Bab 5

204 12 0
                                    

Sudah sebulan peristiwa di Taman Cinta Bersemi berlalu tapi setiap kali teringatkan Arthur, debaran jantung Layla makin menjadi-jadi. Mau tidur pun payah. Berulang kali bayangan wajah Arthur muncul di depan mata. Masih terasa-rasa hangatnya sentuhan Arthur. Layla angau.

Hari ini kelas digital imaging tapi Layla banyak berangan. Dia tidak fokus. Betullah dia sudah jatuh cinta. Kehidupan dia mula kucar kacir sejak bertemu Arthur. Nasib baik jugalah dia mahir untuk subjek digital imaging. Kalau tidak, mungkin lama sudah sir Amri marah dia kerana berkhayal di dalam kelas. Sir Amri terkenal sebagai pensyarah yang tegas.

Sir Amri perasan kelakuan Layla hari ini tapi dia akan tanya kemudian. Layla adalah pelajar terbaik subjek dia dan Layla tidak pernah mengecewakan setiap kali diberi tugasan. Boleh dikatakan Layla adalah pelajar kesayangan dia.

Tamat kelas, sir Amri memanggil Layla. Layla tersentak. Habis melayang khayalan dia. Dia tidak sedar pun dia mensia-siakan 2 jam dengan berangan dating dengan Arthur. Dia gigit bibir sambil tutup mata. Geram dengan kelalaian diri sendiri. Perlahan dia berjalan ke arah sir Amri.

" Kamu kenapa Layla? saya nampak kamu tidak fokus hari ini. Angau ya.." padu ayat sir Amri. Mata lelaki dia tidak pernah salah menafsir tingkah kelakuan Layla. Dia tau Layla sedang dilamun cinta dan sir Amri sedikit kecewa. Dia juga ada hati dengan Layla. Layla tunduk memandang hujung kaki.

" Sorry sir...saya janji lain kali tidak akan buat lagi. Saya lost sikit hari ini sir..sorry.." Layla memandang lelaki yang berusia 35 tahun itu. Sir Amri pensyarah yang tegas tapi sangat baik dengan Layla.

" So, petang ni join my team ya...kita ke Melaka. Macam biasa you jadi model and at the same time, you boleh belajar juga.." sir Amri pandang Layla. Walaupun sir Amri sukakan Layla, dia tidak pernah mengambil kesempatan. Dia mau Layla belajar betul-betul.

" Jauh juga sir...mau kena berendam dalam air lagikah tu?" Layla mula risau. Dia tidak suka berendam apatah lagi kalau malam. Tapi dia suka ikut team sir Amri. Dia boleh berkenalan dengan ramai photographer terkenal.

" Tidak tau lagi apa tema diorang kali ini. Tapi pastikan bawa baju untuk 3 hari. Sabtu saya batalkan kuliah.. Saya tau kamu tiada kuliah sampai Rabu sebab Madam Marina hantar anak dia pigi Australia" sir Amri senyum senget sebelah. Trademark dialah tu. Layla mau melompat sudah gembira. Dia suka outing dan selalunya penginapan pun free. Sir Amri memang tidak kedekut.

" Tapi sir..siapa kawan saya nanti? takkan saya saturang perempuan saja?" Layla tidak mau macam kejadian dulu. Dia saturang saja perempuan. Nasib baik ada si Sally aka Salman si lelaki lembut kawan dia melepak minum kupi merangkap jurusolek. Farisya tidak pernah mau ikut sebab dia course lain dan dia segan sama kawan-kawan sir Amri.

" Don't worry...kali ini team saya bawa jurusolek dan juruandam perempuan yang real punya. Si Sally dia ada job lain.." sir Amri ketawa. Dia faham kerisauan Layla. Tapi setiap kali bawa Layla buat job di luar, dia akan call keluarga Layla. In case kalau berlaku apa-apa, dia tidak dipersalahkan. Yang bagusnya, keluarga Layla menyokong apa sahaja yang Layla buat asalkan memberi manfaat kepada Layla sendiri.

Petangnya mereka berangkat di Melaka. Perjalanan ke Bandar Bersejarah itu memakan masa hampir 4 jam kerana kesesakan lalu lintas. Tapi Layla langsung tidak sedar kerana dia tertidur sepanjang perjalanan. Tambahan pula mereka menaiki kereta Honda City yang sangat selesa menyebabkan Layla langsung tidak sedar. Sir Amri dan Tania hanya mampu menggeleng melihat keadaan Layla yang tidur nyenyak sambil memeluk bantal berbentuk bulan sabit. Siap dengan comforter lagi.

Mereka check in di Tanjung Bidara Beach Resort hampir pukul 9 malam. Team sir Amri ada 5 orang lagi dan dua orang sudah berkeluarga. Layla sudah biasa dengan team diorang ni sebab dia selalu jadi model diorang. Siap bayar lagi kadang-kadang.

Layla ArabellaWhere stories live. Discover now