JUNGHEE'Junghee!' Jiyong memanggil aku dengan tangannya dilambai-lambai di hadapan aku. 'Hah? Nae?' Aku tersedar daripada lamunan. 'Buat apa dekat sini? Yoongi mana?' Soalnya.
'Dia dekat rumah' Jawab aku ringkas. 'Habis tu Junghee buat apa dekat sini?' Soalnya. 'Nak jumpa Doktor Kim' Kata aku. 'Doktor Kim yang mana satu?' Soalnya lagi.
Ramai sangat ke Doktor Kim dalam hospital ni? Jururawat tadi pun tanya Doktor Kim yang mana. 'Kim Taehyung' Kata aku. 'Oh dia tu' Jiyong menjeling aku sekilas. 'Saya pergi dulu' Aku terus bangun dari situ.
'Nanti kejap' Jiyong memegang tangan aku. Dia pegang tangan aku yang baru kena air panas tadi. Aku merentap balik tangan aku. 'Argh' Aku terjerit sedikit sebab sakit di lengan masih belum pulih.
'Kenapa tangan tu?' Soalnya. 'Tak ada apa-apa' Aku ingin berlalu pergi kemudian Taehyung muncul di hadapan aku. Aku terus menarik lengan Taehyung pergi dari situ. Sejujurnya lagi sekali aku memang tak berkenan langsung dengan Yoongi lagi satu tu.
Perangai dia asal lain macam eh? 'Nak pergi mana ni?' Soal Taehyung yang mengikut sahaja arah aku membawanya. 'Mana-mana je asalkan jauh dari mamat tadi' Kata aku kemudian setelah jauh berjalan aku berhenti seketika.
'Kembar Yoongi kan tu? Asal dengan dia?' Soal Taehyung lagi. 'Tolong aku' Kata aku sambil memandang dalam ke arah matanya. 'Bwo?' Kata Taehyung sambil memasukkan kedua belah tangannya ke dalam kedua-dua poket baju yang dipakainya setelah habis pembedahan.
Aku menyelak kot aku sehingga nampak kesan daripada air panas tadi. Masih merah. 'Weh asal ni?' Soal Taehyung sambil melihat-lihat tangan aku yang kemerahan. 'Ikut aku' Katanya. Aku segera mengikutnya.
'Duduk jap aku amik ubat' Kata Taehyung. Aku sekarang mungkin ada dalam bilik dia sebab dekat pintu masuk tadi ada tulis 'Doktor Kim Taehyung' Bagus jugak kan ada kawan kerja jadi doktor ni huhu.
'Bak sini tangan tu' Kata Taehyung. Aku menghulurkan tangan kemudian Taehyung meletakkan ubat sapu di sekitar kesan kemerahan tersebut. 'Macam mana boleh jadi macam ni?' Soalnya lagi.
'Aku tertumpahkan air panas' Aku menipu. Kalau aku bagitahu hal sebenar mesti keadaan jadi makin teruk nanti. Taehyung membalut tangan aku menggunakan kain bandage yang dibawanya.
'Nak aku call Yoongi tak suruh amik kau?' Soal Taehyung. 'Gwenchana aku boleh balik sendiri' Kata aku kemudian bangun dari situ. 'Terima kasih' Kata aku lagi. 'Junghee' Belum sempat aku bangun Taehyung sudah memanggil.
'Bwo?' Aku memandang ke arahnya. 'Tunggu sini, aku hantar' Kata Taehyung. Aku cepat-cepat menggelengkan kepala. 'Aku nak balik sendiri' Kata aku. 'Otak kau, kalau Yoongi tahu aku biarkan kau balik seorang tengah-tengah malam macam ni silap haribulan aku yang arwah tau! Tunggu'
Taehyung terus berlalu dari situ. Aku tak ada pilihan lain selain menunggu Taehyung di biliknya.
YOONGI
Mana aku nak cari dia ni. Penat aku pusing satu rumah nak idea sebab nak cari Junghee. Aku tak tahu dia pergi mana malam-malam ni and benda yang paling aku takut is dia pergi seorang-seorang kot.
Ting! Bunyi mesej masuk dari telefon bimbit aku.
Kim Taehyung
Kau ada masalah dengan Junghee ke?You
Apa kau merepek?Kim Taehyung
Dia ada dekat hospital ni hahYou
Kau jaga dia jap aku datang sekarangKim Taehyung
Takpayah, aku otw hantar dia balik alang-alang aku dah habis kerja ni boleh tumpang rumah kauSeen 12:40 P.M ✅
Apa-apa je lah si Junghee ni. Asal dia boleh pergi sampai hospital Taehyung? Gila dekat Taehyung pulak ke apa dia ni. Arghh! Mana boleh Taehyung tu gay aku! Tak boleh!
Aku segera mencapai baju sejuk dan topi. Aku menunggu Junghee dan Taehyung di tempat letak kenderaan. Mana dia orang ni lama nau nak sampai. Aku berjalan-jalan di sekitar tempat letak kenderaan tersebut.
Tidak lama kemudian sebuah kereta Ferrari merah milik Taehyung mula memasuki simpang kediaman aku. Taehyung memakirkan kenderaannya aku cepat-cepat menuju ke arah kereta Taehyung dan membuka pintu sebelah pemandu.
'Yoongi..' Junghee bersuara sebaik sahaja dia keluar daripada kereta tersebut. Aku terus memeluknya. 'Kau ni kenapa hah?' Aku melepaskan pelukan dan memarahnya. 'Sa.. Saya bu.. buat apa?' Terketar-ketar mulutnya menjawab.
'Dah jangan gaduh dekat sini. Jom naik sejuk ni' Taehyung menyampuk kemudian berjalan menuju ke arah rumah aku. Junghee mengikutnya dan aku mengikut di belakang Junghee.
Aku melihat sekilas tangannya yang sudah berbalut. 'Dia pergi hospital sendiri sebab lengan dia tadi ke?' Soal hati aku sendiri. 'Membazir betul' Kata hati aku lagi.
Aku yang dekat ni boleh tolong balutkan nak jugak pergi dekat Taehyung. Kau isteri aku bukan isteri Taehyung!
Asal aku tiba-tiba rasa cemburu ni HISH.
