YOONGIAku menyelimutkannya dan menyuruhnya untuk berehat. Aku jugak dah ambil keputusan. Aku rasa aku nak cuba untuk suka dekat dia. Dia ni comel jugak kalau tengok dari dekat.
Selepas sahaja dia tidur aku pula mula memejamkan mata. 'ARGH!' Tiba-tiba dia terbangun dan terus terduduk. 'Wae wae? Kenapa kau sakit ke?' Soal aku yang turut terduduk akibat jeritannya. Tak akan baru tidur dah mimpi ngeri?
Muka dia kembali pucat dan dahinya berpeluh-peluh. 'Junghee..' Aku memanggilnya dan menyentuh bahunya. Tepat sangkaan aku. Dia terus terkejut dengan mengangkat kedua-dua bahunya.
'Kenapa ni?' Soal aku. 'Tak ada apa-apa' Katanya kemudian dia terus baring semula. Aku pun mengangkat kening dan mula untuk memejamkan mata kembali.
'Awak..' Dia memanggil aku. Aku memusingkan badan dan menghadap ke arahnya. 'Benda?' Jawab aku. 'Boleh tak kalau saya nak tidur peluk awak harini?' Soalnya. Aku terdiam. Betul ke apa yang aku dengar ni.
'Boleh' Kata aku. Aku terus meletakkan sebelah lengan aku di bawah kepalanya dan dia terus memeluk aku. Kepalanya diletakkan di dada aku. 'Takut eh?' Usik aku.
'Mana ada' Jawabnya. 'Dah tidur' Kata aku. Aku mengusap-usap kepalanya. Betul lah kata orang, perasaan suka dan sayang boleh dipupuk kalau kita cuba untuk mengusahakannya.
Lama kelamaan kami berdua tertidur dengan berpelukan antara satu sama lain.
JUNGHEE
Kenapa aku rasa macam aku ada peluk something? Aku berfikir sekejap. YAHHH HAAH LAH MALAM TADI AKU PELUK DIA SEBAB AKU MIMPI BENDA PELIKKKKK OTTTOKKKKKEEEE!
Aku terus terduduk di atas katil. 'Ingat tidur mati' Perlinya. 'Awak tak pergi kerja ke?' Soal aku sambil memandang ke tempat lain. 'Dah kau tidur peluk aku tak nak lepas macam mana aku nak pergi kerja? Aku dah lambat sejam dah ni' Terangnya.
Aku memandang sekilas jam loceng yang diletakkan dengan kemas di meja kecil bersebelahan dengan katilnya. Dah pukul 9?! Seriouslah aku tidur sampai pukul 9?
'Sendiri bangun lambat sendiri tak percaya' Katanya kemudian dia terus melangkah keluar daripada bilik tersebut. Aku menserabutkan rambut aku. Kusutnya lahai kepala ni. Kenapa mesti aku tidur peluk dia?!
Malu tahu tak? Aku rasa pipi aku dah merah macam strawberri dah ni sebab malu. Macam mana aku nak keluar hadap dia nanti. Aku rasa macam aku dah sihat. Mungkin sebab kejadian NGERI ni.
'Dah jangan nak berangan cepat siap ikut aku' Katanya. 'Huh?' Kejap, mana dia nak bawak aku pagi-pagi ni. 'Woi berangan apa lagi!' Dia meninggikan suaranya sedikit.
'Ah okay okay jangan lah jerit bising tahu tak?' Aku membalas sambil berjalan keluar daripada bilik tersebut. Sikit-sikit nak marah mengalahkan perempuan period je.
YOONGI
Aku rasa aku dah jatuh hati dekat dia. Habislah Yoongi. Kau kalah. Dulu kau beria kata tak ada dan tak akan rasa apa-apa dekat dia. Kalini kau pulak yang suka dekat dia?
Malu lah weh! Yeoja tu tak suka kau pun! 'ARGH DIAM LAH!' Aku menjerit dengan tiba-tiba sebab kepala otak aku yang tak berapa nak berguna ni asyik fikir pasal yeoja tu je.
Serabut aku. 'Err saya tak cakap apa-apa pun' Katanya dengan tiba-tiba dan aku memandangnya dengan segera. 'Aku bukan cakap dengan kau lah' Kata aku kemudian keluar daripada rumah tersebut.
'Kau tunggu apa lagi? Tak nak ikut aku pergi seorang je' Kata aku kerana melihatnya masih berdiri tegak dari tempatnya sebentar tadi. 'Hish marah je kerja' Katanya perlahan tetapi masih boleh didengar.
Aku hanya mendiamkan diri, malas nak cari point gaduh tak penting pun gaduh dengan dia ni. 'Masuk kereta' Kata aku. Dia mengambil tempat di kerusi belakang.
'Kau ni bebal ke?' Soal aku sambil memandangnya di cermin belakang. 'Apa pulak? Saya ada degree tau!' Katanya lagi. 'Habis tu kau pernah tengok ke si suami bawak si isteri and then isteri dia duduk dekat belakang?' Terang aku.
'Hah? Apa awak cakap ni saya tak faham lah' Katanya lagi. Betul lah dia ni sejenis yang lembab macam siput. Benda senang pun tak faham. 'Duduk depan' Kata aku.
'Cakap lah ni ayat bukan main panjang lagi' Katanya kemudian terus berpindah ke kerusi di sebelah aku. Gayanya harini kelihatan luar biasa daripada yeoja lain.
Selalunya aku tengok yeoja-yeoja korea ni majoriti kalau keluar dengan namchin or something like that mesti pakai skirt or blouse.
Tapi dia ni err.. Just pakai skinny jeans hitam and hoodie berwarna pink yang entah mana dia beli tapi masih nampak hipster dengan rambut yang dibiarkan terurai tanpa berikat dan juga mengenakan topi di kepalanya yang berwarna putih bersih.
