Dont forget to vote♡
.
JAM di dinding sudah menginjak ke angka 7.30pm. Izzah masih lagi duduk bertemankan buku diari yang menjadi sahabatnya sejak berumur 11 tahun.
" till today, i still begging for the answer. should i ask her directly? Im so tired being like this. I tried to motivate myself but at this time, i failed. "Setitik demi setitik air mata jatuh ke atas buku diari yang selalu menjadi saksi suka dan dukanya. Perlahan lahan meresap di atas kertas tersebut. Sering dipersoalkan mengapa hidupnya ditakdirkan sedemikian. Kadang terfikir juga kenapa perlu dirinya diwujudkan?
" angah... dah siap ke tu? "
laung puan Azlina dari luar pintu bilik. Diketuk dua kali sebelum tombol pintu dipulas.Terhenti tarian pen biru yang dipegang olehnya. Laju airmata yang berbaki di pipi gebu itu diseka. Buku diari itu ditutup sebelum berpaling ke arah empunya suara. Nafas panjang ditarik dan dihela perlahan. Suaranya harus dikawal agar nada sebak yang masih tersisa tidak dihidu oleh si ibu.
" angah tak dapat join lah ibu. Esok ada exam, "
Nur Izzah Khaira cuba menahan rasa sebak yang menggunung." exam tu esok bukannya malam ni. Kita nak pergi celebrate birthday along ni sekali dinner. Pergi ganti baju tu cepat, " Arah puan Azlina mendekati almari kayu yang menempatkan tudung pelbagai warna dan corak itu. Tudung dalam berwarna biru tua kepunyaannya itu dicapai.
" takpe lah bu. Angah tak ikut pun takpe kan? bukan birthday angah pun, "
Terserlah nada cemburu di situ. Sekali lagi alasan dilontarkan. Dalam hati dia berharap agar puan Azlina datang mendekatinya lalu memujuknya. Dia terlalu rindu pelukan dan pujukan seorang ibu.Sungguh, insan yang diberi nama NurIzzah Khaira binti Ahmad Khairul terlalu lemah saat ini.
(panjangnya nama engko ni -,-)" memanglah bukan birthday kau tapi ibu dah jemput sedara mara datang hotel tu. Kalau kau tak datang apa pulak kata mereka nanti. Dah berapa kali aku kena terang dekat kau ni "
Jelas puan Azlina. Dia langsung tidak memahami keadaan anaknya pada saat itu. Nada yang digunakan oleh Izzah pada ketika itu jelas menunjukkan bahawa dia sedang menahan tangisannya. Hati yang terlalu sensetif itu tidak pernah dititikberatkan oleh ibunya.Flashback sebulan yang lalu.
" ibu.. ibu ingat tak hari ni hari ape? " Izzah sengaja menyoal untuk memastikan puan Azlina mengingati hari kelahirannya pada hari itu. Walaupun sudah sedia maklum bahawa ibunya itu tidak pernah sekalipun mengingati birthday anak keduanya itu namun sengaja dia mencuba nasib. Manalah tahu puan Azlina tiba tiba ingat pula hari jadinya kali ini. Tak cuba tak tahu kan?
" hari khamis lah.. kan kelmarin hari rabu. Kau ni sekolah tapi hari pun kau tak tahu. " selamba puan Azlina menjawap. Langsung tidak mengerti akan maksud disebalik soalan anaknya itu. Tidak mengerti atau sengaja pura pura tidak fahan?
Izzah terdiam. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Hajatnya harus diluahkan sekali lagi. Sudah terlalu lama dia berangan untuk menyambut hari kelahirannya itu.
" err.. ibu. Hari ni hari jadi angah. Ibu tak ingat ke? " perlahan nadanya bersuara.
" dah kenapa kalau hari jadi kau pun. Kau nak minta aku celebrate? Ibu tak ada duit sekarang ni. Lain kali je la "
Sekali lagi jawapan yang sama diterima. Setiap tahun hajatnya diluah pasti puan Azlina akan mengutarakan jawapan yang sama. Lain kali je la. Entah sampai bila jawapan itu harus diterima olehnya.Izzah tersenyum hambar.
" angah teringin sangat sambut birthday tahun ni. Last angah merasa sambut birthday pun masa umur 7 tahun. Sekarang ni dah 16 tahun. Boleh lah bu.. "
Izzah cuba memujuk. Doa dipanjatkan di dalam hati agar hati ibunya dilembutkan. Pisau pemotong sayur yang dipegang oleh puan Azlina dihentak." Di sekolah tu kau memang tak diajar supaya jangan menyusahkan orang tua kau ke? Kalau bukan kau yang cari duit baik kau diam diam. Sibuk minta itu ini macamlah dia kerja. Aku dah kata aku ni tak ada duit, minta celebrate birthday kau lagi buat apa? Macamlah penting sangat, "
Berjela puan Azlina membebel. Sayur yang sudah siap dipotong diangkat untuk dicuci. Pili air dihidupkan untuk membiarkan air membasahi sayurnya itu.Tanpa sedar, Izzah sudah menghilangkan diri dari dapur itu. Sedih. Hanya itu yang dapat terungkap. Menyusahkan sangat kah permintaannya itu? Tidak pentingkah hari kelahirannya itu pada pandangan ibu? Aku ni bukan anak kandung ibu ke? Hari jadi adik tiga bulan lepas disambut dengan meriah walaupun pada hari jadi adik itu ibu dan abah belum lagi menerima gaji. Kenapa ibu perlu memilih kasih?
Pelbagai soalan bermain dimindanya. Izzah menangis sendirian di tepi bucu katil queen miliknya.
Kalau hari jadi adik beradik yang lain, setiap tahun puan Azlina cuba untuk menyambutnya. Walaupun kadang kala sudah terlebih hari yang sepatutnya, hari jadi itu tetap akan disambut. Tapi tidak untuk dirinya.
End flashback.
" sampaikan salam angah kat semua nanti. Angah tak boleh join. Banyak lagi homework yang angah kena buat, "
Air mata cuba ditahan semampu yang boleh. Kalau sahaja hari jadinya juga disambut semeriah hari jadi kakak dan adiknya, pasti tidak wujud rasa cemburu seperti ini. Bagi orang lain, perkara sebegini tidak seharusnya menjadi isu untuk dia merasa cemburu.Ya, itu mungkin pandangan orang lain. Mereka tidak berada ditempat Izzah.
Selama 9 tahun, tidak pernah sekali pun hari jadinya itu disambut. Hanya dibiar berlalu hari istimewa itu bagaikan hari hari biasa.
she is the one who had born me. How can she doesn't realise her daughter is fighting with her own feeling rn?
" suka hati kau lah kalau macam tu. Jaga rumah ni. Tolong basuh pinggan mangkuk kat dapur tu nanti, "
Tanpa sedar, setitik airmata jernih mengalir merentasi pipinya. Laju kepala dipalingkan membelakangkan puan Azlina.Sesaat kemudian, puan Azlina beredar dari bilik tersebut. Air mata dibiar mengalir sederas-derasnya. Izzah tidak mampu lagi menyembunyikan tangisan yang cuba ditahan olehnya beberapa minit lalu.
" stop crying please! nobody will wipe your tears. nobody understand. You just make yourself tired, aren't you? You need to stay strong Izzah. Be strong please! "
End up, Izzah terlena di atas meja belajarnya.Izzah memang seorang yang suka memberi semangat kepada dirinya sendiri. Sejenis yang suka bercakap dengan diri sendiri, beri nasihat kepada dirinya sendiri dan memarahi dirinya sendiri. Itu memang sudah menjadi habit NurIzzah Khaira. Siapa lagi yang boleh memberikannya semangat selain dirinya sendiri?
Mahu diluah dengan ibu? Pasti tidak akan dilayankan karenahnya.
Abah? Abah terlalu sibuj dengan dunja kerjayanya. Susah untuk melihat wajah abah di dalam rumah ini.
Kakak? ya. Hanya kepada Izrin khairi sahaja tempat Izzah untuk meluahkan perasaannya. Tapi kali ini, Izrin terlalu sibuk dengan hari bahagianya. Pasti tidak ada masa untuk melayan ceritanya.
Adik? Entah apa sahaja yang dapat difahami oleh adik yang berumur 4 tahun itu.
Bestfriend? Izzah sejenis tidak suka membebankan rakan rakannya dengan masalah peribadi yang dialaminya.
Izzah terlalu penat untuk menanggung duka ini sendirian. Mengapa tuhan mengujiku sedemikian rupa? Mengapa tuhan tidak menghantarkan seseorang yang bisa menyayangiku? Aku hidup di dunia ini seperti ketandusan kasih sayang. Untuk apa aku dihidupkan? Aku masih tidak mengerti.
-1102words-
YOU ARE READING
Infinity CINta
Novela Juvenil" Seems impossible. you never lose by loving. you only lose by holding back, while waiting the impossible to happen "-One and only. ××××××× " i love you so much. its hurt me " -NurIzzah Khaira " im sorry but i love her. I don't love you anymore "...