Bab 4

201 12 0
                                    

Layla berundur ke belakang. Dia panik dan rasa malu yang teramat. Tanpa menunggu lebih lama, Layla berlari meninggalkan Farisya, Farish dan Arthur. Arthur pula masih terduduk dan menahan kesakitan pada lutut dia yang sedikit tercalar kerana dihempap oleh Layla sebentar tadi. Dia mau kejar dan memarahi Layla tapi Farish macam sengaja menghalang dia dengan menarik bahu dia supaya duduk.

“Sorry atas kelakuan kawan adik saya..dia salah orang tu. Dia ingat kau ni sepupu saya..” terang Farish. Dia sebenarnya mau kasi ketawa juga Layla tadi tapi dia nampak muka marah Arthur, dia terus tahan ketawa.

“ It’s okay...make sure she comes to see me. She should apologize to me..” mendatar suara Arthur. Kalau ikutkan baran dia, memang lama sudah Layla kena teriak.

“ I will tell her..” Farisya tunduk. Dia betul-betul tergamam dengan tindakan Layla. Seingat Farisya, Layla bukannya selalu begitu dengan abang Daniel tu. Daniel sukakan Layla dari dulu jadi Layla selalu mengelak dari Daniel. Entah apa mimpi Layla tiba-tiba menerkam orang. Mau ketawa pun dia tidak sampai hati. Lagipun salah dia juga tidak tengok betul-betul. Dia yang bagitau Layla lelaki Siam itu abang Daniel.

Layla tercungap-cungap sebaik sahaja tiba di tempat letak basikal. Dia menggeleng perlahan. Malunya dia. Dia rasa mau menangis pun ada. Dia berlari dengan kelajuan paling maksimum menuruni bukit.

“Kau bodoh Layla...bodoh...kalau pun dia Daniel, melompat macam beruk tadi sepatutnya tidak berlaku. Kau kan tidak mau bagi dia harapan palsu...” Layla mengetuk kepala sendiri. Bergegar tangan dia mau buka kunci rantai basikal.

Layla sempat call Farisya yang dia balik dulu. Sempat dia pesan jangan cari dia seminggu. Dia betul-betul tidak mau jumpa orang buat masa ini. Farisya akur juga. Sempat Farisya minta maaf kerana tersalah orang.

“ Arthur mau jumpa kau Layla...dia mau kau minta maaf dengan dia...”

Whatsapp dari Farisya masuk sebaik sahaja Layla on data masa sudah sampai di rumah. Terbuntang mata Layla. Dia baru teringat dia lupa mau minta maaf. Layla mengeluh perlahan. Dia biarkan whatsapp Layla tidak berbalas.

Minggu berikutnya iaitu beberapa hari sebelum Layla berangkat ke KL, Farisya akhirnya melangsungkan pernikahan dengan Aiman. Layla menangis sebaik sahaja Aiman melafazkan akad. Layla merasa sangat kehilangan sahabat baiknya. Dua sahabat itu saling berpelukan.

“ Layla, jangan ba nangis. Nanti saya pun tidak dapat tahan. Mahal ba ni make up kalau luntur...” gurau Farisya. Padahal dia pun sudah lama menangis. Dia pun rasa dia dan Layla akan berjauhan selepas ini.

“ Suami kau mau batalkan air sembahyang tu..mari saya tolong lap tu air mata..” pipi Farisya disentuh perlahan dan pantas tangan dia menyapu air mata Farisya. Layla tersenyum manis memandang Farisya yang sangat cantik hari ini. Dia berundur ke belakang untuk memberi laluan kepada Aiman bertemu dengan isterinya.

Sekali lagi air mata Layla mengalir. Dia membesar dengan Farisya. Tidak pernah diurang berpisah selama ini. Sambung belajar pun sama-sama. Kini Farisya sudah bersuami. Layla nampaknya akan bersendirian meneruskan kehidupan sebagai bujangan.

Layla berjalan sendirian menuju ke meja bufet. Dia betul-betul lapar. Dari semalam dia sibuk menolong apa-apa yang patut di rumah Farisya. Pergerakan Farisya agak terhad kerana anak Aiman merengek-rengek tidak mahu orang lain dukung dia. Macam faham betul yang dia bakal mendapat mama baru. Baru dia mau capai piring, tiba-tiba ada tangan lain menepis tangan Layla. Layla menoleh ke sebelah dia. Mata bertentang dan masa seakan-akan berhenti untuk Layla. Arthur merenung Layla tajam.

“ You owe me an apologize Layla..” bisik Arthur. Layla telan air liur beberapa kali. Dia tau dia bersalah tapi dia belum bersedia mau bertentang mata dengan Arthur. Dia masih malu.

“ Saya minta maaf..” Layla tunduk sedikit. Tidak jadi dia mau makan. Biarlah mati kebulur fikir Layla. Dia melangkah mau tinggalkan meja bufet tapi dia rasa kain dia tersangkut sesuatu. Hampir-hampir Layla tersungkur tapi ada tangan yang memegang pergelangan tangan dia. Rupanya Arthur sengaja memijak kain baju kurung Layla. Arthur angkat kening.

“ Lain kali ikhlas sikit kalau mau minta maaf. Ni laju saja mau lari. Temankan aku makan..” Arthur senyum separuh senget. Layla cepat-cepat menarik tangan dia. Matilah dia kalau aki atau odu nampak.

“ Please...aku tidak biasa tempat ni..” Arthur hulur pinggan. Mau tidak mau, terpaksa juga Layla sambut pinggan yang Arthur hulurkan. Selera Layla sedikit hilang gara-gara berjumpa Arthur di majlis Farisya. Kenapalah Farish tiada di sini. Dia menghilang melayan tetamu.

Arthur memandang Layla yang nampak tidak selesa mau makan. Ayam goreng berempah di dalam pinggan dikuis saja. Arthur mendekat dan berbisik.

“ Makanlah..aku tidak makan orang...” Layla terkedu. Dia senyum memandang Arthur. Sebenarnya tadi bukan setakat dia segan, dia juga takut dengan renungan Arthur.

Selepas makan, Arthur ajak pula Layla ke gazebo di Farmville Homestay. Dia tidak peduli kali ini walaupun dia tidak sukakan Layla. Dia perlukan teman untuk berbual. Dia bosan kerana Farish pun sibuk melayan tetamu, Regina pula tidak dapat dihubungi.

“ Cantik tempat ni kan? Pandai pemilik homestay jaga tempat ni. Sudahlah unik homestay ni..” Arthur mulakan bicara. Layla sembunyikan senyuman. Tahukah Arthur yang idea unik tu idea Layla? Tapi takkan mau mengaku kan. Biarlah Arthur tidak tau sampai bila-bila.

“ Iya...tempat ni memang cantik. Hmm...Tidak sangka Arthur mahir berbahasa melayu kan...” Layla pandang Arthur yang duduk di sebelah. Arthur angkat kening sebelah saja. Hati Layla kembali mengalunkan irama yang tidak susah untuk ditafsir. Layla tau dia sedang bermain api.

Layla melepaskan sanggul dia. Dia rasa rimas dari tadi. Macam terjerut kepala dia. Rambut panjangnya yang halus beralun jatuh ke bahu. Arthur sampai menoleh dua kali. Macam dia pernah nampak tapi dia lupa di mana. Arthur mau memuji tapi dia tidak mau Layla perasan pula. Lagipun Layla kan anak orang kampung. Sudah semestinya tidak setaraf dengan dia.

“Layla ambil course apa di KL?” Baru dia tau Layla belajar di KL dari Farish hari tu. Dia pandang lagi rambut Layla yang agak keperangan. Dia suka perempuan berambut panjang. Malangnya Regina tidak suka berambut panjang.

“ Art..music..” segan dia mau bagitau sebab memang dia ambil art tapi dalam masa yang sama dia ambil kelas malam untuk muzik . Arthur angguk. Macam tidak sangka pula Layla ambil muzik. Tapi minat setiap orang kan, siapalah dia mau komen.

Baru Layla mau buka mulut mau tanya Arthur pula, tiba-tiba telefon bimbit Arthur berbunyi nyaring.

“ Hello Gina dear... what honey?? tomorrow? okay.. see you there...” selamba sahaja Arthur berdiri. Tanpa menoleh kepada Layla, dia terus berjalan mundar-mandir sambil ketawa-ketawa. Dari tadi yes darling, yes honey saja yang disebut oleh Arthur..sesekali perkataan I love you dan I miss you terselit juga.

Layla tunduk memegang dada yang sedikit pedih. Benar dia sedikit kecewa. Rupanya Arthur sudah ada kekasih hati. Mesti Gina tu cantik. Sepadanlah dengan Arthur. Layla pandang Arthur yang makin menjauh dan masih bergayut di telefon.

Layla terus menunggu Arthur balik ke tempat dia tapi sampai sejam masih tidak muncul-muncul lagi. Layla mula tergaru-garu kerana banyak nyamuk pula malam ini. Layla berdiri dan mengintai kelibat Arthur. Malangnya bayang pun tiada. Layla berpusing-piusing di gazebo. Arthur langsung tidak bercakap apa-apa tadi. Dia risau kalau Arthur patah balik ke sini.

Bila jam menunjukkan pukul 11 malam, akhirnya Layla balik rumah. Dia memandu sendirian. Dia betul-betul kecil hati dan geram dengan Arthur kerana buat dia tertunggu-tunggu. Sekurang-kurangnya cakaplah mau pulang terus. Macam buduh saja dia tunggu sampai 2 jam lebih tadi.

Hari terakhir sebelum berangkat balik KL, sempat Layla pigi mengambil angin di Taman Cinta Bersemi secara solo. Kali ini dia mau aim mau ambil gambar matahari terbenam. Layla termenung menunggu matahari yang sudah mula bergerak turun. Alangkah indahnya kalau Farisya ada. Tapi Farisya sudah berangkat ke KL dua hari lepas dengan suami dia. Layla rasa sunyi sejak Farisya berkahwin.

Tempat ni tidaklah menakutkan walaupun di ambang senja sebab ada lampu yang terang benderang. Lagipun ramai pengunjung yang datang ke sini setiap hari. Layla sudah mengambil beberapa gambar sunset yang cantik. Tidak dinafikan Layla memang pakar mengambil gambar yang cantik.

Layla baru selesai mengemas kamera dan monopod apabila tiba-tiba ada seseorang menegur di belakang.

“ Hai sayang...” Daniel sepupu Farisya mengambil tempat duduk di sebelah Layla. Automatik Layla teringat kejadian dia terkam Arthur. Kalau tengok muka miang Daniel sekarang, Layla bersyukur bukan Daniel yang dia terkam hari tu. Sekarang ni dia rasa sangat berterima kasih pada Tuhan kerana tersalah orang.

“ Ish...sayang lagi. Tolonglah jangan panggil sayang ba...” Layla rasa rimas. Daniel berkelakuan pelik hari ini. Macam sengaja lagi dia gesel tubuh dia sama Layla. Layla juga terhidu ada bau masam pada mulut Daniel.

“ I miss you Layla...kita couplelah ba. Kau tengok tu nah pasangan sana...jeles saya diurang berpeluk-peluk, bulih kiss..” Daniel buat muka miang lagi. Layla tersentak. Daniel betul-betul menakutkan.

“ Daniel, apa masalah kau ni? saya tidak mau couple sama kau. Kau ingat asal couple, bulih sembarang peluk cium segala. Tepilah...saya mau balik..” Layla mula takut dengan kelakuan Daniel. Sudahlah macam semakin kurang pengunjung, Daniel pula makin menghimpit dia.

Layla berdiri pantas tapi Daniel rentap tangan Layla. Layla terduduk di atas riba Daniel. Layla meronta-ronta cuba melepaskan diri. Daniel semakin agresif. Dia tolak Layla ke tanah dan cuba menindih tubuh Layla. Layla menjerit sekuat hati tapi tangan Daniel pantas menutup mulut Layla. Suara jeritan Layla terhalang oleh tangan sasa Daniel.

Layla menangis ketakutan dengan kelakuan Daniel. Sudahlah alam semakin gelap, tiada lagi orang lalu lalang. Layla bergelut beberapa ketika sehinggalah tiba-tiba tubuh Daniel terpelanting ke tanah. Rupanya Arthur yang tendang tubuh Daniel.

“ How dare you to touch my girl!!” jerit Arthur marah. Nasib baiklah flight dia ke Hong Kong bukan malam ni. Kalau tidak, entah apa akan jadi dengan Layla.

Arthur betul-betul terkejut bila dia keluar di beranda penthouse dan ternampak seorang perempuan sedang bergelut menyelamatkan diri dari dicabul. Daniel ketawa macam orang kurang waras. Arthur tau Daniel sedang dipengaruhi oleh alkohol.

“ Your girl?? since when? Layla ni sombong macamlah dia cantik sangat. Saya lama sudah sukakan dia tapi dia tidak pernah layan. Jangan buat ceritalah Layla ni girlfriend kau...” Daniel masih lagi ketawa.

Dia ingat lelaki ini. Dia yang tarik tangan Layla masa kenduri kahwin Farisya. Daniel diserang rasa cemburu yang teramat. Hari ni sengaja dia minum arak supaya dia dapat miliki Layla. Dia ekori Layla dari rumah sampai ke sini dan menunggu sehingga matahari terbenam untuk mendekati Layla.

“ Kalau tidak percaya, terpulang...sayang, lets go..” Arthur tarik tangan Layla. Beg kamera Layla juga dicapai.

“ I don’t believe you..prove it!!” Daniel menjerit-jerit tidak puas hati. Dia berjalan pantas dan tangan kiri Layla dicapai dan ditarik kuat. Layla terundur ke belakang.

“ Daniel, please...” Layla ketakutan. Tangan Arthur dipeluk kuat.

“ You want me to prove it? Let me show you..” Arthur tarik pinggang Layla dan dia berbisik perlahan.

“ Act like we are a real couple..make him believe and  he will leave you forever...” serentak itu bibir Arthur menjamah bibir Layla. Layla terkesima. Dia tidak bersedia dengan lakonan sebegini. Tangan dia menolak dada Arthur tapi makin erat kedua-dua tangan Arthur memeluk pinggang Layla.

“Ini hanya lakonan. Lakonan Layla...” Layla berulangkali mengingatkan diri sendiri. Kalau ini sahaja yang mampu memadam rasa cinta di hati Daniel pada Layla, dia rela berlakon. Perlahan-lahan Layla letak tangan di leher Arthur dan ciuman Arthur dibalas walaupun dia tidak pandai. Maklumlah first time.

“ Go to hell to both of you...I hate you Layla. Perempuan murahan!!” Daniel berlalu meninggalkan Arthur dan Layla. Hati dia sakit yang teramat tapi dia akur Layla sudah dimiliki. Air mata dia mengalir. Entah kenapa hanya Layla yang berjaya menyentuh hati dia. Sedangkan selama ini dia selalu keluar berpeleseran dengan perempuan lain.

“ Stop it Layla, dia sudah jalan..” Arthur tolak tubuh Layla. Layla cepat-cepat menjauh. Dia malu sendiri. Terasa bibir dia kebas pula.

“ Mari aku hantar kau balik. Basikal tu masuk di bonet kereta saja nanti” arah Arthur. Layla hanya angguk. Dia malu mau bertentang mata dengan Arthur.

Sepanjang perjalanan ke rumah Layla, mereka masing-masing tidak bercakap. Layla berulang kali terbayang kejadian tadi. Dia lupa sudah kejadian hampir-hampir dinodai oleh Daniel. Yang dia ingat adalah renungan mata Arthur. Tanpa sedar dia memegang bibir sendiri dan pandangan mata dihalakan ke luar tingkap.

“ Mana sudah rumah kau?” Arthur tercari-cari rumah buruk Layla hari tu. Takkan ghaib sudah. Meletus ketawa Layla. Bangsal tu lama sudah diruntuhkan.

“ Rumah saya sebelah sanalah. Yang hari tu bangsal untuk durian. Sudah dirobohkan sejak 2 minggu lalu.” Layla masih ketawa kelucuan. Arthur tepuk dahi. Dia sudah salah sangka.

Layla menunjukkan arah ke rumah aki. Sesampainya di laluan ke rumah Layla, Arthur terkesima. Kiri kanan penuh dengan sayur jenis buah. Dia tidak sangka kawasan rumah Layla begitu besar. Macam mau tercabut kepala dia melihat kiri kanan laluan kerana kawasannya terang benderang. Sepanjang jalan berpagar kayu yang dipasang dengan lampu.

Kereta FJ Cruiser Arthur berhenti depan tangga rumah Layla. Macam tiada orang saja. Arthur mengeluarkan basikal Layla dan dia tolak depan tangga. Dia pandang Layla sekejap.

“ Layla, apa pun yang berlaku hari ini, jangan jatuh cinta dengan aku. Hati aku sudah  ada pemilik...” Arthur tidak menunggu balasan Layla. Sebaliknya dia terus masuk ke kereta dan dia memecut laju meninggalkan Layla yang terpaku di tangga.













Layla ArabellaWhere stories live. Discover now