3

3K 241 15
                                    


YOONGI

'Mana isteri kau?' Soal Taehyung. 'Dia dah balik ah asal?' Soal aku pula. 'Asal tak suruh dia naik sekali je dengan kita? Dia serumah dengan kau kot' Kata Taehyung.

'Aku tak suka lah, dia tu orang asing' Kata aku lagi. Cukup lah nak masukkan dia dalam hidup aku. Aku tak boleh nak terima. Benda jadi tiba-tiba.

'Dah lah masuk aku hantar kau balik' Kata Taehyung. Aku macam biasa mengambil tempat di sebelah pemandu. Bukan aku tak ada kereta, ada tapi Taehyung yang nak ambil aku tadi so aku pun naik je lah dia.

Nasib baik dia tak mintak duit minyak. Kring! Kring! Telefon bimbit Taehyung berbunyi. Taehyung terus menyambungkan panggilannya ke skreen di keretanya.

'Yeobosaeyo?' Soal Taehyung. 'Doktor Kim! Emergency! Ada tiga buah teksi kemalangan masa nak menuju ke bla bla bla' Kata orang di panggilan tersebut.

Aku agak terkejut kerana teksi-teksi yang kemalangan tersebut semuanya menuju ke arah jalan yang berhampiran dengan apartment aku. 'Berapa orang yang cedera?' Soal Taehyung.

'5 termasuk ketiga-tiga pemandu dan 2 orang penumpang dari berlainan teksi' Terang orang tersebut. 'Baik saya datang sekarang' Jawab Taehyung kemudian dia meletakkan panggilan.

'Yoongi' Panggilnya. 'Ye tak apa, turunkan je aku dekat tepi tu dah dekat dah' Kata aku. Kalau aku suruh jugak Taehyung hantar aku alamat kena pecatlah Taehyung.

'Nae' Taehyung terus memberhentikan keretanya di tepi jalan. Aku turun dari kereta tersebut. 'Fighting Doktor Kim' Sempat lagi aku bersorak sebelum kereta Taehyung hilang dari pandangan.

Cara dia bawak kereta kalau emergency mengalahkan perlumba F1. Aku segera menahan teksi untuk pulang ke rumah.

Fikiran aku masih bercelaru. 'Yeoja tu okay ke tak? Ke dia sekali ada masa kemalangan tu?' Soal aku sendiri. Tingg! Bunyi mesej dari telefon aku.

Takguna
Yah aku dekat depan rumah kau ni sejuk kau tahu tak?

Seen 11:34 P.M

Sejak bila mamat ni mimpi nak singgah rumah aku? 'Ahjushi, tolong laju sikit' Kata aku kepada pemandu teksi tersebut. Dia hanya mengangguk lalu melajukan kereta yang dipandunya.

Sampai sahaja di apartment aku, seorang namja sedang berdiri sambil berjalan ulang-alik di hadapan pintu rumah milik aku. 'Oi!' Aku memanggilnya.

Namja tersebut terus memandang aku. 'Sejuk ni cepat sikit bukak pintu' Katanya. Cuaca malam ni agak sejuk. Biasanya tak ada lah sejuk macam ni tapi jarang lah. Apa ayat aku ni.

Kami cepat-cepat masuk ke dalam rumah. 'Macam mana kau boleh sampai sini?' Soal aku. 'Aku kena pindah dekat sini. So sekarang aku kerja dekat Korea lah. Ingat nak balik rumah eomma dengan appa tapi esok lah kot' Katanya.

'Beg semua mana?' Soal aku sebab aku nampak dia ni datang sehelai sepinggang. 'Dekat rumah aku lah ingat aku tak ada rumah ke?' Soal namja tersebut.

'Habis tu yang kau datang sini malam-malam asal?' Soal aku pula. 'Saja haha' Katanya kemudian dia gelak. 'Yoongi' Panggilnya. 'Hah?' Aku memandangnya kemudian mengangkat kening.

'Kau tinggal dengan yeoja?' Soal namja tersebut. 'Yeoja?' Soal aku kembali. 'Haah, dia kecik-kecik tadi dia ikat rambut dia macam ekor kuda. Mata dia warna biru-biru sikit dia ada mix kot' Terang namja tersebut.

Aku menarik nafas lega. Nasib baik ISTERI aku tu tak terlibat dalam kemalangan teksi yang baru diterima oleh Taehyung. 'Dia wife aku lah' Kata aku dengan selamba. Btw, nama namja tersebut Min Jiyong. Dia sebenarnya hyung aku. Hyung 10 minit.

Ye dia abang kembar aku. 10 minit je tak lebih tak kurang. 'Kau dah kahwin?!' Kata Jiyong terkejut. 'Hm' Aku menjawab kemudian menghulurkan sebuah tin minuman kepada Jiyong.

'Yeoja tadi isteri kau?!' Soal Jiyong lagi. 'Ye kenapa? Nak?' Soal aku menyampah. 'Eh tak ada lah tak akan aku nak amik isteri kau' Kata Jiyong. 'Bukan aku tak tau kau ni, benda milik aku semua kau nak' Aku memerlinya.

Aku pernah dengar teori biologi yang kembar seiras ni memang ada personaliti yang sama sebab kembar seiras biasanya berkongsi DNA yang sama daripada si parents. Jadi, benda yang seorang tu suka, mesti kembar yang lagi seorang pun suka. Senang cerita hampir 98.9 peratus semua sama berkaitan dengan kembar ni.

Aku rasa kajian tu betul-betul jadi sebab daripada kecik apa yang Jiyong buat mesti aku ikut dia dan benda yang aku buat mesti dia nak ikut. Aku suka tu dia suka, dia suka tu aku pun suka.

Kitorang macam seorang manusia dan seorang lagi KLON yang 100 peratus sama. Aku tak tahu lah korang faham ke tak tapi aku tahu dia mesti akan amik Junghee dari aku.

Aku yakin.

Paksa; Min YoongiWhere stories live. Discover now