Bab 16

260 13 0
                                    

Adrian berdiri di pusara Arthur. Air mata yang bertakung di tubir mata dikesat dengan belakang tangan. Kalau abang dia masih hidup, mesti dia sudah diketawakan kerana menangis. Dia memang kategori sentimental walaupun untuk perkara-perkara yang kecil sahaja.

Adrian baru meletakkan sejambangan bunga tanda dia sentiasa mengingati abang dia. Hampir sejam dia duduk mengadu banyak perkara kepada Arthur. Dia mengharap abang dia boleh mendengar dan memberi dia kekuatan untuk menjaga Athiyah pula. Sekarang ni, Adrian dan Athiyah sajalah yang masih bersatu. Mengharap keajaiban yang hubungan keluarga mereka kembali pulih.

Sebuah kereta hitam kelihatan masuk di kawasan perkuburan. Adrian segera memakai kaca mata hitam. Dia tidak mau Athiyah nampak dia menangis. Cukuplah hampir sebulan Athiyah menagis setiap hari meratapi kematian Arthur. Athiyah keluar dengan diiringi oleh Aaron.

“ Macam mana kakak ipar saya? Dia ok juga?” Adrian hulur sampul surat berisi duit kepada Aaron.

Aaron ialah individu yang dia upah untuk jaga Layla. Kebetulan hari itu dia mencari seseorang yang boleh diharapkan untuk menjaga Layla sebagaimana yang dikehendaki oleh Arthur. Dia jumpa Aaron di KLIA sebulan lalu. Aaron menghadapi masalah untuk balik ke KK akibat kehabisan duit. Mengikut cerita Aaron, dia ditawarkan kerja oleh agen tetapi akhirnya tersadai di airport. Aaron hanya dapat membeli tiket ke KL saja dan tersadai 2 hari airport setelah agen tidak muncul. Kononnya keluarga Aaron sangat susah.

“ Dia ok juga. Sempat saya escort dia pergi beli keperluan bayi...she looks so excited tapi nampak kesedihan di wajah dia..” terang Aaron. Adrian angguk kepala. Puas hati dengan kerja Aaron. Mesti abang dia sedih kalau dia tau Layla sedang bersedih. Adrian pandang kubur abangnya sayu.

“ Bagus Aaron. Jaga dia sampai dia selamat bersalin..hati-hati sebab orang-orang mummy mungkin akan cari Layla..” pesan Adrian. Dua orang suruhan mummy masih berkeliaran di luar sana. Dia masih ingat dua lelaki itu terkocoh-kocoh keluar dari bilik Arthur. Adrian biarkan kerana tidak mengesyaki apa-apa tapi sangat terkejut melihat abangnya yang tertiarap berlumuran darah sebaik sahaja dia masuk di bilik Arthur.

“ Thia..jom balik. Aaron, kau drive bolehkah? saya mau bercakap dengan adik saya di belakang..” Adrian hulur kunci kereta. Aaron akur saja.
“ Thia, Praset sudah jumpa pembeli rumah kita. So, Thia rasa di mana kita perlu berhijrah?” soal Adrian.

“ I am thinking of Switzeland Ad..masih ingatkah Arthur pernah beli rumah sana? dia cakap dia akan bermastautin di sana kalau dia kahwin dengan Gina” Thia sukakan Switzerland.

“ Aku lupa sudah tempat dia Thia.. Kau masih ingat?” Ad pandang Thia. Thia angguk laju. Dia tidak sabar sudah mau tinggalkan bumi Thailand. Negara ini banyak kenangan pahit mereka.

“ How about Layla? Dia amanah abang Arthur..kita kena jaga dia..” Adrian bersandar memikirkan tentang Layla. Kalau mereka berpindah ke Switzerland, apa akan jadi dengan Layla. Adrian tidak tau membuat keputusan.

“ Biarlah saya jaga sampai dia bersalin. Nanti saya hantar dia ke Switzerland kemudian..” Aaron offer diri. Baru sebulan dia menjaga Layla dan dia sudah ada duit simpanan. Adrian memang tidak lokek.

Adrian dan Athiyah berpandangan. Bolehkah Aaron diberi kepercayaan untuk menjaga Layla? Tapi Aaron nampak baik dan sangat komited dengan kerja yang diberi. Apa sahaja arahan Adrian, Aaron dapat selesaikan dengan baik. Lagipun Aaron fasih bahasa Inggeris.

“ Nanti kita bincang kemudian..Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan” putus Adrian. Kereta meluncur laju meninggalkan kawasan perkuburan. Dia perlu berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan terutamanya melibatkan amanah Arthur.

Sesampainya di rumah, Adrian dan Athiyah terkaku. Setelah hampir 6 bulan mereka cuba menjejaki daddy, barulah daddy muncul. Di lantai ruang tamu, 2 tubuh manusia sudah kaku berlumuran darah. Adrian kenal orang tersebut. Itu adalah orang suruhan mummy yang sebenarnya adalah bodyguard mummy sebelum ini.

“ Daddy...” Athiyah berlari mendapatkan daddy. Athiyah menangis sambil cuba memeluk daddy tapi daddy tolak tubuh Athiyah. Wajah daddy merah menahan marah. Adrian terkejut dengan tindakan daddy. Dengan pantas Athiyah ditarik. Kasihan adik dia ditolak begitu sedangkan Athiyah manja dengan daddy selama ini. Tapi memang daddy sentiasa lebihkan Arthur.

“ Where’s mummy?” kuat suara daddy. Mencerlung mata dia memandang kedua-dua anak dia. Selama 6 bulan ini, dia sibuk berbulan madu. Berpindah-pindah negara membawa isteri muda.

Adrian dan Athiyah geleng kepala. Memang mereka tidak tau di mana mummy sekarang. Nombor telefon lama mummy sudah tidak berfungsi. Mungkin mummy sudah berhijrah ke luar negara. Daddy naik angin bila melihat Adrian dan Athiyah tidak mengetahui di mana mummy pergi. Dia sangat marah apabila dia mendapat khabar dari kawannya yang Arthur sudah meninggal dunia. Tanpa membuang masa, dia terbang ke Thailand dan meninggalkan isteri baru di Ireland.

“ Ad, jangan sembunyikan apa-apa dari daddy..you know my limit..” daddy menghampiri Adrian. Dua orang anak dia ini sentiasa mau menangkan bekas isteri dia dulu. Tiada siapa tau kenapa dia nekad tinggalkan Sofea dulu.

“ I swear daddy...Ad tidak tau mana mummy lari after the case...” dia tidak sampai hati mau ceritakan kejadian Arthur dikurung dan diseksa hanya kerana kedapatan berkahwin dengan orang KK dan menolak untuk berkahwin dengan Regina.

“ Stupid bitch!!” tempik daddy. Adrian dan Athiyah kaku. Aaron di belakang mereka juga statik. Tidak jadi menghulur kunci kereta Adrian.

Dia masih ingat kejadian di mana Sofea kedapatan melayan nafsu seorang lelaki muda yang dikenalinya semasa bermain judi di luar negara. Hatinya sebagai suami bagai disiat-siat melihat kecurangan isteri sendiri. Alasan Sofea ialah dia tidak mampu membayar wang pertaruhan dan diberi pil perangsang. Dia akui Sofea sangat cantik di usia awal 50-an. Kalau tidak mengenali keluarga Sofea, penampilan Sofea umpama anak dara.

Arthur berjaya mengembalikan hubungan mereka hanya beberapa minggu sebelum Sofea tertangkap lagi sedang berasmaradana dengan dua orang bodyguard dia di atas katil mereka. Miller walaupun bergaul dengan ramai orang, dia sangat menjaga darah bangsawan dia. Akhirnya dia mula mencari cinta baru dari perempuan yang lebih muda akibat kecewa dengan sikap Sofea. Isteri baru dia sebenarnya sudah lama berurus niaga dengan keluarga mereka. Bermula dari situ, Miller mula mempersoalkan darjat Sofea. Dia marah kerana Sofea tidak menjaga martabat dan keturunan dia. Semasa mengahwini Sofea, dia ketepikan martabat dia dan dia angkat Sofea menjadi sebahagian orang bangsawan. Bagi Miller darah keturunannya sangat bernilai. Semua anak-anak dia juga dijaga pergaulan. Dia sanggup buat apa saja demi menjaga darah “emas” keluarga dia.

Miller tidak tau apa yang mengubah diri Sofea. Mungkin Sofea mencari hiburan di atas kesibukannya tapi dia sudah berkali-kali mengajak Sofea untuk sentiasa mengikuti dia. Sofea sendiri yang menolak dengan alasan mau menjaga anak-anak sedangkan semua anak-anak mereka tidak lagi tinggal dengan mereka. Adrian bekerja di UK manakala Athiyah sibuk dengan kerja amal sehinggakan jarang duduk di rumah. Arthur pula tidak tentu tempat dia bekerja. Keseronokan dunia akhirnya merosakkan Sofea.

Adrian dan Athiyah masih berdiri. Tidak tau sama ada mau duduk atau berjalan masuk bilik. Mereka tersinggung dengan sikap daddy. Baru sekarang daddy mau mengambil tau tentang keluarga? Itu pun sebab abang Arthur. Macamlah hanya Arthur anak daddy. Nasib baiklah juga daddy masih ingat untuk memberi duit belanja untuk dia dan Athiyah walaupun masing-masing sudah ada pendapatan sendiri.

“ Daddy minta maaf sebab tiada di sini masa Arthur meninggal..” lirih suara daddy. Memang dia sedar kasih dia pada Arthur melebihi Adrian dan Athiyah. Athiyah manja dengan dia tapi rasa sayang dia pada Arthur masih paling utama. Mungkin sebab Arthur anak sulung dan lambang kasih sayang dia dengan Sofea dulu.

Dengan perlahan dia menghampiri Adrian dan Athiyah. Tubuh dua orang anak dia dipeluk lemah. Dia terlalu garang dalam menjaga darjat dia sampai akhirnya memakan diri. Tapi dia tidak peduli asal darjat dia tidak tercalar. Sofea tidak tau menjaga reputasi mereka. Memang patut dia dengan Sofea bercerai.

Daddy membuat panggilan supaya mayat dua bekas bodyguard mummy diuruskan. Adrian tau, daddy pasti ada helah untuk menutup kes begini. Dengan duit, segalanya dapat diuruskan dengan mudah. Adrian walaupun merasakan daddy terlalu drastik memberi hukuman, dia dengan Athiyah tetap merasa lega. Tiada lagi yang perlu mereka takuti kecuali mungkin mummy.

Hampir seminggu daddy berada di Thailand sebelum kembali ke Ireland. Dia sudah tidak peduli semua kepentingan dia di Thailand. Keluarga dia sudah berantakan. Dia akan menetap di Ireland dengan isteri baru. Dia ada mempelawa Adrian dan Athiyah untuk ke Ireland tapi kedua-duanya mau bebas. Lagipun, mereka belum bersedia mengenali mama tiri mereka. Daddy pun tidak kisah pasal dia dan Athiyah. Hanya Arthur yang terbaik di mata daddy. Adrian dan Athiyah sudah pasrah.

Hari ini, Adrian dan Athiyah terbang ke KK untuk melihat sendiri siapa isteri Arthur. Mereka ingin berkenalan dengan Layla yang telah mengubah hati Arthur sekelip mata. Ingatkan Arthur cuma cintakan Regina, rupanya cinta gadis biasa itu memang luar biasa. Arthur yang sombong juga tunduk dengan Layla. Mereka mau kenal perempuan yang hebat itu. Hari itu, mereka hanya lihat sekeping gambar beserta alamat dri diary Arthur.Itulah yang mereka bagi Aaron supaya senang dia mencari Layla. Aaron pula sudah balik ke KK sejak 3 hari lepas. Maka ketibaan Adrian dan Athiyah di KK disambut oleh Aaron.

Aaron membawa mereka di hotel berhampiran airport. Tempahan sudah dibuat untuk tempoh 2 minggu seperti yang diarahkan oleh Adrian. Ini pertama kali mereka sampai di KK. Aaron pula sudah bersedia membawa mereka menjelajahi KK.

Layla menyorong trolley berisi peralatan mandi dan banyak lagi barang lain. Sejak akhir-akhir ini, dia jadi kaki shopping pula. Baru dia mau membelok, trolley dia diambil oleh seorang lelaki. Layla terpinga-pinga. Lelaki ni pekerja di Imagokah? Ini kali kedua dia berjumpa dengan Aaron.

“ Boleh saya tolong? Nampaknya puan shopping sendiri lagi..” tegur Aaron ramah. Sebuah senyuman diberikan kepada Layla. Layla balas senyuman Aaron. Alangkah indahnya kalau Arthur di sini.

“ Tiada orang marahkah?” Layla hulur trolley. Aaron menggeleng. Senang hati apabila Layla menerima kehadiran dia.

Layla rasa terhibur pula dengan gelagat Aaron yang mengiringi dia sepanjang membeli belah. Layla ambil 1 tin besar susu pekat manis tapi laju Aaron tukar. Dia ganti dengan tin susu Anmum. Apa sahaja yang dia beli pun Aaron akan komplen. Dia memberi nasihat kepada Layla agar memberi yang terbaik untuk baby dia.

“ Ini tidak baik untuk baby..” tegur Aaron. Makanan berproses semua diletakkan semula di atas rak. Layla menggeleng sambil ketawa. Sebenarnya tidak banyak yang Layla beli tapi dia banyak window shopping saja.

“ Saya tidak mau...” Layla menolak pelawaan Aaron untuk membeli baju mengandung. Aaron pilih semua yang seksi-seksi. Dia seganlah membeli dengan aaron yang baru dia kenali.

“ Sempit sudah baju mengandung kau..beli yang longgar-longgar supaya baby berkembang dengan sihat..” Aaron tarik tangan Layla. Layla masih berkeras tidak mau. Sebenarnya dia terniat mau beli pakaian dalam juga sebab dia sesak nafas dengan pakaian dalam dia sekarang. Semua serba ketat.

“ Ni sesuai untuk ibu mengandung..” Aaron angkat tinggi-tinggi maternity underwear. Muka Layla sudah naik merah. Dia malu. Terjongket-jongket dia cuba mencapai benda tersebut dari tangan Aaron.

“Ish...janganlah angkat tinggi-tinggi. Malulah..” bisik Layla. Suara sengaja ditekan tapi Aaron makin kuat mengusik. Layla rasa mau sepak saja lelaki yang tiba-tiba mau menemani dia shopping.

Setelah dipaksa-paksa, akhirnya beberapa pasang pakaian dalam dengan baju mengandung dibeli juga. Sekali lagi Layla berebut-rebut dengan Aaron mau membayar di kaunter. Geram betul dengan perangai Aaron.

“ Layla, biar saya bayar..sebagai tanda perkenalan kita..” Aaron angkat kening memandang Layla.

“ Mana boleh!! kawan tidak boleh bagi hadiah berupa pakaian. Nanti ada perkara buruk berlaku..” bantah Layla masih berbisik. Kad kredit di tangan Aaron cuba dirampas tapi cepat Aaron menghulurkan kad kepada cashier. Dia kenyit mata memandang Layla seolah-olah mau meraikan kejayaan dia mendahului Layla. Cashier tersebut ketawa kecil. Cemburu dengan kemesraan pasangan di depannya.

Layla tarik muka. Harga pakaian dia hampir RM 600. Terbeliak mata Layla melihat jumlah di skrin cash machine. Mahalnya jerit hati Layla. Dia tidak mau menerima pemberian Aaron tapi sudah masuk dalam trolley pula. Dia tidak kenal Aaron. Dia juga mula meragui kehadiran Aaron secara tiba-tiba.

“ Aaron...saya bayar harga baju tadi ya..” Layla keluarkan dompet dari handbag tapi Aaron tahan tangan Layla.

“ Tidak payah...belanja saya makan di Promenade saja. Saya mau makan yang paling mahal...” Aaron kenyit mata lagi. Layla jadi malu. Aaron macam mau mengorat dia. Takkan Aaron tidak sedar yang dia sedang mengandung sekarang.

“ Deal...” jawab Layla. Dia akan pastikan Aaron makan sampai harga RM600.

Mereka beriringan keluar dari Parkson dan berjalan menaiki escalator menuju tempat letak kereta. Ketika mau melangkah dari tangga terakhir escalator, Layla terlanggar dengan seseorang yang tergesa-gesa berjalan di depannya. Rasanya orang itu tersalah laluan. Aaron ketika itu sudah mendahului dan sudah di machine pembayaran tempat letak kereta.

Beg tangan Layla tercampak di lantai. Nasib baik dia tidak terundur. Kalau tidak, dia sudah bergolek di escalator. Lelaki tadi mengambil beg Layla di lantai.

“ Sorry...” lelaki tadi menghulur beg tangan Layla. Layla terpaku memandang muka lelaki di depan dia. Air mata dia menitis. Dia rindukan lelaki itu.

“Arthur...” bisik Layla tetapi lelaki itu hanya berjalan tanpa memandang Layla. Tangan perempuan di sebelah dicapai dan mereka menaiki escalator turun. Layla malu sendiri. Dia pasrah bila Arthur berpura-pura tidak mengenali dia lagi.








Layla ArabellaWhere stories live. Discover now