Menurut wikipedia, cinta platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual atau intim tidak wujud.
Pada awalnya Lily fikir hubungan platonik itu adalah mustahil, tetapi siapa sangka pada akhirnya gadis ini menjerat dirinya sendiri dalam hubungan seperti itu. Memang terlalu mustahil untuk kaum hawa dan adam berkawan tanpa timbul perasaan sayang dan cinta.
Namun, disebabkan egois dan kebodohan diri, teringin juga Lily mewujudkan sesuatu yang jelas lagi nyata adalah mustahil. Natijahnya, ikrar janji memakan diri sendiri.
Ini kisah Lilian, kisah seorang gadis berusia 17 tahun yang kena leter dengan mak dia sebab membuta lagi.
Climb on board
We'll go slow and high tempo
Light and dark
Hold me hard and mellow"Lily!" Laungan suara Puan Hayati serta bunyi lagu yang dijadikan penggera menganggu lena Lily.
Lily tidak ambil endah, malah semakin erat dia memeluk bantal busuknya.
I'm seeing the pain, seeing the pleasure
Nobody but you, 'body but me
'Body but us, bodies together
I love to hold you close, tonight and always"Lilian! Bangun lah mama cakap! Sampai bila nak membuta je kerja. Nanti lambat nak pergi sekolah." Pintu bilik dikuak kasar, semakin kuat suara Puan Hayati kedengaran di telinganya.
Puan Hayati menerobos masuk, lantas langsir segera disingkap luas. Terang benderang bilik Lily dibuatnya.
"Apa ni ma...orang nak tidur lah." Rengus Lily. Selimut ditarik sehingga menutup kepala. Silau.
I love to wake up next to you
I love to hold you close, tonight -Serasa bingit dengan penggera yang dipasang Lily, lantas segera Puan Hayati mematikannya.
"Harap alarm je memekak, tapi orangnya tak bangun jugak." Bebel Puan Hayati lagi. Sambil itu laju juga tangannya mengutip pakaian kotor Lily di atas lantai.
"Haih nak jadi apalah dengan anak dara aku ni. Bilik ni dah macam tongkang pecah! Sesekali tu rajinkanlah diri untuk kemas. Ni tak, dibiarkan aje bilik bersepah macam ni." tergeleng-geleng kepala wanita itu mengenangkan sikap anak perempuannya. Haih apalah nasib badan, barangkali salahnya juga kerana salah mendidik Lily.
Dia terlalu memanjakan gadis itu sehingga dah besar panjang tak reti nak buat apa!
Sedang Puan Hayati sibuk membebel, ternyata semakin lena tidur anak gadisnya. Bagi Lily apa ada hal, bukannya dia dengar pun. Tengah sibuk membuta tak ingat dunia ni!
"Sudah! Bangun mama cakap!" selimut Lily ditarik kasar. Dek tersentak, terpinga-pinga Lily celikkan mata.
"Mama dah naik angin ni." Sambung Puan Hayati dengan nada suara yang tertahan-tahan. Sedikit sahaja lagi amarahnya akan meletup. Sudahlah dia ada darah tinggi, memang berangin je dia menghadap perangai Lily di pagi hari begini.
Lily mengeliat kasar. Besar juga mulutnya ternganga. Kedua tangannya pula terkuak sedepa.
"Huarghhhh!! Ergh sedapnya." Gumam Lily dengan mata terpejam. Pipi yang terasa gatal digaru halus.
Sekonyong-konyong dia bersuara, "Mama hari ni kan hari sabtu. Orang cuti lah."
"Kepala hotak kau," Balas Puan Hayati lemah lembut. Nada yang terdengar sopan tetapi cukup berbisa rupanya.
"hari ni tak cuti sayang, hari ni sekolah." Sambung Puan Hayati dengan wajah bosannya.
Dia bercekak pinggang di tepi katil, memandang seraut wajah Lily yang masih masam mencuka.
YOU ARE READING
Dear HEARTBREAKER
RomanceKau hadir dengan harapan, Berdiri menggenggam angan dan impian, Janji bahagia kau taburkan, Namun mengapa hanya duka dan lara aku rasakan? Kini kau pergi bersama janji yang kau campak ke tepi, Berlari meninggalkan aku sendiri, Tangan aku yang kau ge...