14

1.9K 183 14
                                    


JUNGHEE

'Nak pergi mana?' Soal Yoongi ketika aku mula memakai kot dan menuju ke pintu. 'Keluar kejap jumpa Jungkook oppa' Kata aku kemudian menyarungkan kasut. 'Biar aku hantar' Kata Yoongi lagi.

'Tak payah lah, saya keluar kejap je' Aku menjelingnya sekali kemudian terus keluar daripada rumah. Aku melihat sekilas jam di telefon bimbit yang menunjukkan jam 7:35 P.M dan aku segera mendail nombor telefon Jungkook.

'Oppa?' Aku berkata sebaik sahaja Jungkook mengangkat panggilan. 'Mianhae Junghee, Junghee datang office oppa boleh tak? Oppa banyak gila kerja nak kena siapkan ni' Kata Jungkook. 'Nae oppa' Aku memutuskan panggilan.

Nasib baik dia oppa aku kalau dongsaeng aku dah lama aku tembak-tembak muka dia yang tak berapa nak handsome tu. Aku menahan sebuah teksi di tepi jalan.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam teksi tersebut aku segera memberikan alamat yang hendak dituju tanpa melihat muka pemandu teksi tersebut. Pemandu teksi tersebut meneruskan perjalanannya.

Seketika kemudian aku rasa pelik dengan laluan yang dilalui oleh pemandu tersebut. 'Ajusshi' Aku memanggilanya. 'Nae?' Pemandu teksi tersebut menjawab. Aku rasa macam pernah dengar suara tersebut.

'Ajusshi salah jalan ni' Kata aku sambil memandang ke luar tingkap. Jalan yang dilalui sangat gelap dan tiada walau sebuah kereta pun yang melalui jalan tersebut. 'Ani, kau yang salah masuk kereta'

Kata pemandu teksi tersebut kemudian dia memberhentikan kereta di tengah-tengah jalan. Aku memandang ke arahnya. 'Jiyong?!' Aku terkejut. Pemandu teksi yang pelik tu sebenarnya si Yoongi yang lagi satu.

'Asal? Terkejut?' Soalnya. Aku segera mencapai pintu kereta dan cuba untuk membukanya. 'Kau ingat kau boleh lepas macam tu je?' Soal Jiyong lagi. 'Kau nak apa hah dari aku?!' Aku menjerit ke arahnya.

'Aku nak kau lah bo***' Jiyong menjerit kemudian dia meletakkan sebuah sapu tangan di hidung dan mulut aku yang dipenuhi dengan cecair kloroform. Huru-hara teksi tersebut sebab Jiyong yang melangkah ke tempat duduk belakang dari arah depan.

Aku meronta-ronta untuk melepaskan diri tetapi gagal. Cecair kloroform yang diletak oleh Jiyong sangat banyak dan menyekat salur penafasan aku. Akhirnya lama kelamaan aku pengsan disebabkan Jiyong.

Beberapa jam kemudian

Aku tersedar daripada pengsan yang berpanjangan. Kepala aku serta-merta pening apabila aku membuka mata. Aku cuba untuk bergerak tetapi tak berjaya. Aku telah diikat di atas kerusi menggunakan tali.

'Eh dah bangun' Kata Jiyong yang datang dari arah bertentangan. 'Ni lah perempuan yang dapat Yoongi aku tu?' Tiba-tiba suara yang tidak dikenali muncul di sebelah Jiyong. Yura? Yeoja yang gilakan Yoongi.

Sejak bila Yura dengan Jiyong jadi rapat? 'Eh perempuan! Kau sedar diri sikit boleh tak? Kau tu tak layak untuk Yoongi!' Jeritnya kepada aku. Aku hanya menundukkan pandangan. Tiba-tiba aku rasa menyesal sebab tolak pelawaan Yoongi nak hantar aku tadi.

'Dah biar aku settle dia ni kau blah' Kata Jiyong lalu dia menolak yeoja tersebut. Aku memandangnya dan dia menjeling aku dengan jelingan yang sangat tajam. 'Jeon Junghee' Jiyong memanggil nama aku sambil tersenyum sinis.

'Lepaskan aku lah!' Aku menjerit ke arahnya. 'Tunggu Yoongi LEPASKAN kau baru aku lepaskan kau' Kata Jiyong kemudian dia menghampiri aku. 'Siapa suruh kau muncul depan aku?' Soal Jiyong.

Jiyong bermain-main dengan rambut aku kemudian dia mencekik leher aku. Mata aku jadi terbeliak dengan perbuatannya. 'Ji.. Ji.. Yong..' Aku memanggilnya dengan nada yang tersekat-sekat. 'Bwo?! Kalau aku tak boleh dapat kau maksudnya Yoongi pun tak boleh! HAHAHA'

Jiyong makin menguatkan cengkamannya di leher aku. Setelah hampir penat aku bertarung nyawa baru lah Jiyong melepaskan leher aku. 'Kau rindu Yoongi tak?' Jiyong bertanya kemudian dia mengeluarkan telefon bimbitnya.

'Labosaeyo?' Suara Yoongi kedengaran di hujung panggilan. 'YOONGI! TOLONG!' Aku segera menjerit. Jiyong serta-merta memutuskan panggilan kemudian dia menghilangkan diri.

YOONGI

Dah pukul berapa ni Junghee tak balik-balik. Dah nak pukul 10 ni still tak balik. Kata nak pergi kejap je. Aku mencapai telefon bimbit kemudian mendail nombor Taehyung. 'Bwo?' Suara Taehyung kedengaran.

'Ada nampak Junghee tak?' Soal aku yang berharap dia bersama Taehyung sekarang. 'Tak ada, dia tak ada datang sini pun' Kata Taehyung. Hancur harapan aku. Mana lagi aku nak cari dia ni. Aku memutuskan panggilan tanpa memperdulikan Taehyung yang asyik bertanya.

Kring! Tiba-tiba telefon aku berdering mintak diangkat. 'Hyung!' Aku menjawab panggilan daripada Jungkook. 'Junghee ada dekat rumah tak?' Soal Jungkook. 'Ani wae? Tadi dia kata dia nak keluar. Tapi sampai sekarang tak balik lagi' Terang aku.

'Hyung suruh dia datang office sebab kerja banyak sangat. Dah berapa jam dia masih tak jawab call dan tak sampai-sampai ni' Terang Jungkook pula. Ah sudah. Mana dia pergi ni.

'Tak apa hyung, Yoongi cuba cari dia' Kata aku kemudian mematikan panggilan. Tiba-tiba satu panggilan nombor tak dikenali menelefon aku. 'Labosaeyo?' Aku menjawab.

'YOONGI! TOLONG!'

Paksa; Min YoongiWhere stories live. Discover now