Bab 8

190 11 0
                                    

“ Hi sweetheart...how are you? I miss you so much..” pipi Regina dicium penuh rindu. Regina senyum manja.

“ Long time no see...are you okay honey?” giliran Regina pula memeluk Arthur penuh kerinduan. 3 bulan lebih tidak berjumpa, dia rindu mau bersayang dengan Arthur walaupun hanya separuh hati.

“ Lets go Gina..I send you to your hotel. Today, you have to rest well. Tommorow I bring you to Kundasang..” tangan Regina diraih lagi. Rasa rindu menggebu di jiwa.

Sepanjang perjalanan ke hotel, tangan Regina sentiasa dalam gengaman Arthur. Cinta dan sayangnya pada Regina membuatkan dia sentiasa menjaga Regina. Dia tidak pernah ambil kesempatan terhadap Regina sebagai mana dia jaga Eldora dulu.

Di depan Regina dan Eldora, dia tunjuk sopan. Kononnya dialah lelaki paling baik yang tidak menyentuh perempuan sesuka hati. Paling teruk pun, cium pipi. Begitulah kunun definisi cinta bagi Arthur. Yang peliknya, Layla dia sentuh sesuka hati. Sudah dua kali bibir mungil gadis itu berjaya disentuh Arthur. Arthur rasa bersalah kepada Regina pula.

Regina dihantar sampai ke pintu bilik. Arthur tidak mau masuk walaupun dia tau dia boleh masuk bila-bila masa saja. Dia tidak mau dia terbabas akibat terlalu rindukan Regina. Regina pun tidak juga mempelawa. Mungkin Regina penat dan mau berehat. Tiadalah lepak minum kopi macam selalu. Maka, Arthur pun balik juga ke penthouse dia.

Awal pagi lagi Arthur sudah ajak Regina ke Kundasang. Semua urusan penginapan sepanjang di Kundasang juga sudah diatur oleh Arthur. Sampai sahaja Arthur di hotel tempat Regina menginap, Regina sudah pun tercegat di lobi dengan beg dia. Regina kelihatan anggun memakai skirt paras lutut dengan baby T dan berkaca mata hitam. Arthur melambai ke arah Regina.     

Tangan Regina ditarik dan Arthur meletakkan tangan di pinggang Regina tapi cepat Regina mengelak. Arthur kehairanan. Selama ini biasa juga dia peluk pinggang Regina. Maklumlah tugas dia untuk menjaga keselamatan Regina dan dia perlu sentiasa berjalan rapat dengan Regina.

“ I’m sorry Arthur...I’m not feeling well..” ujar Regina. Dia tidak mau Arthur salah sangka. Kepala dia memang berat sekarang.

Arthur akur. Sepanjang perjalanan ke Kundasang, Regina tidur nyenyak. Tinggallah Arthur keseorangan menikmati perjalanan turun naik bukit ke Kundasang. Tidak sampai 2 jam, Arthur sudah pun sampai di Dream World. Terpaksalah Arthur melepak di cafe sendirian kerana Regina tidur mati. Puas Arthur mengetuk pintu bilik Regina.

Aiskrim perisa vanilla disuap perlahan. Ingatkan datang sini dapatlah melepak dengan Regina.

“ Hah! sinilah cafe Dream World...mari ba order kopi panas. Sedap ni minum sejuk-sejuk..” excited perempuan sebelah bercakap. Arthur automatik menoleh. Macam pernah dengar suara tu. Takkan dia pula bisik hati Arthur.

Hood ditarik laju dan zip sweater ditarik sampai ke leher. Arthur mengintai dari ekor mata saja. Memang betul Layla mengekori dia. Mustahillah kebetulan pula. Geramnya dia dengan perempuan tu. Rasanya dia tiada accept Layla di laman sosial mana-mana pun. Macam mana Layla tau pergerakan dia. Arthur mengetap bibir geram. Dia berdiri dari tempat duduk dan segera ke kaunter untuk membayar makanan. Sakitnya hati. Layla sudah seperti Eldora di mata Arthur.

Hari ini mood Arthur tidak baik. Dia terpaksa berkurung kerana takut terserempak dengan Layla. Lagipun Regina juga macam tiada mood mau berjalan. Dia tidak keluar bilik sejak mereka sampai lagi. Regina ni pun tidak tau sakit apa sampai tidak mau keluar bilik dia.

Nampaknya perancangan dia untuk berlama-lama di Kundasang tidak menjadi. Tidak sabar dia mau balik KK. Dua malam di Kundasang, Arthur ajak Regina balik KK. Entah kenapa malang betul nasib dia sejak akhir-akhir ini. Semakin dia cuba menjauhi Layla, makin dekat pula Layla dengan dia.  Arthur cuak. Sepanjang di Kundasang, di mana Arthur ada, di sanalah juga Hana. Nasib baiklah hood dia berjaya menyembunyikan identiti dia.

Regina ada 6 hari lagi sebelum dia balik ke Thailand. Arthur bawa Regina ke pulau yang berdekatan untuk bersantai. 4 hari dia berjoli di Pulau Manukan. Di pulau ni baru dia rasa tenang tanpa kehadiran Layla. Regina juga nampak gembira berbanding beberapa hari yang lalu. Mereka bebas berseronok.

Dua hari sebelum penerbangan Regina, Arthur ajak Regina dating di Imago. Kali ini tidak taulah berapa bulan dia tidak akan jumpa Regina. Sejak akhir-akhir ini khidmatnya sebagai pengawal peribadi Regina sudah kurang diperlukan. Mungkin sebab dia sudah terlalu lama tidak tinggal di selatan Thailand atau mungkin Regina sudah tidak berminat berpergian ke luar negara. Mau balik ke Thailand, dia dengan Regina pun bukan bebsa bertemu. Mereka masing-masing dari keluarga kaya tapi nampaknya jodoh mereka macam susah mau disatukan.

Arthur dan Regina berpimpin tangan ke Everise. Arthur mau beli buah. Tangan Arthur beralih ke bahu Regina. Rambut paras bahu Regina dibetulkan. Sayangnya dia dengan gadis manja ini. Maruah gadis ini dijaga sebaiknya. Arthur memang lelaki baik pada Regina.

Arthur baru pegang buah mangga apabila ada seseorang menegur dia. Wajah Arthur berubah. Dia lagi jerit hati Arthur.

“ Hai Arthur...lama tidak jumpa. Cantik girlfriend..” Ramah Layla menegur. Senyuman dia ikhlas. Tidak sangka bulih jumpa Arthur di Imago.

“ Ada saja kau di mana-mana..” Arthur berpaling sombong. Buah mangga yang sedang masak ranum diletak semula. Tangan Regina ditarik tapi Regina tiba-tiba rentap tangan dia. Laju Regina berjalan meninggalkan Arthur. Arthur kehairanan. Regina menunjukkan cemburu dia di sini? Aduh! pening kepala Arthur dengan karenah tiba-tiba Regina.

“ See what have you done Layla??” Arthur menjerit geram. Dia tidak peduli bila Layla sedikit terundur ke belakang kerana terkejut. Regina segera dikejar.

Layla terpinga-pinga. Kuss semangat. Dia cuma tegur saja pun. Bakul diletak semula. Malu dia kena teriak begitu. Ramai lagi yang memandang. Salahkah dia menegur? Dia masuk ke restoran berhampiran. Air oren dipesan untuk menenangkan hati yang tiba-tiba memanas.

Arthur masih lagi cuba memujuk Regina. Regina tiba-tiba naik angin. Tidak pernah dia nampak Regina berperangai begini. Dia menjerit sampai satu pasaraya berlarian mau menonton drama mereka. Dada Arthur juga dipukul berkali-kali dengan beg LV. Regina sakit hati. Perempuan tadi sangat manis dipandang.

“ You betray me Arthur..now I know why you don’t want stay at our country..” Regina menangis. Dia rasa tergugat dengan kehadiran Layla. Regina tidak faham pun apa yang Layla cakap tadi tapi senyuman manis Layla betul-betul ikhlas hanya untuk Arthur seorang. Dia cemburukan Layla. Arthur rupanya sudah mempunyai seseorang di sini.

“ Please Gina..I love you so much. I don’t have any relation with Layla..." Arthur melutut. Selepas Eldora, takkanlah Regina juga akan tinggalkan dia. Arthur hilang malu mau merayu.

“Emm...Layla..you know her name very well. You love her, don’t you?? go to hell with you Arthur. We are over now.. ” hati Regina semakin sakit kerana terlalu cemburu. Arthur bergerak menyentuh kaki Regina.

Malangnya Regina tolak tangan Arthur yang memegang kakinya. Tanpa menunggu lama, teksi segera ditahan dan laju Regina meloloskan diri di dalam perut teksi. Arthur cuba mengejar teksi tersebut tapi Regina mengarahkan pemandu teksi supaya memandu lebih laju.

Arthur menyepak angin apabila dia gagal mengejar teksi tersebut. Rambut diraup kasar dan dia berjalan longlai masuk ke dalam pasaraya. Dia tidak peduli orang ramai yang berbisik sesama sendiri. Arthur hilang mood. Tiket wayang di poket dikeluarkan dan dikoyak sampai hancur.

Arthur menaiki escalator menuju ke tempat letak kereta. Lebih baik dia ke hotel tempat Regina menginap untuk memujuk sang kekasih hati. Baru dia mau buka pintu, dia terperasan ada seorang perempuan terbongkok-bongkok sedang menyimpan barang. Menyedari dia kenal orang itu, pintu kereta ditutup semula. Langkah kaki dipercepatkan dan bahu perempuan tersebut ditolak kasar. Hampir sahaja perempuan tersebut tersungkur.

“ Layla Arabella!! pasal kaulah Gina tinggalkan aku..ke hulu ke hilir kau ikut aku sampai dia salah sangka. Kau sengaja timbulkan sengketa antara kami kan supaya kau boleh dapatkan aku untuk diri sendiri? Sorry to say tapi kau bukan taste aku..” tengking Arthur Miller.

“Adui!! jangan menuduh sembarangan Mr Arthur..KK ni tempat saya membesar. Memanglah sentiasa boleh terserempak..Lagipun Imago ni lah tempat saya selalu melepak... ” Layla Arabella menjawab polos.

“ Sudahlah Layla..sampai mati pun aku tidak akan pilih kau..Darah yang mengalir di tubuh kita memang sama warna tapi darah aku gred A. Darah kau tiada gred..” Arthur Miller menjerit geram.

Tidak disangka kereta dia bersebelahan sahaja dengan kereta Myvi Layla Arabella. Arthur Miller menghidupkan enjin kereta FJ Cruiser berwarna hitam pekat miliknya dan dengan laju dia memandu meninggalkan tempat letak kereta di Imago. Hati dia mendongkol marah. Hanya kerana Layla menegur dia di Everise, Gina tunjuk perasaan sampai putuskan hubungan kasih mereka yang sudah berusia lebih 2 tahun. Arthur sakit hati kerana mudahnya Gina membuat keputusan. Ini semua salah Layla!!! Steering dipukul beberapa kali dengan amarah yang membuak-buak.

Arthur memandu laju menuju ke hotel tempat Regina menginap. Dia serahkan kunci kepada petugas hotel dan sempat dia minta tolong untuk diparkir. Dia perlu cepat. Arthur menggunakan tangga kecemasan untuk ke tingkat 2. Bilik 201 diketuk tetapi tiada respon. Arthur duduk di tepi pintu bilik menunggu kalau Regina tiba-tiba keluar. Nombor telefon bimbit Regina turut didail. Malangnya balik-balik masuk voicemail dari tadi.

30 minit berlalu, akhirnya Arthur ke kaunter. Dia mau buat pesanan untuk Regina. Dia harap dia boleh memujuk Regina untuk berbincang semula tentang hubungan mereka. Ada sehari lagi sebelum Regina balik ke Thailand.  Namun, Arthur agak terkejut kerana Regina sudah check out 45 minit yang lalu. Sempat juga Regina tinggalkan sepucuk surat untuk Arthur. Lepas membaca surat Regina, Arthur terduduk sofa di lobi hotel. Nampaknya Regina betul-betul sudah nekad dengan keputusan dia.

“ It’s a time to say goodbye to you Arthur. Stop calling me. I will ask my dad to stop you from being my bodyguard. Thank you for your pure love for me before. Also thanks for taking care of me for 4 years..Gina”

Isi surat Regina dibaca berkali-kali. Dia tidak percaya senangnya Regina memutuskan hubungan mereka. Kalaulah Arthur sempat sampai 45 minit yang lepas, mungkin dia masih sempat memujuk Regina. Dia terlambat kerana ada kemalangan menyebabkan dia tersekat dalam kesesakan jalan raya.

Sepanjang perjalanan balik ke penthouse, Arthur teringat kembali pertemuan pertama dia dengan Regina. Dia dilantik sebagai pengawal peribadi Regina pun secara kebetulan. Arthur selamatkan Regina ketika hampir diculik. Berlaku juga tembak menembak ketika itu tapi kecekapan Arthur menyelamatkan nyawa Regina. Kebetulan pula Arthur baru tamat latihan ketenteraan ketika itu.

Tiba-tiba senyuman Layla juga melintas di kotak fikiran. Arthur mula sakit hati. Semua ni pasal Layla. Pedal minyak ditekan dan kereta Arthur meluncur laju. Layla perlu diajar. Dia patut tahu onar yang dia buat. Layla sepatutnya pura-pura tidak kenal dia.

Beberapa hari Arthur berkurung dalam penthouse. Pertama kali dia memasak di penthouse. Akhirnya terguna juga semua bahan yang dia beli. Putus cinta membuatkan dia jadi rajin memasak. Jambang halus juga mula tumbuh di muka Arthur. Arthur betul-betul malas mau menjaga penampilan.

Malam semalam Arthur dapat panggilan daripada keluarga Regina tentang penamatan tugas dia sebagai pengawal peribadi Regina. Regina betul-betul laksanakan apa yang dia tulis dalam surat. Regina juga membayar 100 ribu USD  secara peribadi kepada Arthur sebagai tanda terima kasih atas khidmat Arthur menjaga dia selama ini.

Habis barang-barang dalam penthouse pecah dikerjakan oleh Arthur. Sudah puas menghancurkan rumah sendiri, Arthur mula mencari jalan untuk mengenakan Layla. Bagi Arthur, Layla lah punca segala masalah yang dia hadapi. Regina takkan tinggalkan dia kalau bukan kerana Layla.

Petang selepas dia mengamuk sendiri, Arthur memanggil pekerja untuk membersihkan rumah. Dia akan move on. Dia mau buktikan dengan Regina bahawa dia boleh hidup tanpa dia. Dan paling penting adalah mengajar Layla. Dia mau sedarkan Layla supaya jangan menyibuk atau bercampur dengan golongan kaya. Dia mau Layla tau impak cuba-cuba mendekati golongan vvip ni. Arthur senyum sendiri. Layla akan kenal siapa sebenarnya Arthur mulai hari ini.

Arthur terus menunggu bila Layla akan ke sini. Dia tau Layla dan senaman tidak dapt dipisahkan. Seperti yang dijangka, Layla akhirnya muncul di Taman Cinta Bersemi secara bersendirian. Layla memang berani. Dia langsung tidak dapat pengajaran dari peristiwa dia hampir dirogol oleh Daniel. Tapi sejak kejadian itu, Daniel memang menghilang.

Layla meluruskan pinggang. Penatnya berlari setelah beberapa hari sibuk membawa pelancong ke sana ke mari. Dia manfaatkan sepenuhnya kemahiran menggambar yang telah dia pelajari. Dia bercadang untuk membuka studio untuk bergambar nanti. Tapi buat masa ini, dia jadi







Layla ArabellaWhere stories live. Discover now