Bab 20

356 10 0
                                    

Miller termenung sendirian sebaik sahaja anak-anak dia keluar dari vila. Sakit kepalanya memikirkan Arthur yang tidak mau lepaskan isteri dia. Isteri Arthur bagaikan bayangan Sofea. Sofea yang dia angkat menjadi sebahagian dari golongan bangsawan tapi akhirnya mengkhianati dia. Sudahlah lelaki itu kawan baik dia. Kalau setakat baru bercinta, dia masih boleh maafkan Sofea tapi Sofea sudah beberapa kali terlanjur dengan kawan baik dia. Miller betul-betul menyesal memperisterikan Sofea. Betullah kata orang, kahwinlah dengan orang sekufu supaya saling memahami. Sofea tidak kuat menghadapi dugaan.

“Apa yang you fikir ni? Dari tadi I nampak you termenung kemudian mengeluh..” tegur Regina. Regina yang sedang mengandung 4 bulan baru siap menyediakan makan malam mereka. Syukurlah Regina kurang alahan.

“ I teringat anak-anak..kenapalah Arthur tu degil betul..” Regina diam tidak berkutik. Bergetar hati dia mengingatkan Arthur. Bertahun dia bercinta dengan Arthur dan dia tinggalkan Arthur begitu saja. Tapi dia memang tergoda dengan keprihatinan Miller. Miller sangat mengambil berat. Sementelah pula, bapa dia berhutang dengan Miller. Dia dengan rela hati berkahwin dengan Miller sebagai tukaran kepada hutang tersebut.

“ Biarlah Arthur cipta bahagia dia..manalah tau isteri dia tu bukan macam Sofea. Sudah-sudahlah porak perandakan keluarga you. Anak-anak you sudah besar. Athiyah pun sudah 25 tahun. You patutnya tumpukan perhatian sama baby kita. I pregnant ni dear...” meleret suara Regina. Regina duduk di pangkuan Miller dan bibir sang suami segera dipagut.

“ You jangan goda-goda I. Dua hari sudah I bagi you cuti tau... Yalah...lusa kita balik Ireland..I pun malas sudah fikir pasal hal-hal di sini. Anak I pun boleh berdikari sudah..” tubuh Regina yang sudah nampak tembam dicempung naik ke tingkat atas. Dia perlukan belaian isteri tercinta sekarang. Siapa kata dia nampak tua. Dia sangat menjaga penampilan diri sehinggakan kedut-kedut langsung tidak kelihatan di raut wajah dia. Umur dia sudah 51 tahun dan tubuh dia berketul-ketul alah-alah The Rock. Dia memang masih segak lagi malah mungkin jauh lebih segak dari lelaki-lelaki awal 30an.

“ I miss you darling...” Regina paut leher suami dia. Jauh di sudut hati, kadang kala dia membayangkan Miller itu adalah Arthur.

Seperti yang dijanjikan, Miller dan Regina terbang ke Ireland dua hari kemudian. Namun demikian, Miller tidak tinggalkan Arthur sebagaimana janji dia dengan Regina. Dia tetap menghantar orang suruhan dia menyiasat tentang Layla. Perempuan itu perlu dihapuskan kerana dia tidak mahu ada parasit dalam keluarga dia lagi. Dia sudah tidak percayakan golongon bawahan kerana Sofea.

Arthur anak-beranak sudah balik ke KK manakala Adrian dan Athiyah ke Switzerland. Mereka berpisah di airport dan saling berpelukan. Kali ini tidak tau bila akan bertemu lagi. Sepanjang penerbangan balik KK, Arthur sentiasa peluk Layla dan Alden. Sekarang baru dia rasa tenang. Susahnya mau menyamar sebelum ni. Banyak kali dia terbabas dan hampir-hampir membongkar identiti sendiri.

“Home sweet home...” ujar Arthur sebaik saja sampai di penthouse. Alden dalam pelukan Layla diambil dan tangan Layla digenggam erat. Rasa cinta buat isteri tidak dapat dibendung lagi. Laju saja bibir merah Layla dikucup. Layla tersipu. Arthur memang gila.

“ Welcome home sayang..seronoknya kalau ada ramai anak kan sayang. Aku suka budak-budak..” Arthur cuit dagu Layla sambil angkat-angkat kening.

“ Tu hint apa tu? gatal tidak habis-habis lagi dia ni. Tengok daddy ni Al..” Layla berlari masuk rumah. Pipi Arthur dicubit geram. Mengada-ngada betul Arthur ni. Arthur hanya ketawa memandang gelagat Layla.

“ Awal lagi sayang. Takkan sekarang!!” jerit Arthur di tingkat bawah sekadar mau mengusik Layla. Alden mengekek ketawa mendengar jeritan daddy dia. Dia ingat daddy dia mau mengagah dia.

Layla ArabellaWhere stories live. Discover now