Bab 21 (Final)

368 12 0
                                    

Seminggu berlalu, tiba-tiba heboh seorang bayi ditinggalkan di dalam stroller di KKIA. Pihak polis menghubungi Arthur untuk memastikan bahawa bayi tersebut adalah Alden. Arthur segera ke balai polis dan mendapati bayi tersebut memang Alden. Arthur menangis dengan penuh kesyukuran. Seluruh wajah anaknya dicium. Alden nampak susut tapi sekurang-kurangnya masih bernyawa. Alden menangis tidak henti-henti sebaik sahaja dalam pelukan Arthur.

Arthur bersyukur sepanjang perjalanan pulang kerana urusan dia dipermudahkan. Layla mesti gembira dengan penemuan Alden. Tadi di balai polis, Arthur sudah memeriksa seluruh tubuh Alden untuk memastikan tiada kecederaan pada tubuh anaknya. Nasib baiklah tiada calar pun pada tubuh Alden. Arthur risau kalau berlaku penjualan organ dan sebagainya.

Layla menangis terharu melihat Alden dalam pelukan Arthur. Aki juga terus berdiri mendapatkan cicit kesayangan dia. Alden hanya ketawa apabila berganti-ganti orang mendukung dia. Dia nampak gembira melihat orang-orang yang dia kenali.

“ Sayang anak mummy...” wajah Alden dicium bertalu-talu sebelum beralih tangan ke tempat aki. Alden tiba-tiba menangis melihat aki dan wajah aki dicium oleh Alden berulang kali seolah-olah dia sangat rindukan aki.

“ Rindu akikah ni? jangan nangis sayang...” aki mendodoi Alden seperti yang selalu dia lakukan. Alden masih memegang wajah aki dan mula berhenti menangis. Leher aki dipeluk manja dan Alden melekap di bahu aki. Aki pula menyeka air mata yang keluar di tubir mata. Hanya Tuhan yang tahu perasaan dia ketika ini. Walaupun Maryam sudah tiada, sekurang-kurangnya Alden ditemui dengan selamat.

Sejak Alden ditemui, aki sudah boleh makan. Layla pun tidak balik penthouse buat masa ini. Dia mau menemani aki. Arthur juga suka tinggal di sini. Arthur terbukti seorang lelaki yang sangat menghormati aki. Banyak masa dia temani aki berbual, mengurus homestay dan mengajak dia berjalan-jalan di sekitar kampung. Layla tau, Arthur mau aki gembira.

Layla membetulkan baju mengandung yang dia pakai. makin sendat pula dia rasa. Dia duduk di beranda tempat dia selalu melepak masa bujang-bujang dulu. Dari beranda, dia nampak Arthur sedang mendukung Alden dan aki memetik terung dan lada di tepi jalan sepanjang ke rumah ini. Mereka berbual dan kadang-kadang keluar gelak ketawa. Layla tersenyum melihat gelagat mereka. Layla bangun dan turun ke bawah. Dia mau menyertai Arthur dan aki.
“ Apa tu sayang?” Arthur senyum memandang Layla. Kandungan Layla nampak besar kali ini. Berjalan pun macam itik sudah.

“ Berbual apa tu?” Layla menyambut tangan Alden yang minta dia mendukung pula. Alden pegang pipi Layla dan dia cium hidung Layla.

“ Cerita pasal Layla masa kecil dulu-dulu..Layla ni pernah tidur di sangkar kucing. Satu kampung mencari. Rupanya dia sedap tidur dengan Lilo...” aki ketawa tapi tangannya masih lagi memetik sayur.

“ Aki buat rumah kucing cantik sangat....” Layla tergelak mengingati dia beberapa kali tertidur di rumah kucing. Tapi bukan dia sorang. Farisya pun ada.

“ Nakal...” Arthur peluk bahu Layla.Selamba saja dia cium dahi Layla di depan aki. Aki pun sudah biasa melihat situasi romantik cucu angkat dia.
***************************************************
Sofea meneguk rakus air mineral di atas meja. Roti bakar dengan kacang panggang serta sosej dan telur scramble dimakan laju. Bangun pagi ini dalam keadaan terkejut.  Dia dihantui dengan perbuatan dia kepada keluarga dia. Sejak kematian Arthur, dia selalu bangun secara terkejut kerana bermimpi buruk. Sejak akhir-akhir ini, dia mula banyak berfikir. Betullah kata orang, bila kita sudah kehilangan sesuatu, barulah penyesalan itu muncul.

Kerana darjat dan wang ringgit serta  keseronokan dunia, dia lupa diri. Miller suami yang baik walaupun dia mementingkan darah bangsawan. Sepanjang perkahwinan dia dengan Miller, Miller tidak pernah sebenarnya  curang sehinggalah dia tertangkap memadu asmara dengan kawan baik Miller. Dia yang terlalu cemburukan Miller dan menuduh Miller ada hubungan dengan perempuan lain. 

Layla ArabellaWhere stories live. Discover now