Haih' Aku mengeluh sambil membasuh luka tersebut. Aku membetulkan sedikit rambut yang terjurai keluar dari ikatan ekor kuda.
'Perfect Junghee' Kata aku sendiri. Aku cepat-cepat kembali ke arah tempat mereka berbual sebentar tadi. Dah hilang? Serious lah? Aku kena tinggal seorang-seorang lagi.
Aku keluar daripada restoran tersebut dengan langkah yang lemah. 'Woi budak' Panggil seseorang. Aku memandang ke arah suara tersebut. SUAMI aku rupanya.
Aku berlari-lari anak ke arahnya. 'Kau ni macam budak kecik lah, kau balik sendiri boleh kan aku ada hal' Katanya kemudian menahan sebuah teksi. 'Ajushi hantar dia dekat alamat bla bla bla' Kata namja tersebut.
Aku masuk ke dalam perut teksi tersebut kerana dipaksa oleh namja tadi dan pemandu teksi tersebut terus berlalu. 'Sampai hati dia suruh aku balik seorang-seorang' Aku mengeluh sendiri.
Seketika kemudian aku sampai di apartment milik KAMI berdua tetapi sebenarnya milik namja tadi sebab apartment tu atas nama dia. Aku terus menghulurkan kad untuk membayar tambang kemudian terus berjalan menuju ke rumah.
Aku menaiki lift dan apabila hendak menutup pintu lift tersebut seseorang menahan dari arah luar. Aku cepat-cepat menekan butang 'OPEN' kembali.
'Sorry' Kata namja yang aku tak kenal langsung. 'Gwenchana' Jawab aku. 'By the way, saya Jiyong' Kata namja tersebut. 'Ouh okay Junghee imnida' Jawab aku lalu menyambut tangan yang dihulurkan untuk bersalaman.
'Tingkat berapa?' Soal aku kerana button ingin menuju ke tingkat-tingkat berada di sebelah aku. 'Tingkat lapan' Jawabnya. Aku terkejut. Sama tingkat dengan aku ke mamat ni? Jiran aku kot.
Setelah lift berhenti di tingkat 8 aku segera berjalan terlebih dahulu. Aku perasan yang namja tadi asyik ikut aku je. Rumah dia dekat mana sebenarnya. Makin lama aku makin cuak.
Dalam kiraan 3 aku terus berlari dan masuk ke dalam apartment aku tanpa menoleh ke belakang kemudian menutup pintu dan masuk ke dalam bilik.
'Kau selamat Junghee' Kata hati aku sendiri.