11

2K 188 20
                                    


YOONGI

'HUWAA TAEHYUNG!' Aku meraung ketika Taehyung mengangkat panggilan telefonnya daripada aku. 'Bwo? Kau ni kenapa? Melalak tak tentu pasal?' Kata Taehyung dengan nada perlahan. Dekat hospital lagi agaknya.

'Aku rasa aku dah kalah dengan ego aku HUWAAAAA' Aku meraung lagi di telefon. 'Kau diam boleh tak? Bising ah!' Taehyung menguatkan suaranya sedikit. 'Kau buat apa sampai kalah dengan ego kau hah?' Taehyung menyoal lagi.

'Aku cakap aku sayang dia. Tapi aku..' Belum sempat menghabiskan ayat Taehyung sudah menyambung. 'Gi, aku ada emergency ni nanti aku call balik' Kata Taehyung kemudian memutuskan panggilan.

Macam ni lah nasib aku dapat kawan dengan doktor yang macam-macam kerja dia boleh buat ni. Kejap ada dekat wad kecemasan kejap ada dekat bilik bedah. Busy memanjang. Aku pulak rasa terabai.

'Apa aku nak buat ni Mon?' Aku memandang ke arah patung kumamon aku yang dah hampir 15 tahun duduk dengan aku. Masih elok dan bersih lagi tau. Tiap-tiap minggu aku mandikan dia guna carry junior.

'Kau rasa dia ambil serious ke benda tadi?' Aku menyoalnya kembali. 'Aku cakap dengan kau bukan kau nak jawab hm' Aku meletakkan kembali kumamon tadi di tempat asalnya kemudian terus baring di atas katil.

'Awak cakap apa tadi? Awak sayang saya?'

ARGHHH dia ni. Diam lah! Jangan main-main dekat fikiran aku boleh tak? Aku tak boleh nak tidur kalau macam ni! Aku terus berguling ke kiri dan kanan kemudian terus duduk di atas katil. 'Tak boleh jadi ni'

Aku segera keluar daripada bilik dan kebetulan lagi sekali Junghee berada di dapur dengan tangannya memegang secawan ramen yang baru dimasaknya. 'Bagi aku' Aku merampas ramen tersebut dari tangannya.

'Yoongi! Saya punya lah!' Junghee berusaha ingin mengambil kembali ramen tersebut yang kini dipegang oleh aku. Disebabkan tubuhnya yang kecil jadi dia tak sampai untuk mengambil ramen tersebut yang sengaja aku letakkan di atas rak dapur.

'Amik balik! Saya lapar lah' Katanya. 'Kau masak lah lain ni bagi aku' Kata aku dan mengambil semula ramen tersebut. Junghee terus menerkam ke arah aku dan ingin mencapai ramen tersebut. Malang betul nasib, ramen tadi terlepas dari tangan aku.

'ArGHHH!' Junghee menjerit. Ramen yang berisi air panas yang baru dimasak sebentar tadi terkena lengannya yang putih. 'YOONGI SAKITTT!' Junghee panik dan memukul-mukul bahu aku menggunakan tangannya yang lagi satu.

Aku terus membasuh lengannya menggunakan air sejuk di singki. 'SAKITTT LAHH!' Junghee menarik tangannya kemudian terus masuk ke dalam bilik. 'Yoongi kau dah buat apa ni Yoongi?!' Aku marahkan diri sendiri sebab cuai.

Main-main lagi dengan benda panas. Kau tengok siapa yang jadi mangsa sekarang? JUNGHEE BUKAN KAU!

JUNGHEE

'Geram betul lah aku dengan Yoongi ni!' Aku merengus sendiri. Habis tangan aku jadi merah sebab dia. Nasib baik air tu tak mendidih sangat kalau tak memang habis melecur lah tangan aku jawabnya.

Aku mencapai kot di dalam almari kemudian menyarungkannya. Kemudian aku cepat-cepat memasukkan telefon bimbit di dalam poket dan keluar daripada bilik. 'Nak pergi mana?' Soal Yoongi.

Aku tidak memperdulikan soalannya dan terus berlalu dari situ. Sampai sahaja di pintu rumah Yoongi menahan tangan aku. 'Lepas lah!' Aku menarik semula tangan aku kemudian terus meninggalkan Yoongi yang terpinga-pinga.

'Dah buat salah bukan nak mintak maaf' Kata aku. Aku terus menahan teksi dan menuju ke hospital di tempat Taehyung bekerja. Disebabkan kes Jungkook haritu aku jadi rapat sikit dengan Taehyung.

Aku tak ada pilihan lain jadi nak tak nak kena jugak pergi hospital dia mintak tolong pasal tangan aku ni. Sampai sahaja di hospital aku mencari kelibat Taehyung di wad kecemasan. Tapi batang hidung dia pun aku tak nampak.

'Tumpang tanya, Doktor Kim tak ada ke?' Soal aku kepada salah seorang jururawat di situ. 'Doktor Kim yang mana satu eh?' Soalnya pula. 'Doktor Kim Taehyung' Jawab aku. 'Oh Doktor Kim ada pembedahan jantung 30 minit lepas, mungkin dia belum keluar lagi agaknya' Terang jururawat tersebut.

Aku terus menghembus nafas. 'Kamsahamnida' Kata aku kemudian mengeluarkan telefon bimbit.

Doktor Kim

You
Aku dekat hospital ni. Aku tunggu kau dekat cafe hospital okay :)

Delivered 11:45 P.M

Langkah aku terus menuju ke ke arah cafe hospital yang berdekatan dengan wad kecemasan. 'Junghee?' Seseorang menegur aku. Suara dia macam aku pernah dengar. Aku menoleh ke belakang.

'Junghee kan?' Soalnya lagi. Aku dah agak ni mesti dia. Yoongi yang lagi satu tu. Aku tak ingat pulak nama dia siapa. 'Nae' Aku menjawab pertanyaannya dan kami duduk di meja berhampiran.

Aku memandang sekilas nametagnya di kot pakaian seragamnya.

Pakar Bedah Kardiotoraks
Doktor Min Jiyong

Dia ni doktor?! Seriously?!

Paksa; Min YoongiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang