Bab 18

267 10 0
                                    

Aaron terlari-lari menyusun beg pakaian Layla. Dia bantai saja bawa kain sarung dan apa sahaja yang dirasakan perlu. Semalam Layla mengadu sakit perut dan awal pagi air ketuban pecah. Rasanya sudah sampai masanya Layla bersalin. Kalau ikut perkiraan, memang tinggal dua minggu due Layla. Mungkin terawallah dia bersalin ni.

Layla sudah macam cacing kepanasan. Sekejap-sekejap dia berpusing ke kiri dan ke kanan. Peluh mula merenik di dahi Layla. Muka dia pucat menahan sakit. Aaron menekan pedal minyak. Dia risau akan keadaan Layla. Sekejap-sekejap tangan Layla dicapai. Tangan Layla dicium berulang kali. Hanya Tuhan yang tahu betapa risaunya Aaron.

Sampai di hospital, Layla terus disorong ke balai bersalin. Menurut doktor, Layla sudah boleh bersalin. Aaron di luar sudah mundar mandir. Dia tidak tenang. Aki dan odu pula sampai tidak lama kemudian.

“ Aaron...duduklah kau..cucu saya tu kuat tu. Dia akan selamat bersalin...” aki tepuk belakang Aaron.

Bila doktor bertanya kalau Aaron mau masuk untuk proses bersalin Layla, laju dia bersetuju. Doktor ingatkan Aaron suami Layla. Aki tidak sempat menghalang bila Aaron sudah berlari mengejar doktor yang mengendalikan proses Layla bersalin.

Aki mendapat perkhabaran tentang kematian Arthur sebulan lalu dan dia betul-betul terkejut. Nasib baiklah Layla sangat kuat. Melihat cara Aaron melayan Layla, dia yakin Aaron ada hati dengan Layla dan firasat dia sebagai orang tua mengatakan yang Aaron baik orangnya. Tapi biarlah masa yang menentukan.

Layla hampir-hampir tidak mampu meneran. Entah kenapa kehadiran Aaron mengganggu perasaan dia. Dia malu Aaron melihat dia begini. Pelik betul Aaron ni. Namun genggaman Aaron di tangan Layla memberi Layla kekuatan. Kali ketiga dia meneran, akhirnya anak lelakinya berjaya dilahirkan. Peluh dan air mata mengalir membasahi pipi Layla. Aaron cium dahi Layla.

Setelah lama menanti, akhirnya pintu balai bersalin terbuka. Aki dan odu mengucapkan kesyukuran kerana Layla selamat bersalin anak lelaki. Layla ditolak pula ke wad. Sampai di wad, Aaron cium lagi dahi Layla tanpa sedar. Layla tidak mampu menghalang. Tingkah laku Aaron cukup jelas tapi Layla belum bersedia. Dia pasti ambil masa untuk lupakan Arthur. Walaupun hatinya kadang-kadang terusik dengan layanan Aaron, Arthur tetap di hati.

Layla berpantang di rumah aki kerana senang odu mau menjaga. Sepanjang berpantang, Aaron setiap hari datang bertandang. Datangnya seawal pukul 6 pagi dan akan balik tengah malam ketika Layla sudah tidur. Aki dan odu sudah tidak mampu menghalang. Sementelah itu, Aaron lagi pakar memandikan baby Alden.
Masa berlalu dengan pantas. Tidak sedar usia baby Alden sudah 5 bulan. Alden pun sudah terlalu biasa dengan Aaron. Kadang-kadang baby Alden lagi mudah ditidurkan oleh Aaron. Layla ada masanya tidak mampu buat baby Alden tidur. Dengan Aaron, tanpa susu pun cepat saja dia terkulai di dada Aaron. Layla mula risau kalau suatu masa nanti, baby Alden tidak mau berpisah dengan Aaron.

Awal pagi hari ini, Layla agak sibuk membasuh dan menyidai kain. Aaron pula sedang menjaga baby Alden. Tergesa-gesa Layla membuat kerja kerana takut Aaron kepenatan. Semalam terpaksa Aaron tidur di penthouse kerana baby Alden meragam. Tiba-tiba pula anak dia mengada-ngada dan sangat behave bila Aaron peluk dia masa tidur. Layla mati kutu. Takkan pasal ini saja dia terpaksa terima Aaron.

Layla meletakkan bakul kain di tepi bilik air. Dia mandi sekijap dan laju dia menukar pakaian. Ketika itu, baru dia perasan Aaron dan baby Alden tertidur di ruang tamu. Anak dia bukan main sedap menghisap jari dan melekat di dada Aaron. Lama Layla terpaku memandang. Hati dia mula berbelah bagi. Aaron betul-betul layak menjadi seorang bapa yang baik. Tapi macam mana dengan hati dia? Dia rindukan Arthur tiba-tiba.

Sedang Layla memerhati, tiba-tiba Layla terperasan ada kesan luka di belakang Aaron yang tidak berbaju. Luka itu memanjang dari bawah belikat dan hampir pinggang. Layla menghampiri untuk melihat dengan jelas kesan luka tersebut. Macam ringan saja tangan dia mau menyentuhtapi tiba-tiba pula Aaron bergerak.

Layla ArabellaWhere stories live. Discover now