8

2.2K 203 20
                                    


JUNGHEE

'Dia ada jangkitan kuman dalam usus dia. Nak tak nak kami kena bedah dia jugak sebab nak buang usus yang dah rosak tu. Kalau boleh nak buat cepat-cepat supaya tak ada jangkitan di mana-mana bahagian organ yang lain' Terang Taehyung lagi.

Aku pejam mata kemudian mengambil nafas. Tiba-tiba aku dapat merasakan satu tangan yang memegang bahu aku. Aku membuka mata dan terpampar wajah Yoongi sambil tersenyum.

'Gwenchana, pembedahan macam dia Taehyung selalu buat, kan?' Soal Yoongi kepada Taehyung. 'Haah, hampir setiap hari aku dapat kes macam oppa kau' Jelas Taehyung. 'Tak apa bedah je dia' Kata Yoongi.

Aku segera memandang ke arahnya. 'Awak ni kenapa?' Soal aku. 'Bwo?' Katanya. 'Saya ahli keluarga dia kan, awak siapa nak setuju ke tak?' Kata aku. Suka-suka dia je nak buat keputusan.

'Aku suami kau maksudnya aku pun ada hak jugak nak setuju ke tak' Kata Yoongi lalu dia melepaskan tangannya yang memegang aku sebentar tadi. 'Sejak bila awak mula mengaku yang awak tu suami saya?' Kata aku.

'Setahu saya, awak memang tak suka dekat saya. Awak nak cepat-cepat lepaskan saya and then awak mengaku yang awak ni suami saya pulak?' Aku berkata lagi dengan nada yang sangat geram.

'Stob it guys!' Kata Taehyung dengan suaranya ditinggikan sedikit. Aku dan Yoongi terus terdiam daripada berbalah. 'Nak aku bedah ke tak nak? Banyak lagi kerja lain ni' Kata Taehyung sambil memandang ke arah lain.

'Hm' Kata aku. 'Pergi tanda tangan borang kebenaran dekat jururawat tu' Kata Taehyung lagi. Aku terus menurut arahannya dan meninggalkan Yoongi yang sedang terpinga-pinga. 'Apa pandang-pandang?' Soal Yoongi sambil menjeling ke arah aku.

'Saya tak pandang awak lah' Kata aku kemudian berlalu dari situ. 'Sila tandatangan dekat sini' Kata jururawat yang bertugas. 'Nae' Aku mengikut arahannya kemudian menyerahkan kembali borang tersebut.

Setelah selesai, aku hanya redha dengan ketentuan takdir. Semoga Jungkook dapat diselamatkan tanpa sebarang masalah. 'Nah' Seseorang menghulurkan sesuatu. 'Apa ni?' Soal aku kepadanya. 'Tadi kau tak makan kan' Kata Yoongi lagi.

'Saya tak nak' Aku menolak kembali gimbab yang dibelinya. Dia mengambil tempat di sebelah aku. 'Awak buat apa dekat sini? Balik lah' Aku menghalaunya. 'Kau tahu tak aku ni masih suami kau dan kau tak patuh arahan aku maksudnya kau dah derhaka dekat aku' Jelasnya.

'Awak ni kenapa?' Soal aku lagi. 'Aku kata makan kan bukan susah pun' Yoongi menghulurkan lagi gimbab tersebut. 'Saya tak nak lah!' Kata aku kemudian menolak lagi gimbab tersebut. 'Aku cakap makan' Yoongi menyumbat gimbab tadi di dalam mulut aku.

'Yah!' Kata aku dengan mulut yang penuh berisi gimbab. 'Kau tolong dengar cakap aku boleh tak?' Soalnya lagi. 'Buat apa saya dengar cakap awak? Awak bukan siapa-siapa dalam hidup saya dan saya bukan siapa-siapa dalam hidup awak' Kata aku lagi.

YOONGI

'Buat apa saya dengar cakap awak? Awak bukan siapa-siapa dalam hidup saya dan saya bukan siapa-siapa dalam hidup awak' Katanya. Aku terkedu dengan setiap perkataan yang dilontarkan daripada mulutnya.

Dia betul-betul ingat aku ni benci dia ke? Aku dah mula sukakan dia. Dia langsung tak ada perasaan apa-apa dekat aku? 'Makan habiskan' Kata aku kemudian meletakkan bekas gimbab tersebut di atas tangannya dan satu tin air di sebelahnya.

Aku bangun dan ingin berlalu dari situ. 'Awak!' Jeritnya. 'Bwo?' Aku memusing kebelakang. 'Nak pergi mana?' Soalnya. Tadi bukan dia kata aku bukan siapa-siapa ke dalam hidup dia? Kenapa sekarang dia nak sibuk hal aku pulak?

Dia ni buat aku keliru lah! 'Buat apa kau nak tahu?' Aku menyoalnya kembali. 'Tak ada apa-apa. Pergi lah sana!' Katanya. 'Cis' Aku terus berlalu daripada situ tanpa memperdulikannya.

Hish dia ni betul-betul buat aku keliru! Aku kembali duduk di sebelahnya dan memandang mukanya dengan serious. 'Bwo?' Katanya kemudian menunjukkan muka yang belagak. Ada jugak kena gigit dengan aku ni kang.

'Kau ni sebenarnya su..' Belum sempat aku menghabiskan ayat Taehyung sudah keluar daripada bilik pembedahan. Dia ni selalu potong stim betul lah. Ada je nak mengacau. Btw, asal cepat sangat pembedahan Jungkook? Power gila si Taehyung ni.

'Ottoke? Oppa aku macam mana?' Soal Junghee. 'Dia okay. Tengok lah siapa yang bedah' Taehyung menunjukkan muka riaknya sambil memusingkan kepala dan mengayunkan rambutnya. 'Terima kasih Taehyung' Junghee bercakap dengan penuh ikhlas.

'Sama-sama. Nak tengok dia pergi lah jururawat letak dia dekat bahagian pembedahan lelaki dekat wad 7A tingkat 7' Jelas Taehyung lagi. 'Kamsahamnida! Aku pergi dulu tau!' Junghee terus berlari ke arah lift.

'Woi tunggu aku!' Aku mengejarnya dan kami sama-sama menaiki lift yang sama.

Paksa; Min YoongiWhere stories live. Discover now