B A B 5

1.7K 131 14
                                    

"Yo!! Amir is here." Jerit suatu suara sebaik sahaja Amir melangkah masuk ke dalam studio.

Bunyi dram dan juga gitar bass mula bersatu. Kelihatan beberapa orang lelaki termasuk seorang perempuan sedang duduk melepak di situ.

   Amir mampir dekat ke arah vokalis, mereka bersalaman dengan cara mereka yang tersendiri.  Jimmy, seorang lelaki Cina yang dilantik secara rasmi sebagai vokalis band mereka. Dia juga mahir bermain dram sama seperti Amir.

"Lambat kau hari ni Mir, kau pergi mana?" Soal Jimmy sambil menghentam tom dan cymbal secara rambang. Tom dan cymbal merupakan bahagian dari drum set.

Toms terbahagi kepada tiga sedangkan  cymbal terbahagi kepada dua bahagian. Ada high tom, medium tom dan floor tom. Kit ini sering dipanggil Tom atau nama lainnya ialah tom-toms. Tom terlihat serupa dengan bass drum malah ia jauh lebih kecil.

Bunyi lantunan nada pula jauh lebih ke dalam dan menghasilkan hits yang lebih tahan lama.

Manakala cymbal pula terdapat crash cymbal dan ride cymbal yang memainkan peranan penting dalam penghasilan melodi. Keduanya mempunyai fungsi yang berbeza-beza. Sebagai contoh ride cymbal mempunyai bahagian tengah yang berbentuk loceng. Tujuannya adalah untuk menghasilkan bunyi yang cerah.

Setiap pemukul dram tidak perlu mengetuk ride cymbal terlalu kuat. Ini kerana ride cymbal tidak sama seperti crash cymbal. Jadi sebagai alternatifnya, jika si pemain mahu menghasilkan bunyi yang lebih rendah, dia hanya perlu bermain di pinggir sahaja untuk mencapai ping yang perlahan.

    "Aku singgah kedai belikan korang ni." balas Amir sambil mencampak plastik merah di atas sofa. Dia labuhkan duduk di situ, tangan yang dihulur Sam disambut. Sekali lagi mereka bersalam dengan cara mereka sendiri.

"Aiskrim! Kau memang gempaklah Mir, macam tahu-tahu je aku tengah haus." Jimmy bersorak ceria sebaik sahaja membongkar plastik yang dicampak Amir tadi.

Sekonyong-konyong ada suatu suara menyampuk, dan semua mata terus memandang dirinya. "Hei! I tak dapat pun!"

Erliza membentak manja. Panjang bibirnya memuncung ke depan.

    "You're not allowed to be here." Balas Amir selamba. Beku aje memek mukanya memandang Erliza.

Erliza merengus, lantas bahu Pian ditampar. "Babe! Tengok kawan you tu!"

   "Oh come on Pian, can you get rid of her." tambah Amir lagi. Dia sudah muak dan malas mahu melayan karenah mengada Erliza lagi. Tahulah dia yang Erliza dan Pian sedang mabuk bercinta, tapi tidak perlulah sampai mereka mahu jamming pun Pian hendak bawa Erliza sekali.

"Alah Amir, jangan kasar sangat dengan dia." balas Pian sambil melirik Erliza di sebelah. Pian menggeleng kepala, memberikan isyarat kepada Erliza supaya berhenti berlagak manja seperti itu.

Dia tahu seberapa antinya Amir terhadap perempuan. Lebih-lebih lagi dengan perempuan seperti Erliza. 

Amir berdecit lalu dia mampir ke dram. Jimmy yang faham bahawa Amir mahu bermain dram, lantas dia lekas-lekas berpindah. Stick pemukul atau tongkat dram berpindah tangan.

   "Aku dengar cerita kau dah jumpa pengganti Que, siapa?" Khali sejenak Sam bertanya perihal guitaris. Sudah berminggu mereka menanti pengganti Que, tapi sampai ke sudah tak jumpa-jumpa.

Sehinggalah berita budak baru yang dipilih Amir untuk menjadi pengganti menjadi tular semalam. Perkara itu mendapat perhatian bilamana budak baru yang dipilih Amir ialah perempuan.

Dear HEARTBREAKERWhere stories live. Discover now