4

2.8K 229 11
                                    


YOONGI

Tok! Tok! Aku mengetuk pintu bilik dia. Masih tak ada sebarang jawapan. 'Kau belum bangun tidur ke?' Soal aku sambil mendekatkan telinga aku di pintu biliknya.

Tok! Tok! Aku mengetuk lagi. Keadaan masih sama, tiada jawapan. Aku berfikir sekejap kemudian mengambil keputusan untuk membuka pintu biliknya. Aku memulas tombol pintu perlahan.

'Budak' Aku memanggilnya. Aku melihat susuk tubuhnya sedang terbaring di atas katil. 'Eomma..' Panggilnya. Mengigau ke? Aku cuba mendekatkan diri aku kepadanya.

'Appa..' Panggilnya lagi. Aku meletakkan tangan aku di atas dahinya. 'Kau demam ni' Kata aku perlahan. Aku segera keluar daripada bilik tersebut dan menutup pintu kembali.

Aku mencapai telefon bimbit dan mendail nombor telefon Taehyung. 'Labosaeyo?' Suara Taehyung kedengaran di hujung panggilan. 'Kau free tak?' Soal aku.

'Aku nak pergi lunch kenapa?' Soalnya. 'Kau lunch dekat rumah aku lah, datang sini jap' Kata aku lagi. 'Emergency ke kau saja-saja nak lepak?' Soal Taehyung. 'Emergency lah tak akan aku nak kacau kau' Kata aku lagi.

'Okay on the way' Kata Taehyung kemudian dia memutuskan panggilan. Aku terus memanaskan lauk-lauk sampingan dan mananak nasi untuk Taehyung.

Jarang sekali nak nampak Taehyung makan. Kadang-kadang sampai sehari pun dia tak makan sebab sibuk sangat. Taehyung seorang doktor pakar bedah dekat Hospital Seoul dan kadang-kadang dia dipanggil ke Wad Kecemasan bila terlampau ramai pesakit.

Tidak lama kemudian Taehyung sampai di rumah aku. Aku membuka pintu dan mempelawanya masuk ke dalam. 'Wuish, sedapnya bau kau masak apa ni?' Soal Taehyung kemudian bergerak ke ruang makan.

'Eh kau nanti dulu' Aku menarik tangannya dan menuju ke bilik Junghee. 'Kau nak buat apa dengan aku ni?' Soal Taehyung sambil memeluk tubuhnya. 'Ish kau ni' Aku mengetuk kepalanya.

'Woi kepala aku mahal ni, kalau tak ada kepala aku tak ada gelaran Doktor Kim tahu tak?' Bebel Taehyung. 'Cuba kau tengokkan dia' Soal aku kemudian memulas tombol pintu.

'Asal?' Soal Taehyung. Aku terus menolaknya masuk ke dalam bilik Junghee. 'Aku rasa dia sakit' Kata aku. Aku dan Taehyung mendekatkan diri ke arah Junghee yang masih terbaring.

Taehyung meletakkan tangannya ke atas dahi Junghee. 'Panas wei' Kata Taehyung. 'Kau pergi amik kain basah ke apa' Kata Taehyung. 'Cool fever boleh?' Soal aku. 'Boleh lah' Kata Taehyung.

Aku segera mengambil sekeping cool fever dan memberikannya kepada Taehyung. Taehyung menampal cool fever tersebut di atas dahi Junghee.

'Nanti okay lah, kau jangan bagi dia makan bukan-bukan' Kata Taehyung. 'Ubat?' Soal aku. 'Nanti aku bagi ada dalam kereta, mana ada ubat dekat aku sekarang ni. Lagipun dia demam biasa je' Jelas Taehyung.

'Demam biasa sampai mengigau?' Soal aku kepada Taehyung. 'Dia mengigau ke?' Soal Taehyung. Aku hanya mengangkat kening sambil mengangguk.

'Dia kurang kasih sayang kau tu' Kata Taehyung kemudian tergelak kecil. 'Dah lah kau! Aku tak suka dia lah' Kata aku kemudian menolak Taehyung. 'Kalau tak suka asal kau ambil berat pasal dia sekarang ni?' Soal Taehyung lagi.

'Err kalau dia sakit ke apa nanti aku yang kena bukan dia. Cukup masa nanti aku lepaskan dia ah' Kata aku dengan sangat yakin sambil menjeling ke arahnya. 'Benci sangat ke kau dekat dia?' Soal Taehyung.

Aku terdiam. Bukan aku tak suka tapi dia halang aku dari buat benda yang aku suka. Eomma dah tak bagi aku lepak dengan kawan-kawan macam dulu. Nasib baik dengan Taehyung dia tak marah.

'Asal diam?' Tegur Taehyung. 'Kau pergi makan lah sana nanti kang tak sempat pulak' Kata aku kemudian menolaknya pergi dari situ. Aku memandang Junghee sekilas.

'Tapi kenapa aku rasa sayang nak lepaskan kau?' Kata hati aku.

JUNGHEE

Aku masih dapat dengar setiap butir perkataan yang dikeluarkan oleh SUAMI aku. 'Dia benci aku sangat ke?' Aku menyoal diri sendiri. Tanpa aku sedar air mata aku mengalir setelah sekian lama.

'Eomma, ottoke? Semua ni sebab rancangan eomma appa dengan parents dia' Aku berkata perlahan. Seketika kemudian kepala aku terasa sangat pening. Aku bangun dan ingin pergi ke dapur untuk mengambil segelas air.

'Kau nak apa?' Soalnya yang sedang duduk di sofa apabila melihat aku keluar dari bilik. Aku memandang sekeliling. Tak ada pun kawan dia tadi. Dah balik rasanya.

Aku terus berjalan tanpa memperdulikan soalan yang dilontarkan oleh si dia. Aku memegang dinding untuk menyokong tubuh aku yang kecil. Kepala aku terasa sangat berat.

Sampai sahaja di bahagian dapur aku segera mencapai gelas dan jag air. Tiba-tiba gelas yang dipegang oleh aku hampir jatuh ke atas lantai tetapi sempat disambut oleh Yoongi.

Yoongi?

Paksa; Min YoongiWhere stories live. Discover now