Pulang dari sekolah Amir mengajak Lily ke studio. Seperti yang dirancangnya, dia mahu memperkenalkan Lily secara rasmi kepada kawan-kawannya yang lain.
Pada awalnya Lily menolak, namun selepas Amir memberitahu bahawa mereka perlu berlatih untuk persembahan nanti lantas akhirnya gadis itu bersetuju.
Mereka tidak datang dengan tangan kosong, sempat juga mereka singgah di kedai makan untuk membeli makanan bungkus.
"Nah, aku bawakkan korang semua Chinese food." Beritahu Amir sedang dia meletakkan makanan bungkus di atas sofa.
Apa lagi seperti lipas kesemua rakannya, masing-masing sudah tidak sabar mahu menjamu makanan. Lapar.
"Kau ni Amir memang kapten yang paling baik dalam dunia! Aku sayang kau Mir." Ujar Jimmy dengan sengehnya yang melebar.
Amir mencebik kemudian ikut duduk sama di sofa. Sedar Lily yang terkulat-kulat di tepi, lantas Amir segera menarik bangku untuk Lily duduk.
"Kenalkan ni Lily, guitaris yang ganti tempat Que."
Lily sungging senyum nipis sebaik sahaja Amir mulai memperkenalkan dirinya. Ucapan perkenalan dari semua rakan Amir dibalas ramah.
"Boleh tahan cantik juga guitaris yang kau pilih ni Mir." Sampuk Sam dengan gelak tawa mengusiknya. Jimmy dan Pian apa lagi, tumpang sekaki nak ketawa sekali.
"Ni yang buat aku nak ada awek ni. Tiba-tiba hati dijentik sunyi pulak." Tambah Sam lagi.
Amir berdeham dalam pada dia menjeling reaksi Lily. Seperti dia jangka, Lily tetap kaku di sebelahnya.
Lily tak selesa ke? Soalnya di dalam hati.
Sebungkus makanan diambil lalu dihulur ke Lily. Gadis itu terpempan, namun perlahan-lahan tangannya menyambut.
"Thanks." Ujar Lily perlahan.
Amir mengangguk kecil lalu sebotol air mineral ditogak rakus.
Melihat Lily yang laju menyuap makanan, menimbulkan satu senyuman nipis di bibirnya. Dia tahu Lily kelaparan, kerana sejak waktu rehat lagi mereka tidak menyentuh makanan gara-gara menyiapkan latihan yang cikgu beri.
Masing-masing termotivasi mahu menyiapkan kerja rumah sebelum kelas tambahan bermula.
"Lily asal mana? JB jugak ke? Ceritalah sikit dengan kitorang." Tiba-tiba Pian ramah bertanya sedang dia ralit menikmati makanan.
Lily habiskan kunyah kemudian dia menjawab, "Haah asal JB tapi kami sekeluarga sempat berpindah ke Kelantan dan aku membesar kat sana. 6 tahun aku kat Kelantan then aku pindah pulak ke Bayan lepas. Dan sekarang aku pindah semula ke sini." Laju Lily bercerita. Pendek dan ringkas, mudah untuk kawan-kawan barunya memahami.
Pian mengangguk berulang kali kemudian menyela, "Kira banyak kali jugaklah kau pindah. Wuish dahsyat lah hidup kau ni. Tak penat ke asyik nak pindah-pindah?"
Lily tersenyum nipis sedang dia menunduk. Amir perasan air muka Lily yang bertukar keruh.
"Penat jugak, tapi nak buat macam mana. Sebab ayah aku kerja pindah randah."
YOU ARE READING
Dear HEARTBREAKER
RomanceKau hadir dengan harapan, Berdiri menggenggam angan dan impian, Janji bahagia kau taburkan, Namun mengapa hanya duka dan lara aku rasakan? Kini kau pergi bersama janji yang kau campak ke tepi, Berlari meninggalkan aku sendiri, Tangan aku yang kau ge...