six

6 2 0
                                    

Dont forget to vote ♡

.

271 missed calls. 194 messages. 2410 whatsapps. 259 instagram. 861 telegram.

Fuh. Baru tinggalkan phone 18jam sudah dapat beratus missed calls. Notifications itu hanya biar tidak diusik. Izzah meletakkan kembali telefonnya di tepi bantal. Tingkap yang sedikit terbuka itu dipandang. Bunyi riuh haiwan yang mungkin sedang bergurau senda mengisi kesunyiannya.

Entah mengapa bayangan itu datang menerpa mindanya. Seolah olah Izzah sedang bermimpi. Adakah ini realiti atau mainan tidur semata mata? Tolong kejutkan diri ini sekiranya ia hanya sekadar mimpi. Hati Izzah semakin rapuh.

Dia datang mendekati dengan sekuntum bunga tulip berwarna putih dalam genggaman. Senyuman itu. Panahan mata itu. Masih sama seperti satu tahun yang lalu. Tiada apa yang berubah walaupun sudah genap setahun jejaka itu tidak dapat dilihat melalui pancaindera.

Izzah masih menatap raut wajah bersih itu. Kalaulah wajah bersih itu juga mempunyai hati yang suci, pasti dia tidak sanggup menoreh hati seorang gadis yang naif ini. Setitik air mata Izzah jatuh. Figura itu pegun berdiri di tepi katilnya. Masih dengan senyuman manis tanpa niat untuk berbicara.

" pergi, "
Hanya sepatah terluah dek mulut Izzah. Nadanya cukup perlahan.

Sebak.

Setelah hampir setahun insan itu cuba untuk disingkirkan daripada hidupnya, namun memori dengannya tidak mudah dilupuskan. Andai saja memori dengan orang itu seperti roti novelty yang hanya dapat bertahan paling lama pun 7 hari sahaja, pasti kenangan itu sudah mencapai tarikh luput. Pasti sudah dibuang di lubuk timbunan sampah. Pasti sudah dipenuhi dengan tompok kehitaman yang menjadi punca roti itu tidak berguna lagi.

Bunga tulip itu diletak kemas di atas meja berdekatan katil Izzah. Anak mata mengekori perbuatan jejaka itu. Hujung katil itu menjadi tempat punggungnya dilabuhkan. Masih belum ada tanda tanda lelaki itu ingin bersuara. Izzah ditenung dalam. Ada emas dalam mulut tu ke cik abang?

Tangisan Izzah kedengaran. Sudah lama perasaan ini disembunyikan. Hanya hati yang meraung kesedihan tetapi tiada setitik pun airmata keluar. Namun pada saat ini, airmata Izzah sahaja sudah boleh buat air mandian untuk sebulan. Syahdu nadanya.

Kesakitan yang paling ngeri bilamana kamu sedih tetapi tiada tangisan yang terluah. Terpendam lama sehinggakan diri sendiri dipenuhi dengan darah torehan daripada sembilu, namun tiada suara mengadu sakit kedengaran. Sakit yang paling nyata bilamana hatimu dilukai tetapi air mata tidak dapat dizahirkan.

Izzah menggeleng dalam tangisannya. Dia seolah olah berperang dengan dirinya sendiri. Bersoal tanpa jawapan dengan dirinya sendiri. Tangannya meronta ronta tetapi lekas ada tangan yang menenangkannya. Bahunya ditepuk perlahan. Lagaknya seperti mendodoikan bayi berusia sebulan.

" aku minta maaf. Suatu hari nanti kau akan faham keadaan aku masa tu. Aku sayang kau " Bisikan halus itu membuatkan Izzah semakin sebak. Beautiful lies. Tidak cukup lagikah kau menabur kata dusta itu? Tidak cukup lagikah kau menyakitkan sekeping hati marshmellow ini?

" aku tak boleh maafkan kau. Aku benci kau. Benci sangat sangat. Kenapa kau buat aku macam ni? " Izzah kembali meronta.

" jangan benci aku. Kau akan sakitkan hati kau sendiri Khaira. Luahlah apa yang terpendam dalam diri kau tu. Jangan sakitkan diri sendiri. Jangan sesalkan pengenalan kita. Suatu hari nanti kau akan faham, "

" aku takkan faham. Kau.. kau janji untuk stay forever dengan aku. Kau sayang aku. Tapi apa yang kau buat? Kau tipu. Kau tipu aku, " Izzah memandang wajah di depannya itu dengan perasaan rindu yang menggunung. Andai saja dia mampu memeluk ajnabi ini, sudah pasti dipeluk seerat eratnya.

Infinity CINtaWhere stories live. Discover now