Kaki mereka seakan terpaku, detak jantung mula memainkan irama, nafas pula sudah serasa mulai memberat dan lidah pula seakan-akan terkelu untuk memulakan bicara.Kini yang ada cuma panahan mata sahaja yang memain peranan untuk menghantar getaran di dada.
Sudah lima tahun berlalu,kini takdir Tuhan menemukan mereka kembali.Untuk apa? Pertemuan ini hanya menambah luka yang sedia ada.Sakit.Teramat sakit apabila minda mulai memutarkan momento lima tahun lepas.
Amir tidak bersedia untuk bertemu semula dengan Lily, seorang gadis yang pernah bergelar sahabat.
Kolam mata Lily mulai bergenang dengan mutiara jernih, dia akui yang dia sangat rindu dan batinya mulai meronta-ronta kerana gemersik rindu yang sarat di dada.
"Amir." Gumam Lily sedang dia asyik memandang seraut wajah beku itu.
Dahulu, sepasang mata hitam itu pernah memandangnya dengan redup sekali. Tapi kini mengapa semuanya telah berubah? Mengapa pandangan Amir tidak sama seperti dulu? Mengapa saat ini Amir hantarkan pandangan yang sangat kosong, dingin dan beku kepadanya?
Sebegitu besarkah benci Amir terhadap Lily?
Khali sejenak Amir mula mengatur langkah untuk pergi. Tidak betah dia mahu berlama di situ, lebih-lebih lagi saat Lily turut ada di depannya.
Amir berjalan pergi, melintasi Lily yang jelas masih terpaku melihatnya.
Namun tidak semena-mena gadis itu meraih lengan kirinya, memaksa Amir untuk berhenti di tepi gadis itu juga.
"Do you still want me?" Sekonyong-konyong Lily melontar soalan, menghalang lelaki itu dari pergi.
Amir diam tidak berkutik, hanya berdiri pegun tanpa menoleh ke sisi untuk membalas pandangan Lily.
"Kau masih sukakan aku kan?" Soal Lily lagi apabila melihat Amir hanya diam tanpa kata. Pautan tangannya pula semakin kemas memegang lengan lelaki itu.
Apa lagi semakin berdebar-debar jantung Amir berdegup ketika itu.
Tidak tunggu lama Amir terus merentap tangannya kasar, lantas pautan tangan Lily pun terlepas jua. Dengan riak dingin dan sedikit pun tidak menoleh, Amir menjawab,
"Perasaan tu dah lama mati Lily."
Lily tersentak di situ seiring tubir matanya yang terasa basah.
Kecewa.
Terkilan.
Dua buah rasa yang tepat menikam dada, Lily memejamkan matanya erat. Dia cuma mengharap seandainya yang terjadi ini adalah mimpi, lekaslah bangunkan dia kerana dia tidak sanggup lagi untuk melaluinya.
Terdengar derap langkah Amir kembali diatur, cepat-cepat Lily celikkan mata. Dia dengan pantasnya berpusing, memandang belakang tubuh Amir sambil berharap lelaki itu akan berpaling menghadapnya.
"Dengan semudah tu Amir? Dengan semudah tu kau move on dari aku?" Tembak Lily lagi dengan soalan bertubi-tubinya. Lily tidak mahu mengalah, dia yakin Amir sedang mempertahankan ego lelakinya.
Lily tidak percaya bahawa lelaki itu sudah berhenti menyukainya.
"Ya, dengan semudah tu." ujar Amir ringkas.
Mendengar jawapan dingin itu, lantas Lily tunduk menekur lantai. Lidahnya terus terkunci untuk berkata apa-apa.
Amir yang sudah menyambung langkah tidak kuasa untuk ditahan. Lily hanya membiarkan dengan perasaan hiba yang semakin merajai hati.
Khali sejenak air matanya gugur jua di pipi.
Semua salah kau Lily, sebab kau terlalu ego Amir pergi tinggalkan kau. Sekarang puas hati kau? Bisik Lily di dalam hati.
Menyalahkan diri kerana lima tahun lalu dia terlalu asyik menangkan ego perempuannya. Berkali-kali Amir cuba memberikannya isyarat dan petanda, tapi mengapa dia terlalu buta untuk menyedarinya? Kini dia hilang Amir, seorang lelaki yang sanggup berjuang bersamanya dahulu.
"Maafkan aku Amir."
____________[POSTSCRIPT]____________
Dear Heartbreaker telah berubah ke new version. Di mana cerita ini bukan sahaja berubah watak, tetapi juga berubah jalan cerita. Tidak sepenuhnya tapi hanya 60% dari storyline asal.
Scene yg sebelum ni naz update akan tetap ada cuma takkan ada di permulaan. Previous scene akan naz update di climax.
Oh ya sebelum naz lupa, jangan terkejut ya kalau awal-awal senerionya di sekolah. Itu cuma sementara shj, sebab genre cerita ni bukanlah teen fiction tapi bacaan untuk new adult dan dewasa.
Iffah Qaisarah - Lily
Neil Imran Haziq - Amir
Neil Gibran Farhan - Farhan (Akan muncul di climax part)Sekian terima kasih(^v^)
YOU ARE READING
Dear HEARTBREAKER
RomanceKau hadir dengan harapan, Berdiri menggenggam angan dan impian, Janji bahagia kau taburkan, Namun mengapa hanya duka dan lara aku rasakan? Kini kau pergi bersama janji yang kau campak ke tepi, Berlari meninggalkan aku sendiri, Tangan aku yang kau ge...