Bab 13

222 12 0
                                    

Meninggalkan Layla bukan perkara yang mudah untuk Arthur lakukan. Biarlah dia kelihatan kejam sekarang. Berada berdekatan dengan keluarga dia bukan senang. Dia kenal keluarga sendiri. Dia kenal juga siapa daddy dan dia faham mummy itu bagaimana orangnya. Dua-dua . Semalaman dia berfikir masak-masak. Menimbang semua perkara termasuk hati dan perasaan dia sendiri. Antara Layla dan Regina, sebenarnya Layla berada di tangga teratas. Beberapa bulan hidup bersama dengan Layla, Layla sudah mengisi seluruh ruang di dalam hati Arthur. Dia tidak tahu apa yang akan berlaku sebaik sahaja dia sampai di Thailand nanti.

Dalam penerbangan ke Thailand, buat pertama kalinya dia menangis. Air mata lelakinya mengalir akhirnya. Dia tau ketika ini Layla juga sedang terseksa seperti dia. Pada Layla, dialah suami paling kejam. Tapi bagi dia, hanya Tuhan yang tahu.

Awal pagi tadi masa Layla belum bangun, adik dia si Adrian ada call. Mummy dapat tau yang Arthur berkahwin tanpa pengetahuan keluarga. Semua gara-gara mummy jumpa kad kahwin dia dengan Layla dalam bilik Arthur.

“ Mummy marah betul dengan abang. Dia suruh abang balik Thailand segera atau dia akan hantar orang untuk cederakan Layla. Mummy lost her mind bro. Dia buang semua barang-barang abang di stor..” Adrian sempat buat video call menunjukkan mummy sedang membuang barang-barang Arthur di lantai.

“ For your information bro, we are facing a big problem. Daddy ada perempuan lain dan kita dalam fasa mau bankrupt..mungkin hanya Regina yang boleh selamatkan keluarga kita..please come back...” Arthur hanya mampu geleng kepala.

Hati Arthur bagai dihiris sembilu melihat kegembiraan Layla mau berbulan madu. Tubuh Layla tidak lepas dari pelukan dia pagi tadi. Dia curahkan segala rasa cinta dia pada Layla pagi tadi. Dia masih ingat senyuman manja Layla. Masa dia lepaskan tangan Layla untuk berlari ke kaunter untuk semakan dokumen sebelum masuk ke perut kapal, air mata lelaki dia jatuh. Dia hanya berdiri kaku di kerusi menunggu sambil melihat Layla berlari-lari anak. Ketika itulah dia tulis surat untuk Layla dan dia sampaikan pesanan kepada pramugari yang memeriksa dokumen supaya menyampaikan surat dia pada Layla.

Arthur sampai di Thailand hampir tengah malam. Athiyah dan Adrian yang sambut dia di airport. Kali ini tiada keriuhan mereka apabila berjumpa. Selalu macam-macam cerita mereka adik-beradik. Masing-masing layan perasaan sambil Adrian memandu.
Sebaik sahaja kaki melangkah masuk dalam rumah, sebuah tamparan hinggap di pipi Arthur. Mata mummy merah menyala. Dia menahan kemarahan sejak kemarin.

“ I told you Arthur!! jangan ada hubungan dengan sesiapa di Malaysia. Saya tinggalkan KK kerana kisah silam mummy di sana. Kau pula suka hati berkahwin dengan orang sana. Who’s Layla? anak datuk? anak tan sri?” mummy menjerit marah.

Dia biarkan Arthur jadi bodyguard Regina supaya Arthur boleh hidup dengan senang lenang dengan harta keluarga Regina. Percaturan dia sudah berjaya tapi tidak sangka Arthur tiba-tiba berkahwin. Dia sudah lama sebenarnya menghidu yang suami dia akan berlaku curang.

“ Mummy, apa salahnya berkahwin dengan orang biasa? memang Layla bukan siapa-siapa tapi dia isteri yang baik..” Arthur memandang mummy dengan riak tidak puas hati. Sekali lagi tapak tangan mummy hinggap di pipi Arthur. Kali ini lebih kuat dari tadi.

“ Berani kau jawab mummy Arthur? 4 tahun kau di KK, kau sudah kurang ajar. Siapa ajar kau begitu? keluarga perempuan sundal tu? dia patut sedar diri yang dia bukan kaya dan tidak layak berdamping dengan keluarga kita...” jeritan mummy bergema lagi.

Athiyah dan Adrian hanya tunduk memandang lantai. Dari kecil mereka sudah diajar untuk mengejar orang kaya. Jumlah kawan mereka amat terhad kerana mummy dan daddy mengawal dengan siapa mereka berkawan. Arthurlah yang paling teruk dikawal kerana abang dia pernah hampir-hampir berkahwin dengan Eldora. Tidak sempat meminta kebenaran dengan mummy dan daddy, Eldora sudah melarikan diri dengan tutor di kolej dia. Mungkin masa tu Tuhan mau selamatkan Arthur.

“ Into your room now Arthur!!!” mummy hempas punggung atas sofa. Dia benci mengingatkan kisah dia masa di KK dulu. Dia tidak akan jejak kaki ke bumi kelahiran dia lagi. Dia masih ingat bapa dia halau dia gara-gara mau berkahwin dengan bekas suami dia. Orang kampung juga menghalang hubungan mereka. Dia benci ketika sekumpulan orang kampung membelasah bekas suami dia ketika dia didapati bermalam dengan lelaki itu. Padahal dia tidak buat apa-apa pun.

Arthur ternganga melihat keadaan bilik dia yang berhambur. Tidak sangka mummy meroyan mengamuk dalam bilik dia. Perabot semua pun terbalik. Apa yang mummy marah betul sampai keadaan bilik dia jadi begini. Arthur memandang kad kahwin dia dengan Layla yang sudah hancur digunting oleh mummy.

Malam ini, Arthur protes tidak keluar dari bilik. Pertama kali mummy tampar dia, dia betul-betul terasa hati. Lagipun dia tidak lapar memikirkan Layla ke Jogja sendirian. Walaupun dia sudah menghubungi kawan dia yang menjadi pemandu pelancong di sana, hati dia tetap tidak tenang. Berkali-kali perkataan maaf keluar dari mulut Arthur sampai dia mengigau memohon maaf dari Layla.

Bangun bagi saja, Arthur terus mandi. Dia bersiap mau turun ke dapur. Pagi ini baru dia terasa lapar. Dia pandang jam di atas meja. Sudah pukul 8 waktu Thailand. Arthur tarik pintu bilik tapi macam tersekat sesuatu pula. Sekali lagi Arthur mencuba tapi langsung tidak terbuka. Arthur sudah kehairanan. Semalam pintu bilik dia ok saja.

Dia kemudian mencari telefon bimbit yang dia letak atas meja semalam tapi tiada juga. Arthur tunduk mencari di bawah katil. Manalah tau dia terlanggar telefon tersebut lalu terjatuh tapi tiada juga. Baru dia berkira-kira mau minta tolong Adrian supaya membuka pintu dari luar.

Arthur mula syak sesuatu. Mummy nekad mau kurung diakah ni? Kejamnya mummy. Sudahlah perut dia lapar sekarang. Arthur terus duduk di depan pintu. Berfikir macam mana mau lepaskan diri.

Beberapa minit kemudian, tiba-tiba sekeping kertas keluar dari celah bawah pintu. Laju Arthur tarik.

“ Mummy pasang kunci di pintu bilik abang. Dia juga arahkan orang dia untuk jaga supaya abang tidak terlepas. Kami tidak dapat tolong abang. Mummy cakap, kalau kami tolong abang, mummy akan arahkan orang-orang dia ke Jogja..I’m sorry abang..”

“ Stupid!!!” Arthur menjerit geram. Dia mula risaukan Layla. Mesti mummy yang ambil telefon bimbit dia. Kalau tidak, macam mana mummy tau Layla di Jogja.

Arthur mencari kertas di dalam laci dan laju dia menulis.

“ Ad, Thia...please contact Bambang in Jogja. Ni nombor dia +62813123456. Minta dia pantau pergerakan Layla. Suruh dia buang telefon bimbit Layla sebab telefon Layla abang ada pasang pengesan pergerakan dia..cepat-cepat contact dia. Jangan suruh dia bagitau Layla pasal keadaan di sini. Nanti dia takut..” notes tadi segera disisip di bawah pintu.

“ Mummy is coming...we have to go. This is your simcard. Mummy tidak perasan simcard ni tidak rosak. Your phone sudah mummy buang di rubbish bin. Itu saja Ad dapat selamatkan. Malam nanti Ad bagi handphone baru. Abang tunggu di tingkap toilet tau. Kalau depan ni mummy perasan nanti. Tunggu at 10pm”

Arthur menarik nafas lega. Dia boleh berlapar tapi dia tidak sanggup kalau Layla yang akan menjadi mangsa. Nasib baiklah bilik dia berada di bawah bilik Adrian. Arthur di tingkat 2 manakala Adrian pula berada di loteng di tingkat 3. Seingat Arthur, tandas mereka memang sebaris.

“ Jangan bagi dia makan seminggu ni. Itu denda kerana tidak dengar cakap mummy..Ad, Thia, I also warn you!! ” kedengaran suara mummy menjerit lantang di luar bilik Arthur.

Arthur mengambil air kosong pada penapis air di bilik dia. Nasib baik penapis jenama Cuckoo ini tidak menjadi korban mummy mengamuk. Perlahan tubuh yang kelaparan dibaringkan di atas tilam sebaik sahaja dia minum. Seminggu? rasanya dia tidak akan mati lagi.

Bila malam sudah mula menjelma, Arthur segera on lampu. Malangnya lampu tidak menyala. Kalau tengok dari tingkap yang terbuka, rumah jiran sebelah terang benderang. Maksudnya bukan black out tapi mummy sudah putuskan bekalan elektrik dalam bilik dia.

Arthur mundar mandir dalam gelap. Tidak sabar menunggu pukul 10 malam. Tepat jam 10, Arthur sudah di dalam tandas. Dia membawa kerusi masuk dalam tandas supaya dia senang mencapai barang yang Adrian akan bagi. Teraba-raba dia buka tingkap. Sekeping cermin tingkap dia berjaya buka dan dia letak perlahan di atas lantai tandas.

20 minit berlalu, masih tiada barang yang muncul di depan tingkap tandas Arthur. Adrian main-mainkan diakah? Athur sudah mula sakit hati. Janji palsu betul adik dia ni.

Baru Arthur mau turun di kerusi, ada sesuatu samar-samar bergerak di jendela. Arthur cepat-cepat mencapai benda tersebut. Bungkusan yang Adrian bagi menggunakan tali nampaknya agak besar. Satu persatu barang yang diberi Arthur keluarkan. Nasib baiklah cermin tingkap yang satu lagi pun senang dibuka.

Arthur meraba dalam gelap sambil membawa barang-barang yang Adrian bagi. Dia meraba lagi selak pada pintu dia dan dia mengunci pintu. Manalah tau mummy tiba-tiba datang menjenguk dia.

Arthur menutup langsir tingkap bilik dan dia mengeluarkan telefon bimbit dari kotak. Dia meraba lagi dan dia jumpa pula lampu picit mini. Cepat-cepat dia bergerak ke ruang membaca dia yang jauh dari pintu bilik. Takut mummy perasan ada lampu dalam bilik dia.

Di dalam  kotak telefon bimbit, terdapat sekeping kertas berlipat. Mungkin pesanan untuk dia dari Adrian. Arthur buka helaian kertas dan membaca dengan khusyuk.

“ Bro, according to Bambang,  Layla masih bersedih..Mungkin dia terkejut abang tinggalkan dia untuk melancong sendiri. Dia berkurung di hotel..but Bambang trying his best to make her happy..don’t worry bro, Ad and Thia will always support you..” Ad menulis mesej sambil memberi kata-kata semangat kepada Arthur. Arthur senyum dengan penulisan Adrian yang bercampur-campur. Mereka adik-beradik memang fasih berbahasa melayu kerana mummy ajar dari kecil. Persekitaran rumah mereka juga terdiri dari orang utara dari Malaysia.

Tidak lama kemudian, air mata Arthur mengalir pula. Dia rindukan Layla. Dia terpaksa lakukan apa saja untuk elakkan keluarganya mencederakan Layla. Sampai sekarang Arthur masih tidak tau kenapa mummy sangat bencikan orang berpendapatan rendah terutama dari Malaysia. Mummy sudah lupa diri sedangkan mummy juga bukanlah berasal dari keluarga mewah. Daddy yang berdarah bangsawan.

Arthur ketuk kepala sendiri. Kenapa tidak gunakan saja henpon baru untuk bermesej dengan adik dia. Arthur on telefon bimbit barunya. Syukurlah simkad dia masih berfungsi. Laju dia hantar mesej dengan  Adrian. Dia mau tau lebih lanjut tentang Layla.

“ Bro, mummy is here.. I text you later..” Adrian takut mummy spotcheck handset dia. Telefon bimbit segera disembunyikan di bawah bantal. Celoteh mummy segera dilayan walaupun Adrian sangat geram abang dia dilayan sebegitu teruk.

Arthur kemudian menghantar mesej kepada Bambang pula. Nasib baiklah nombor telefon Bambang senang mau ingat. Hampir sejam dia saling berbalas mesej dengan Bambang. Arthur ceritakan semua yang berlaku dengan dia sekarang. Bambang bersimpati dengan Arthur. Kejamnya mama Arthur.

“ Tolong jaga wife aku Bam... Mummy aku akan cari Layla kalau aku kabur di sini. Make her happy but don’t tell her anything. Promise me Bam..” Arthur merayu mengharap Bambang sudi membuat Layla gembira.

“I promise friend..” jawab Bambang.

“ Bam, snap gambar Layla banyak-banyak. Kalau ada video lagi bagus..I miss her so much” sendat dada Arthur memikirkan Layla. Dia sedih yang teramat. Tidak terasa air jernih mengalir keluar di tubir mata. Mungkin inilah yang orang selalu katakan. Ada sekali kita akan menangis bersungguh-sungguh demi seseorang.

“ Aku harap mummy kau akan lembut hati Arthur. Kalau Layla tau mesti dia sudah terbang ke sana..” kata Bambang.

“ Itu yang aku tidak mau Bam. Kau tidak kenal keluarga aku...Layla akan lebih sengsara kalau jumpa dengan mummy atau daddy..” Arthur pula membalas.

“Layla suka muzik Bam. Bawa dia ke tempat yang boleh berkaraoke atau at least bagi dia dengar lagu..” Banyak pesanan Arthur pada Bambang. Dia berharap Layla dapat bertenang. Arthur tau surat dia itu sangat mengecewakan Layla.

Siap bermesej dengan Bambang, masuk pula mesej dari Adrian. Laju jari jemari Arthur menaip mesej.

“ Do whatever you can bro..mummy have another plan. She want to pay a debt using your money. She lend money from shark and now she have a problem to pay back. Maybe you can transfer it to Layla..” Adrian memberi cadangan.

“ Ad, pay mummy’s debt. I have another account using Layla’s name..” balas Arthur. Memang dia banyak simpanan dan separuh sudah dia pindahkan ke akaun atas nama Layla. Layla saja tidak tau apa yang dia buat sejak akhir-akhir ni.

“Okay. Sorry bro.. Ad cuma dapat bagi makanan tu. Mummy tapis semua benda yang Ad bawa naik atas” mesej dari Adrian masuk lagi. Arthur pandang biskut dan air kotak dalam plastik. Bolehlah untuk alas perut.

“ It’s okay... Ad, buat apa yang aku suruh. Kalau bukan kita, siapa lagi boleh tolong mummy. Daddy pun lepas tangan sudah tu..Dia tinggalkan family begitu saja..” Arthur kesal dengan sikap daddy yang pentingkan diri. Mentang-mentang dia kaya raya.

Arthur sempat bertanya tentang Regina tapi Adrian cakap, Regina ke luar negara. Arthur semakin pelik dengan perangai Regina. Sekejap mengaku sayang dan cinta, tapi bila dia balik ke Thailand Regina pula lesap entah ke mana.  Sikap Regina inilah yang menyebabkan Arthur cuba padamkan nama Regina dari hatinya. Awalnya Arthur keliru dengan perasaan sendiri tapi bila dia berfikir masak-masak, Layla rupanya sudah menguasai hati dia. Ya hanya Layla. Arthur berbaring atas permaidani tebal dan tanpa sedar dia terlelap.






Layla ArabellaWhere stories live. Discover now