Special Editions

335 14 0
                                    

“ Arthur Miller!!!” Layla menjerit lantang memanggil Arthur. Pregnant test di tangan diletak atas sinki. Dia sudah agak kali ini terbabas lagi. Selepas kelahiran Aryan, Aryeen pula menyusul. Dia betul-betul malu sebab Aryan lahir bulan Disember, Aryeen bulan November tahun berikutnya. Sekarang ni dia pregnant lagi. Aryeen baru berusia 5 bulan. Mana dia mau letak muka.

Arthur terkocoh-kocoh berlari dari tingkat atas mencari Layla. Kejap lagi dia kena ambil Alden dan Aliyah di sekolah. Aryan dan Aryeen pula baru sahaja tidur. Mendengar jeritan Layla, dia sudah dapat agak apa yang berlaku. Dia sudah bersedia dengan jawapan. Dia senyum teruja.

“ Layla sudah cakap rehat dulu...tengok ni..” Layla cekak pinggang. Pregnant test diangkat dan didekatkan di muka Arthur. Dia baru saja mau luruskan pinggang sudah dia terpaksa bawa perut balik. Doktor yang selalu dia jumpa pun balik-balik sudah bagi nasihat.

“ Kenapa salahkan abang satu orang..sayang yang selalu goda abang. Pakai seksi-seksi. Bagi makan suplemen segala. Yang goda abang sebulan lalu tu siapa?” Arthur sudah senyum sumbing. Layla sudah merah padam. Ada saja jawapan Arthur untuk tutup mulut dia. Geram betul Layla. Tapi mengingati kejadian sebulan lalu, dia malu sendiri. Memang bulan lalu dia yang melebih-lebih mengacau Arthur. Konon sebab lama Arthur tidak manjakan dia.

“ Yang ni lastlah sayang...tutup kilang teruslah..” Arthur peluk bahu Layla. Dahi Layla dicium. Dia simpati dengan Layla tapi mau buat macam mana lagi kalau sudah rezeki. Layla balas pelukan Arthur.

Layla mula berklinik bulan ini. Seperti biasa doktor Fazura sudah membebel. Sepatutnya kena bagi rehat rahim tu sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun. Pasangan muda ni memang aktif. Melihat wajah Layla yang sudah merah padam, dia rasa kesian pula. Jari jemari Layla dari tadi memicit geram di paha Arthur. Arthur pula hanya senyum menahan sakit.

“ Lepas ni, daddy kenalah control diri. Guna protection. Kesian your wife...mau guna lama kan?” sinis doktor Fazura menasihati Arthur. Arthur tersengih. Jemari Layla digenggam erat.

Keluar dari klinik, Arthur dan Layla beriringan ke kereta. Tangan Layla tidak dilepaskan. Lepas ni dia akan pastikan Layla berehat beranak. Cukuplah 5 orang yang mereka akan besarkan dengan penuh kasih sayang.

“ Abang janji, ini last...” tangan Layla di genggaman dikucup. Layla rasa bersalah pula kerana menyalahkan Arthur sepenuhnya sedangkan dia juga terlibat dalam pertambahan ahli keluarganya. Layla pandang Arthur yang sedang merenung paras Layla.

“ Layla minta maaf sebab marah-marah abang. Layla patut bersyukur sebab dikurniakan rezeki anak. Orang lain bertahun-tahun bersama pun belum tentu ada rezeki..” Layla dekatkan hidung di hidung Arthur. Arthur ketawa.

“ Sayang, kita masih di lot parking ni..” bisik Arthur. Layla tersentak. Dia segera menyandar di tempat duduk. Dia lupa mereka di mana ketika ini. Nasib baiklah cermin kereta agak gelap cuma Arthur belum sempat tutup pintu kereta. Dia ketawa kecil sambil memijat lengan Arthur.

Kepulangan mereka disambut oleh aki dan anak-anak. Alden dan Aliyah melompat-lompat gembira melihat Arthur membawa McD. Sejak mereka tinggal dengan aki, aki sangat gembira bermain dengan cucu-cucu. Alden sudah masuk 6 tahun, Aliyah hampir 5 tahun, Aryan 1 tahun lebih dan Aryeen 6 bulan. Kandungannya sekarang masuk 4 minggu. Makin meriah keluarga Arthur. Arthur pula ambil sepenuhnya pengurusan homestay aki.

Pejam celik pejam celik macam sekejap saja masa berlalu. Ashley lahir 9 bulan kemudian. Arthur dan aki kalut mengurus rumah. Maklumlah sebelum ni Layla yang memasak untuk anak-anak. Alden yang sudah pandai komplen itu ini mengadu daddy dia masak bubur dengan ayam seekor. Mau tergelak Layla melihat seekor ayam lengkap dengan kepala dalam bubur. Nasib baik juga dibersihkan dan ayam cukup dimasak.

“ Banyaklah komplen daddy masak...” Arthur cubit pipi Alden. Alden dan Aliyah ikut Arthur ke hospital. Aki pula menjaga Aryan dan Aryeen yang sudah mula lasak. Tapi kedua-dua  anak ini memang rapat dengan aki.

“ Is it boy or girl mummy?” Aliyah memanjat di kerusi dan memegang pipi Layla. Layla cium hidung Aliyah. Aliyah dan Aryan memang fotostat habis dengan muka dia. Aryeen dan Alden banyak ambil muka Arthur. Yang bongsu ni tidak taulah nanti ikut muka siapa.

“ It’s a girl sayang...Liya suka?” Aliyah angguk laju dan leher Layla dipeluk. Pipi Layla dicium.

Arthur senyum memandang gelagat Aliyah yang manja. Perlahan tubuh anak itu diangkat dan didukung. Sempat dia cium dahi Layl

“ I love you so much sayang..” bisik Arthur.

“ Jangan mau I love you sangat. Takut terbabas lagi..” Layla cubit perut Arthur. Terlepas gelak yang cuba ditahan.

Pintu terkuak dan terjengul kepala Adrian dan Athiyah di pintu. Alden dan Aliyah sudah melompat menyambut kedatangan mereka. Athiyah memeluk jambangan bunga dan membawa ole-ole untuk anak-anak buah kesayangan dia.

“ Hai kakak...how are you?” Athiyah peluk tubuh Layla. Layla senyum.

“ Kakak oklah...bila sampai?” Layla senyum ke arah Adrian pula. Adik-adik ipar dia ni memang akan balik setiap kali Layla bersalin.

“ Pagi tadi tapi kami sesat mau ke rumah aki..Athiyah lah ni sibuk bermesej sampai terlepas simpang. Dia kan waze bergerak. Ad langsung tidak ingat ni..” Adrian ketawa. Athiyah cubit lengan Adrian.

“ Macam ada harapan kita dapat adik ipar tidak lama lagi ni Ad..” usik Arthur. Athiyah sudah ketawa. Nampak sangat hati sedang berbahagia.

“ Siapa orangnya tu?” Layla pula mengusik. Dia tau boyfriend Athiyah orang sini. Adrian pun sama. Mungkin kekerapan mereka ke sini menyebabkan hati mereka tersangkut di bumi KK.

“ Farish...” Athiyah menjawab selamba. Buat apa lagi sembunyi-sembunyi kalau memang perancangan mereka sudah terlalu dekat. 5 bulan lagi Athiyah akan mengakhiri zaman bujang. Adrian pula belum ada sebarang perancangan. Itu yang Arthur bagitau hari tu.

“ Farish mana ni dik? takkan abang Farisya?” Layla ada bagi nombor Athiyah dengan Farisya dulu sebab mereka sekeluarga ke Switzerland.

Anggukan Athiyah menyebabkan Layla hampir terjerit. Arthur pula kerisauan melihat reaksi gembira Layla. Cepatdia menghampiri Layla. Bini aku ni baru saja bersalin bisik hati Arthur. Tidak pasal-pasal meroyan pula terlalu gembira.

Tangisan si kecil tiba-tiba kedengaran. Layla mendukung baby Ashley untuk disusukan. Arthur tersenyum bahagia. Dia bersyukur dengan kelahiran Ashley. Biarlah Layla berehat panjang lepas ni.

Tidak lama kemudian, pintu diketuk lagi. Layla dan Arthur berpandangan.Siapa lagi yang datang. Takkan aki. Biasa kalau aki yang datang, budak dua orang tu sudah menjerit-jerit. Nasib baiklah Layla duduk di bilik VVIP.

“ You’ll be suprise..” Athiyah buat muka lucu. Makin Arthur pelik. Adrian pula sibuk melayan keletah Alden dan Aliyah. Becok mulut mereka membongkar mainan yang Adrian bawa.

Arthur menghampiri pintu dan pantas dibuka. Di sana muncul Regina membawa 3 orang anak kecil. Dua orang tu hampir sebaya Alden dan seorang lagi dalam lingkungan 2 tahun. Tidak lama kemudian, muncul muka daddy pula. Arthur membuka pintu seluas-luasnya. Dia tidak tau apa agenda daddy kali ini.

Muka Layla pucat lesi melihat kehadiran  bapa mertuanya. Dia kurang senang dan rasa tidak selesa. Terbayang kejadian 6 tahun lalu. Regina yang datang peluk pun dia buat acu tidak acu. Tangan Arthur digenggam erat.

“ Daddy datang mau minta maaf..Daddy tau daddy salah...” daddy sudah buka mulut. Dia tidak suka suasana yang nampak tegang sekarang. Jelas kelihatan muka Layla berubah masa dia masuk tadi.

“ Layla Arabella Bernard Alfian...your father is my bestfriend.. Daddy minta maaf Layla...” air mata daddy mengalir laju. Tangan Layla dicapai dan dicium. Regina menggosok belakang tubuh suaminya. Berbulan-bulan suaminya bersedih atas kematian Bernard.

Layla yang pada mulanya tidak selesa dengan kehadiran bapa mertuanya ikut menangis. Dia memang mudah menangis kalau nampak air mata orang lain. Anak-anak dia menangis masa demam pun dia ikut menangis. Layla pernah nampak gambar seiras bapa mertuanya dalam gambar perkahwinan ibu bapa dia tapi Layla sangkakan pelanduk dua serupa saja. 3-4 tahun lalu dia dapat kiriman dan itu merupakan dokumen dia yang hilang. Entah dari mana datangnya parcel tersebut.

“ Daddy bertahun-tahun mencari Bernard. Rupanya....” daddy tidak dapat meneruskan kata-kata. Dia sedih yang teramat. Wajah Layla adalah gabungan wajah Bernard dan Maya Cayla. Dia rindukan sahabatnya itu. Tanpa sedar tubuh Layla dipeluk erat. Daddy menangis. Mereka yang memerhati ikut bersedih. Hanya Regina yang pura-pura tidak ambil perhatian dan sibuk mendukung Ashley. Dia sudah lama melihat kesedihan suaminya. Dia menjadi pendengar setia untuk setiap penyesalan suaminya termasuk penyesalannya tidak membimbing Sofea dengan baik dulu.

“ Sudahlah tu daddy..kita lupakan kisah yang lalu. Kita mulakan sekali lagi dari awal..” Arthur peluk daddy erat. Dia sangat bersyukur kerana akhirnya daddy insaf walaupun dia tidak tau macam mana daddy boleh tau yang Layla adalah anak sahabat dia. Tapi Arthur sedar, daddy banyak konco-konco yang boleh membuat kerja untuk dia.

Kelahiran Ashley bagaikan satu rahmat bagi mereka. Akhirnya keluarga Arthur bersatu semula. Tiada lagi istilah keluarga bangsawan yang legasi Miller agung-agungkan. Layla adalah kunci perubahan besar dalam keluarga mereka.
Aki pula nampaknya tenang dengan pengakuan Miller beberapa hari lalu. Miller mengaku mengarahkan orang suruhannya untuk menculik Alden dan mendapatkan dokumen Layla. Dia langsung tidak tau yang orang suruhannya tertolak Maryam dan menyebabkan kematiannya. Miller menangis mendengar cerita aki. Dia sujud di kaki aki memohon kemaafan dan redha kalau aki ambil tindakan untuk membuat laporan polis.

“ Miller, segalanya takdir dari Yang Maha Kuasa. Maryam tetap akan pergi walaupun bukan terjatuh tangga hari itu. Ajalnya sudah sampai. Ada hikmahnya semua kejadian ini. Kalau bukan peristiwa tersebut, kamu mungkin masih marahkan Arthur dan Layla. Mungkin tiada kesudahan kebencian kamu terhadap Layla. Miller, aku ni sudah terlalu tua untuk mengambil tindakan. Cukuplah keluarga kamu bersatu dan aku boleh menumpang kebahagiaan keluarga Layla. Hanya dia yang aku ada selepas pemergian Bernard..” aki berkata tenang. Miller yang rasa pilu. Air mata Miller sudah kering sejak bertemu aki. Dia betul-betul insaf.

“ Kalau aki sudi, saya boleh gantikan tempat Bernard. Ibu bapa saya juga telah lama pergi..” Miller memegang tangan aki penuh harapan.

“ Kalau kamu sudi, aku lagi sudi Miller..” Miller memeluk tubuh aki. Ketika itu hanya mereka berdua duduk di beranda menikmati angin malam. Yang lain sudah lena dibuai mimpi.

Selepas perkahwinan Athiyah dan Farish, mereka beramai-ramai berangkat bercuti di Switzerland. Aki pun Layla bawa sekali. Dia tidak mau tinggalkan aki sendirian. Riuh rendah jadinya di KKIA dengan suara anak-anak kecil. Layla hanya menggeleng melihat gelagat anak-anaknya yang berkejar-kejaran. Anak-anak Regina juga ikut menggamatkan suasana. Nasiblah ramai yang mau menjaga. Arthur sudah menyandar kepenatan mengejar Aryan dengan Aryeen.

Pengumuman untuk penerbangan antarabangsa sudah kedengaran. Mereka semua bergerak menuju ke balai pelepasan. Namun suasana agak kecoh apabila ada seorang wanita pengsan secara tiba-tiba di pintu gate sebelah. Nasib baik suaminya sempat menyambut agar tidak terhempas di lantai. Kelihatan dua orang anak hanya diam memerhati ibu mereka yang pengsan.

“ Kat, are you okay?” Oscar memeluk bahu Katrina yang baru sedar. Dia tidak sangka Katrina tiba-tiba pengsan sejam sebelum sebelum penerbangan.
Mereka balik KK kononnya untuk berjumpa keluarga Katrina yang sudah bertahun-tahun Katrina tinggalkan. Malangnya hanya abang Katrina saja yang mereka jumpa. Ibu bapa Katrina rupanya sudah meninggal beberapa tahun dulu. Katrina hampir pengsan mendengar perkhabaran dari Sufian. Mujurlah Sufian masih sudi terima adiknya.

Air mata Katrina mengalir perlahan. Sebentar tadi dia melihat Miller dan anak-anaknya. Mereka kelihatan gembira. Dan yang paling dia terkejut dan menyebabkan dia pengsan ialah Arthur. Bertahun-tahun dia sangkakan Arthur sudah meninggal. Rupanya Arthur masih hidup. Mungkin saja Arthur palsukan kematian dia dulu. Dia tau Arthur pernah menjadi bodyguard. Dia boleh menyamar menjadi sesiapa sahaja. Dia juga tidak menyangka Regina akhirnya berkahwin dengan bekas suami dia. Jelas kelihatan Miller memegang erat tangan Regina tadi.

Suatu hari nanti, Regina akan berjumpa dengan keluarga dia untuk memohon kemaafan. Buat masa ini, dia akan fokus untuk membesarkan 2 anak kecilnya dulu. Lagipun Oscar tidak perlu tahu tentang kisah silam dia. Dia sudah insaf. Apa lagi yang mau ditoleh ke belakang kalau dia sudah temui kebahagiaan kini.

Kehidupan ini terlalu indah untuk disia-siakan. Setelah pelbagai cabaran yang dihadapi, keluarga Miller bersatu dalam erti kata yang sebenar. Dia sangat bahagia dengan kehidupan dia sekarang bersama keluarga. Cuma dia sangat menyesal kerana menyebabkan Sofea berubah. Itulah kegagalan yang amat dia kesali sampai sekarang. Kebanggaan dia terhadap darah bangsawan telah merosakkan Sofea. Maafkan abang Sofea...Miller pejam mata sebaik sahaja dia duduk di kerusi kelas perniagaan.

Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan pangkat dan keturunan. Semuanya adalah ehsan dariNya. Bila Dia berkehendak untuk menyatukan darah gred A dan darah tiada gred, semuanya berubah sekelip mata. Bagi Miller, inilah kebahagiaan sebenar yang dia cari. Melepaskan title bangsawan membawa kepada sejuta ketenangan dan kebahagian. Dia sudah insaf dan dia berikrar untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.

Sekian....betul-betul tamat sudah ni. Tiada season 2 ya. I’m so sorry readers....love you all

Missrose Black...2.57 a.m













Layla ArabellaWhere stories live. Discover now