B A B 3

2K 129 20
                                    

Helaian demi helaian muka surat dia selak. Hatinya mahu mengulangkaji pelajaran, bersiap sedia dengan tajuk Biodiversiti yang bakal cikgu bincangkan esok. Namun fikiran Lily terbang entah ke mana.

Sudah hampir 15 minit dia di atas katil tapi masih tiada progresnya! Buku teks Biologi dan juga nota kecil masih setia di riba.

I don't think I love you anymore
Don't believe it when I see say, I feel like I'm yours

Playlist kegemarannya masih berputar. Lagu demi lagu dimainkan, dari genre pop berpindah ke jazz dan seterusnya ke R&B. Namun tetap sahaja serabut di kepala tidak hilang jua. Momento siang tadi masih kerap berulang tayang di dalam minda.

Sedang dia berhayal dengan perkara yang terjadi hari ini, tiba-tiba dia terasa kulit betisnya bergetar. Selimut diselak dan ternyata telefonnya sedang menerima panggilan.

Kak Sofia.

Lily baca sekilas sebelum dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello," sapanya terlebih dahulu.

Kedengaran suara ceria Sofia menerpa gegendang telinga. Lily ikut senyum. "Hei! What you're doing? How was your first day going?"

Lily mengeluh kesal. Kenapa balik-balik soalan ini juga yang harus dipertanyakan oleh Kak Sofia? Sudahlah ayah dan mama juga turut mempersoalkan hal yang sama.

"Well," Lily jeda sejenak sebelum kembali menyambung, "they all very welcoming."

Sofia sudah bersorak ceria di sana. Lily yakin pasti senyuman Sofia sedang tersungging lebar saat ini. "Alright tell me every single thing! Macam mana dorang semua? Okay tak? Ada jumpa someone special? Yang handsome? Or maybe a cute one? Tell me! Tell me everything!" Beria Sofia memaksa.

Bertalu-talu soalan yang dilemparkan Sofia. Naik rimas Lily dibuatnya. Lantas gadis itu pun menjauhkan telefon seiring bangkit dari duduk.

Meja belajar dihampiri. "Okay chill! Hold on!" Sampuk Lily dalam pada Sofia masih asyik mengekspresikan perasaan terujanya.

"It does'nt even matter Kak Sofia. Look, maybe my life is a little bit boring but Lily tak ada hati lagi nak fikir all that stuff." Tambah Lily lagi sekali gus menghadirkan rasa hampa di hati Sofia.

Sofia mengeluh. "Why not? Hei try lah cari someone. Maybe dating with some a hot guy. I heard budak JB ramai yang good looking tau."

Dengar sahaja itu Lily terus tergelak dengan rasa janggal. "Some?" Soalnya tidak percaya.

Sofia ingat dia apa? Playgirl? Sampai nak bercinta dengan beberapa orang lelaki dalam satu masa. Itu bukan Lily! Bagi Lily dia masih belum berminat mahu menambah nama di dalam senarai fuck girl.

"Are you that crazy?" Lily bertanya lagi. Kepalanya tergeleng-geleng mengenangkan kata-kata Sofia tadi.

"Yeah. Why not. Dating dengan ramai orang, sampailah jumpa yang paling berkenan di hati. Simple." Balas Sofia selamba. Segelas jus oren dicapai dan diteguk rakus.

Dear HEARTBREAKERWhere stories live. Discover now