Masuk hari kedua dia bersekolah, Lily berjalan di sepanjang koridor tingkat tiga untuk ke bilik muzik. Pagi-pagi lagi sesi kokurikulum sudah bermula dan Lily dapati minggu ini adalah giliran kelab dan persatuan bertemu.
Jam 8.00 pagi hingga 8.30 sesi pertemuan bagi semua kelab. Manakala 8.30 hingga jam 9 pagi adalah persatuan badan beruniform.
Lily berjalan tenang, melewati kesesakan dek dibanjiri ramai orang. Suara-suara riuh yang jelas kedengaran sedikit membingitkan, namun Lily tetap tenang sehingga dia tiba di kawasan yang agak sunyi.
Dari tempatnya berada, kedengaran jelas melodi indah sedang didendangkan. Gadis itu sangat yakin pasti melodi itu datangnya dari bilik muzik.
Pintu yang sedikit terbuka itu dipandang seiring langkah kaki yang masih berjalan. Dia lantas membuka pintu dan mengintip ke dalam.
Dapat dia lihat figura yang amat dia kenali sedang bermain piano.
Amir. Hatinya berbisik kecil.
Khali sejenak Lily terasa dejavu pula saat dirinya berdiri di situ. Momen yang berlaku ini terasa tidak asing sekali. Serasa dia pernah laluinya sebelum ini. Namun malangnya dia tidak dapat mengingati bila. Mengapa? Dan bagaimana?
Bila ia berlaku? Mengapa dia rasa begini? Dan paling dia tidak faham, bagaimana Amir boleh berada di sini? Kenapa semua tempat dia berada perlu ada Amir?
Lily abaikan persoalan yang berlegar di minda.
Dia ralit memerhati segenap ruang di dalam bilik itu. Kosong. Sunyi. sepi.
Tatkala itu masih tiada pelajar lain, hanya ada dia dan Amir sahaja.
Sedang Lily ralit melihat satu persatu alat muzik, melodi merdu itu pun berhenti dan Amir juga terus berpaling memandangnya.
Lily yang perasan juga terus ikut berpaling sama.
"Kau... Lily kan?" Soal Amir dan Lily angguk sikit. Kemudian Lily kembali mencapai Ukulele.
"Kau pandai main Ukulele?" Soal Amir lagi. Lengan Lily yang putih itu mencuri perhatiannya. Dapat dia lihat ada setompok tanda lahir berwarna hitam di lengan gadis itu.
"Tak sangat, sebab aku bukannya minat sangat dengan Ukulele ni."
"Habis tu kau selalu main apa?"
"Gitar." Jawab Lily ringkas.
Amir terdiam sambil memandang gitar di tepi Viola. Dia bangun lalu mengambil gitar tersebut dan memberikannya kepada Lily.
Lily angkat kening sebagai tanda tidak mengerti dengan perbuatan Amir.
"Try main satu lagu. Aku nak dengar."
"Untuk apa aku main? Dan kenapa aku kena dengar cakap kau?" Mata Amir bertembung dengan mata Lily yang terlihat galak itu.
Amir menarik nafas panjang. Baru dia mahu membalas, tiba-tiba pintu terbuka dan berduyun-duyun pelajar masuk ke dalam bilik.
Amir kembali ke posisi asal, duduk di atas kerusi dekat dengan sebuah piano. Lily pula masih kaku di tempatnya berdiri. Lagak semua pelajar yang masuk ke dalam diperhatinya satu-persatu.
Sekonyong-konyong seorang cikgu perempuan mula bertanya kepada mereka. Keras nada suaranya.
"What are you both doing here? And you young lady, what is your name? I've never seen you before." Soal cikgu itu.
"Dia budak baru. Lily." Sela Amir. Tenang.
Cikgu Bella mengangguk faham kemudian dia berkata, "Ohh...I see. Okay kalau macam tu awak boleh duduk berkumpul dengan kawan-kawan awak yang lain." Dengar akan arahan itu lantas Lily angguk dan akur.
YOU ARE READING
Dear HEARTBREAKER
RomanceKau hadir dengan harapan, Berdiri menggenggam angan dan impian, Janji bahagia kau taburkan, Namun mengapa hanya duka dan lara aku rasakan? Kini kau pergi bersama janji yang kau campak ke tepi, Berlari meninggalkan aku sendiri, Tangan aku yang kau ge...