Dua Bagasi yang berisi pakaian ditarik turun ke tingkat bawah. Dengan berwajah masam dia menyorong dua begnya ke muka pintu utama rumah.
Puan Hayati yang ralit memerhati hanya menggeleng kepala. Dia ingat beg pakaian itu kereta sorong ke. Macam-macam lah perangai anak perempuannya ini.
"Cubalah bawak betul-betul Lily." Tegur Encik Mustafa sedang dia memanaskan enjin kereta.
Lily buat tidak tahu aje. Topi ala dad hat disarung ke kepala, kemudian dia mencapai earphone case di dalam beg selempang hitam jenama Celine. Copy ori aje.
Baru sahaja mahu masuk ke dalam kereta, dia dikejutkan pula dengan kedatangan Sofia. Dia lihat Sofia sedang keluar dari kereta, tangan Puan Hayati disalam mesra.
"Eh Sofia rupanya, cari Lily ke?" Ramah Puan Hayati menyapa. Dia sememangnya sudah lama mengenali gadis bertudung itu melalui anak perempuannya.
"Haah mak cik. Nak bagi dia something, buat kenang-kenangan."
"Ohhh..." Puan Hayati mengangguk faham lalu dia melilaukan pandangan, mencari keberadaan Lily.
Jumpa aje terus dipanggilnya.
"Lily! Ni Kak Sofia datang."
Terkulat-kulat Lily menyusun langkah. Bukan kerana dia tidak sudi menerima kedatangan Sofia, sebaliknya dia amat gembira. Namun disebabkan perasaan sedih yang hampir menghantui diri, menyekat Lily untuk beramah mesra seperti biasa.
Sofia sungging senyum. Lebar dan manis. Tangan Lily dicapai dan kotak kecil berisi hadiah diberikan.
Lily terpempan. Kotak kecil itu direnung lama.
"Ni hadiah untuk Lily. Kan birthday Lily hujung bulan ni. Lily simpan baik-baik ya." Pesan Sofia di hujung bicara. Tersentuh dengan pemberian Sofia, lantas tubuh gempal itu dipeluknya erat.
"Eh Lily," tersentak Sofia, namun pelukan Lily dibalas jua.
Tangis Lily pecah. Entah kenapa dia sukar sekali mahu meleraikan pelukan. Bagi Lily hanya Kak Sofia yang selalu ada buatnya. Satu-satunya teman yang dia punya.
"Alah Lily janganlah nangis, kan kita still boleh keep in touch lagi." pujuk Sofia lembut. Belakang badan Lily diusap sayang.
Sofia leraikan tangan Lily yang memeluk pinggangnya. Kedua bahu Lily dicengkam. Perlahan.
"Listen to me Lily, ada rezeki kita jumpa lagi. Don't forget about me okay?"
Lily mengangguk. Wajah yang basah diseka asal boleh. Pemergian Sofia dipandang sayu. Kotak kecil pemberian Sofia direnung sejenak sebelum dia kembali masuk ke dalam kereta.
Lantas perjalanan mereka sekeluarga pun bermula. Lily lelapkan mata dengan hadiah yang diberikan Sofia sudah tersarung elok di pergelangan tangan.
Puan Hayati tersenyum nipis melihat Lily. Kemudian wajah suaminya dipandang. "Kesian pulak saya tengok Lily."
"Nak buat macam mana lagi, ini semua demi masa depan kita sekeluarga. Abang yakin yang dia akan happy bila tiba kat sana nanti. Lily boleh buat ramai kawan baru." Ujar Encik Mustafa sedang dia menoleh ke arah Lily melalui cermin pandang belakang.
Kasihan memang kasihan. Tapi Lily juga sebagai anak kena memahami situasi mereka.
Dia tahu Lily pasti amat terkesan dan juga barangkali sudah bosan, kerana keluarga mereka kerap sekali berpindah randah lantaran tuntutan kerja. Namun apalah daya Encik Mustafa, dia bekerja dan dia terpaksa menuruti kemahuan majikannya.
YOU ARE READING
Dear HEARTBREAKER
Любовные романыKau hadir dengan harapan, Berdiri menggenggam angan dan impian, Janji bahagia kau taburkan, Namun mengapa hanya duka dan lara aku rasakan? Kini kau pergi bersama janji yang kau campak ke tepi, Berlari meninggalkan aku sendiri, Tangan aku yang kau ge...