Bab 3

216 16 0
                                    

“ Stich! Stich! janganlah takut..come to mami sayang.” Layla tercari-cari Stich dalam belukar. Dari tadi dia memanggil-manggil. Gara-gara kereta yang break mengejut tadi, Stich lari ketakutan. Tapi dia tidak salahkan kereta tadi sebab dia nampak juga ada anjing tiba-tiba muncul dari semak.

Layla semakin jauh masuk ke dalam belukar. Dia tidak kisah semak samun apatah lagi kalau ada ular dan sebagainya. Yang penting Stich dijumpai. Hampir 30 minit kemudian, dia nampak Stich memanjat pokok senduduk. Layla tersenyum gembira. Perlahan-lahan dia ambil Stich yang kelihatan lebih tenang. Bila letak di bahu saja, terus Stich gesel-gesel kepala.

“ Good boy...mari kita balik. Tidak selamat pula kalau bawa kau jalan-jalan ni. Baik duduk dalam banglo kamu saja tadi. Lilo pun sudah kali beranak tu...” Layla membebel sama Stich. Kali ini laju dia berjalan. Takut jumpa ular. Tadi macam pendekar gagah saja merempuh semak samun.

Layla meletakkan Stich dalam rumah kucing. Stich terus ke menara kucing untuk berehat. Layla tau Stich baru mengalami kejutan dan dia perlu berehat. Sempat dia menjenguk Lilo dalam rumah kucing. Nampaknya Lilo sudah selamat melahirkan 4 ekor anak kucing.

“ Lilo...good job sayang..rehat bagus-bagus aa. Nanti mami bagi makanan paling sedap untuk new mum kejap lagi..” kepala Lilo diusap manja. Lilo menggesel tangan Layla dan kemudian anak-anak yang baru lahir dia jilat penuh kasih sayang.

Layla balik rumah untuk merebus isi ayam yang mimang aki buat stok untuk Lilo dan Stich. Sebelum itu, sempat dia mandi sekejap bagi menghilangkan rasa gatal akibat terkena rumput-rumput dalam belukar tadi. Tangan Layla lincah membuat kerja dan dia kembali semula ke rumah kucing untuk menjamu Lilo dan Stich.

Layla duduk di rerumputan tiruan sambil mengusap Lilo dan Stich yang sedang makan. Dari tadi dia bercakap dengan dua ekor kucing. Hanya itulah kawan dia bila bersendirian di rumah. Aki dan odu pigi rumah Farisya untuk memantau homestay. Dia mau ikut tadi tapi aki bilang betis dia masih belum sembuh. Layla akur juga sebab Farisya pun berjalan di Imago dengan adik-beradik dia yang lain. Tapi sebaik sahaja diurang jalan, Layla pula keluar membawa Stich melihat pemandangan kampung. Nasib baik Stich dijumpai. Kalau tidak, kedapatan dia keluar merayau. Degil betul budak Layla ni.

Hari ni sepanjang hari Layla melayan mata. Dia tidur bersungguh-sungguh. Hanya bila masuk pukul 4 petang barulah Layla ke dapur menyediakan makan malam nanti. Layla memang mahir memasak. Odu memang ajar dia ilmu masak memasak supaya senang bila sudah kahwin konn nanti.

Layla menyediakan 2 jenis lauk dan 1 jenis sayur saja. Sup nangka dicampur dengan sedikit isi ayam kampung panggang, ikan masin bersambal dan ikan tilapia goreng. Dia juga sediakan sambal belacan untuk cicah ikan goreng. Layla tersenyum puas hati dengan persediaan makan malam dia. Hampir dua jam dia bersilat di dapur tadi.

Tepat pukul 6 petang barulah aki sama odu sampai. Aki letak buah kundur di dapur dengan setandan pisang telur. Mungkin itulah hasil di kebun homestay. Biasanya kalau pelanggan tidak beli, aki akan bawa balik ke rumah.

“ Ai...tidak lakukah ni aki?” Layla membelek pisang telur yang sudah kekuningan.

“ Bukan tidak laku...aki memang mau bawa balik untuk Layla ni. Bilang hari tu mau makanlah, mau buat pengat pisanglah. Harap-harap tidaklah buruk tu menunggu dimasak..” aki pandang Layla yang tersengih-sengih di tepi dia. Cucu dia ni ada masanya datang malas dia. Order sayur macam-macam, tapi akhirnya memburuk di dapur.

“ Tapi lagi sedap kalau odu yang masak ba tu aki. Layla tidak lama lagi ni mau balik KL sudah...” Layla buat muka comel.

“ Nah! adalah tu alasan budak ni...yalah odu masak nanti..” odu picit pipi Layla geram. Layla ketawa kuat bersaing dengan ketawa aki.

Layla ArabellaWhere stories live. Discover now