Bab 9

196 10 0
                                    

Layla menyambut botol minuman yang dihulurkan oleh Arthur. Dia teguk dengan rakus kerana dia memang sedang kehausan. Arthur senyum sembunyi-sembunyi. Padan muka kau Layla jerit hati Arthur penuh dendam.

“ Arthur, saya rasa pening...” Layla mengadu. Kepala Layla terasa berpusing. Pandangan dia mula kabur. Hati Arthur sudah mula bersorak kerana misi balas dendamnya akan berjaya.

“ Serve you right Layla..” Arthur ketawa ketika mengangkat tubuh Layla yang sudah longlai. Layla betul-betul sudah tidak sedarkan diri.

Ketika Layla tersedar, suasana sudah gelap. Kelihatan cahaya bulan samar-samar menerangi tempat dia berbaring sekarang. Layla masih mamai. Dia kebingungan kenapa bilik dia berdinding kaca dan langsir terbuka luas menyebabkan cahaya bulan menerangi sebahagian ruang bilik.

Beberapa minit kemudian, Layla mula sedar sepenuhnya. Dia terburu-buru bangun apabila menyedari ada tangan sasa melingkari pinggangnya. Layla menangis sebaik sahaja sedar dirinya tidak berpakaian. Dia meraung semahunya tapi mulut Layla segera ditekup oleh tangan Arthur.

“ Shh...keep quite Layla. I want to sleep..” bisik Arthur di telinga Layla. Sempat bibir dia singgah di pipi Layla. Layla meronta sekuat hati. Arthur sudah buat apa sama dia? Layla tidak sanggup membayangkan apa yang sudah berlaku.

Setelah penat ditumbuk dan dipukul bertalu-talu dengan bantal, Arthur akhirnya bangun. Towel di kerusi dicapai dan suis lampu tidur di tepi katil segera dibuka. Dia berdiri menyandar di tepi katil dan selimut tebal yang menutupi Layla ditarik kasar. Bahu Layla terhenjut-henjut kerana dia sedang menangis. Sampai hati Arthur rogol dia.

“ I hate you Arthur...I hate you so much!!!!” Layla menjerit lantang. Arthur ketawa berdekah-dekah.

“ Jeritlah Layla, tempat ni jauh dari orang. Lagipun, rumah ni kalis bunyi...” Arthur memandang Layla yang masih tunduk menangis. Bahu Layla yang terdedah mengingatkan Arthur dengan kejadian beberapa jam yang lalu. Arthur ketawa puas hati.

“ Kenapa kau buat saya begini Arthur? apa salah saya?” Layla pandang Arthur dengan pandangan sayu. Dia betul-betul sedih, marah dan sakit hati. Kalaulah ikutkan hati, dia mau bunuh Arthur sekarang juga.

“ Salah kau ialah kau ekori aku ke mana saja aku pergi...kau tegur aku hari tu sampai girlfriend aku salah sangka. Sudahlah Layla. Jangan berlagak baik. Aku tau kau rancang untuk dapatkan aku. Licik...” Arthur tinggikan suara.

“ Apa kau cakap ni? Saya tidak pernah ekori kau. Setiap pertemuan kita semua adalah secara  kebetulan. Kenapa kau menuduh tanpa usul periksa?? Tapi kalau betul pun saya salah, banyak lagi cara kalau kau mau balas dendam dengan saya tapi kenapa kau sanggup pijak maruah saya??!!!”  jeritan Layla bergema. Dia benci Arthur. Benci yang teramat.

“ Kerana kau, Gina tinggalkan aku..dendam aku sudah terbalas Layla. Aku harap selepas ini tiada hutang antara kita..” Arthur berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Layla terburu-buru mencapai semua pakaian yang terdampar atas lantai. Dengan tangisan yang makin menjadi-jadi, Layla sarung pakaian dan cepat-cepat dia keluar dari penthouse Arthur.Tanpa mempedulikan dunia yang sudah gelap, Layla berlari menuruni trek jogging. Nasib baik masih ramai orang jogging sejak taman ni kena upgrade.

Layla mengayuh basikal dengan laju. Dia tidak mau fikir apa-apa lagi. Biarlah dia kena langgar sekali pun dia tidak peduli. Layla terserempak dengan aki di tangga mau ke tingkat atas. Tanpa menegur aki, Layla terus berlari naik.

Aki Adam tidak sedap hati melihat keadaan Layla. Dia berpatah balik ke tingkat atas. Sebenarnya tadi dia baru menjenguk ke bilik Layla. Dia hairan melihat keadaan rumah yang gelap gelita masa dia sampai tadi. Odu Maria bercadang mau tidur di homestay hari ini memandangkan sahabat lama dia dari Australia datang menginap di homestay.

Aki mengetuk pintu perlahan tapi tiada sahutan dari Layla. Setelah agak lama dia menunggu respon Layla, aki akhirnya memulas pintu bilik Layla. Rupanya Layla tidak kunci pun pintu bilik. Aki masuk dengan langkah perlahan. Di sisi katil, Layla sedang tunduk menangis.

“ Layla kenapa ni? Siapa buat Layla begini?” aki pegang kepala Layla.

“ Arthur Miller...” perlahan Layla menyahut.

“ Lelaki siam tu buat apa sama Layla? Dia pukul Laylakah?” aki sudah tinggikan suara. Pantang betul dia kalau ada orang menyakiti cucu kesayangan dia. Dia kenal dengan lelaki itu. Dia sudah beberapa tahun tinggal di kampung ini.

“Bukan...dia cabul Layla..” Layla malu mau bagitau yang Arthur sudah rogol dia. Dia tidak mau aki tau dia tidak suci lagi. Layla menangis lagi.

“ Kurang ajar betul lelaki tu. Siaplah dia lepas ni..Layla jangan sedih lagi ya. Nanti aki ajar lelaki tu macam mana mau hormat perempuan..” aki gosok bahu Layla perlahan. Aki kemudian meminta diri untuk ke homestay untuk temankan odu tidur di sana. Aki yakin Layla selamat di rumah.

Aki mendail nombor beberapa orang kenalan dia masa bertugas sebagai askar dulu. Dia mau jumpa Arthur malam ni juga. Dia tidak suka orang permainkan cucu dia. Tepat pukul 9 malam, aki dan 3 orang lagi kawan dia menaiki Pajero ke penthouse Arthur.

Arthur yang baru mau berbaring bergerak ke pintu utama penthouse apabila terdengar loceng ditekan bertalu-talu. Takkan Layla pula. Masa dia siap mandi, dia perasan Layla sudah melarikan diri. Arthur ketawa kecil mengingatkan dia berjaya kenakan Layla. Dia harap dia takkan jumpa Layla lagi selepas ini.

Pergelangan tangan Arthur dikilas sebaik sahaja pintu terbuka. Pintu ditutup kasar dan parang panjang alah-alah pedang samurai diletak di leher Arthur. Aki betul-betul marahkan Arthur.

“ Apa kau buat dengan cucu aku?” bergema suara aki di dalam penthouse Arthur. Muka Arthur pucat. 2 orang lelaki lagi sedang memegang pistol. Arthur mula tertanya-tanya siapa sebenarnya Layla.

“ Aku tidak buat apa-apa pun dengan dia. Aku cuma usik dia sikit saja..” balas Arthur sombong walaupun suara dia kedengaran bergetar.

“ Cucu aku bukan barang mainan. Kenapa kau cabul dia? kalau kau sekadar untuk bermain-main, pedang ni akan tembus di perut kau...jangan main-main dengan aku Arthur. Aku sanggup buat apa saja untuk cucu aku...” meja kopi di sebelah Arthur dihentak dengan parang menyebabkan ia pecah berderai.
“ Sebab aku cintakan dia...” Arthur terpaksa menipu. Dia masih mau hidup lebih lama.

“ Kalau cinta pun, kau tiada hak sentuh dia...Mana boleh sentuh anak dara orang sesuka hati. Esok aku mau kau datang jumpa aku. Aku tidak suka orang sentuh Layla walau sehelai rambut pun...” jari telunjuk aki melekat di dahi Arthur.

“ Hari ni kan sudah jumpa..buat apa mau jumpa esok?” Arthur tidak puas hati. Ngeri dia tinguk aki angkat samurai tadi.

“ Aku mau kau kahwin dengan cucu aku. Hari ni kau cabul dia, esok aku takut kau buat apa-apa dengan dia..Jangan kau berani melawan dengan aku. Aku pantang orang muda yang kurang ajar..” aki tendang pasu bunga tepi sofa. Hancur berderai bila menyentuh lantai.

Bagi aki, bila lelaki yang duluan suka dengan perempuan, dia akan setia. Itu kepercayaan dia tapi sebenarnya bergantung kepada individu juga. Dia tau Layla juga sukakan Arthur sebab dia pernah nampak gambar Arthur dalam album di bilik Layla. Tidak pasti bila masa Layla ambil. Dia tidak mau berlaku apa-apa di kemudian hari dan bakal memalukan mereka. Bila ada kes cabul ni, biar aki satukan saja budak dua orang ni.

Arthur menjerit geram sebaik sahaja aki dan kawan-kawannya meninggalkan penthouse. Dia tidak sangka hidup dia akhirnya terikat dengan Layla. Dia ingatkan bila dia usik Layla sikit, dia tidak akan berjumpa dengan Layla lagi. Rupanya kehidupan Arthur makin rumit.

Dia sudah berkira-kira mau melarikan diri malam ni juga tapi ke mana dia mau lari? Tidak mungkin dia akan balik ke pangkuan daddy.  Tinggal dengan daddy hanya akan buat hidup dia makin terkongkong.

Arthur memandang meja kopi yang sudah terbelah dua. Dia jadi kecut perut. Memang dia adalah pengawal peribadi tapi rupanya menjaga orang lagi mudah berbanding menjaga diri sendiri. Arthur masih terbayang parang samurai di leher dia tadi. Setelah penat menimbang baik buruk, akhirnya Arthur akur dengan kehendak aki. Kahwin saja pun. Dia tidak rugi apa-apa. Boleh saja bercerai nanti fikir Arthur. Dia akan pastikan Layla sendiri tinggalkan dia.

Sepanjang malam Arthur mengalami kesukaran mau tidur. Marah dan geram bersatu. Mengenali Layla satu perkara yang dia paling menyesal. Hidup dia jadi huru hara kerana Layla. Asal dia tutup mata, wajah Layla terbayang. Arthur melempar lampu tidur di sebelah katil menyebabkan lampu tersebut hancur berderai. Layla, kau akan terima balasan!!
Sebulan Arthur tidak keluar rumah. Arahan aki juga tidak dipedulikan. Dia belum bersedia berjumpa dengan Layla kerana dia rasa dia masih belum mampu mengawal kemarahan. Tapi hari ini dia terpaksa akur apabila sekali lagi aki datang ke penthouse.

“ Aku suruh kau datang sebulan yang lalu..apa kau buat? kau jangan cabar aku Arthur!!” kuat suara aki. Arthur buat bodoh. Dia marah apabila dipaksa-paksa.

“ Bagi aku masa..aku perlu berfikir panjang dulu. Baru sebulan...bukan setahun..” Arthur bangun menghadap aki.

“ Aku tidak peduli. Hari ni kau kena ikut aku. Aku tidak suka menunggu. Kau kacau Layla, memang kau kena bertanggungjawab..” aki mengarahkan Arthur bersiap.

Hari ini dalam sejarah apabila termeterai ikatan sah antara Layla dan Arthur. Muka Arthur masam begitu juga Layla. Hanya bila di depan aki dan odu, mereka akan berpura-pura saling tersenyum.

Layla muntah-muntah sejak dua hari lepas akibat gastrik tapi aki ingatkan dia mengandung sedangkan baru saja Layla datang bulan. Layla bersyukur juga sebab dia tidak mengandung. Dia setiap hari risau dia akan mengandung tapi Tuhan masih mau menjaga aibnya.

“ Aki...odu...doakan Layla ya..” tubuh tua di depannya dipeluk erat. Layla sudah penat
“ Masuk dalam kereta...” keras suara Arthur biarpun setakat berbisik. Muka dia sekarang mengalahkan singa jumpa mangsa. Beg baju Layla diletak cermat di bonet kereta. Maklumlah aki masih di depan pintu menunggu mereka beredar.

Layla melambai ke arah aki dan odu. Hati dia sayu tapi dia kena akur dengan arahan aki. Tempat seorang isteri adalah di sisi suami kata aki. Entah kenapa aki terlalu percaya yang Layla dan Arthur sedang bercinta dan perlakuan Arthur sebulan lalu atas dorongan rasa sayang Arthur terhadap Layla.

Air mata Layla mengalir sebaik saja kereta FJ Cruiser milik Arthur meninggalkan perkarangan rumah. Dia masih tidak percaya yang dia dan Arthur sah sebagai suami isteri. Macam sekejap saja semuanya berubah.

Arthur menekan pedal minyak sampai berbunyi kereta akibat terlampau laju. Layla sudah kecut perut di sebelah. Air mata dia berhenti sendiri kerana perasaan takut menguasai segalanya. Tidak tahan dengan kelajuan kereta yang dipandu Arthur, Layla bersuara akhirnya.

“ Stop the car Arthur...kalau kau mau mati, pastikan kau drive sendiri. Jangan bawa orang lain..saya masih mau berbakti dengan datuk sama nenek saya..” lemah suara Layla. Dia mabuk kelajuan.

“ Memang aku mau bawa kau mati. Kau suka kan? kau perangkap aku banyak kali. Bagus kan kalau sama-sama mati..” jerit Arthur. Makin laju kereta dipandu. Layla akhirnya duduk diam menahan penig kepala yang makin menjadi-jadi.

Sebaik sahaja sampai di penthouse Arthur, Layla berlari keluar dari kereta. Dia muntah di tepi parit sebelah garaj Arthur. Arthur pandang Layla dengan pandangan jengkel. Beg Layla dicampak saja depan pintu masuk. Dia tidak peduli kalau Layla pengsan pun di tepi parit tu.

Lama Layla duduk mencangkung tepi parit. Habis semua isi perut dia keluar. Dia betul-betul mabuk dengan kelajuan kereta tadi. Bila merasa kaki dia sudah kebas, Layla perlahan-lahan berdiri menuju ke garaj. Melihat beg baju dia bergelimpangan depan pintu, Layla sakit hati. Layla mengangkat 2 beg baju dia yang agak berat juga.

Layla pulas tombol pintu perlahan. Dia sudah berkira-kira untuk tidur di ruang tamu saja nanti. Sekali pulas, rasa macam pintu dikunci. Layla pulas kuat sikit. Masih lagi tidak dapat dibuka. Sah Arthur kunci pintu. Layla tendang pintu melepas geram.

Layla seret beg mau keluar dari garaj tapi tiba-tiba pula pintu garaj pun tertutup. Layla naik berang. Arthur memang sengaja membuli dia. Dia hempas beg tepi kereta Arthur. Dia berkira-kira mau call sesiapa untuk ambil dia di sini tapi malangnya handbag dia tertinggal di dalam kereta Arthur. Dia tendang kereta Arthur dengan perasaan sakit hati.

Arthur memerhati perlakuan Layla melalui CCTV. Padan muka kau perempuan bisik hati Arthur. Dia memang sudah merangka layanan paling teruk untuk Layla. Arthur pandang jam dinding. Rupanya sudah hampir pukul 7 malam. Baru teringat yang majlis dia dengan Layla berlangsung selepas asar tadi. Arthur naik ke biliknya untuk mandi. Dia berendam agak lama. Siap mandi, Arthur ke dapur menyedia makan malam dan dia menonton televisyen. Kerana terlalu asyik menonton, Arthur tertidur di sofa. Dia lupa yang Layla masih di garaj dan lampu tidak terpasang kerana suis lampu berada dalam rumah. Dia tidur nyenyak hingga ke pagi.

Layla ArabellaWhere stories live. Discover now