Dont forget to vote . ♡
.
SEKEJAP sahaja cuti empat hari yang dimilik oleh Izzah berakhir. Hari ini sudah mula kembali dengan rutin budak sekolah seperti biasa. Sudah tepat pukul 6.00 pagi namun Izzah masih liat untuk mengangkat tubuhnya dari katil. Ni kes ada syaitan tangah baring atas badan ke macam mana? Sengaja lambatkan solat subuh!
" eh bertuah punya budak tak bangun bangun lagi. Kau bangun sekarang ngah! Dah pukul 6 ni kau nak abah azan kat telinga kau tu baru nak bangun? Bangunlah sengal! "
Izrin masuk ke dalam bilik Izzah semata mata untuk meminjam charger handphone kerana chargernya tertinggal kat office. Terkejut dia melihat keadaan adiknya yang masih terbongkang di atas katil. Kalau tak dikejutkan pasti terlajak tidur lagi budak sorang ni. Dah dia yang terlajak tidur tapi satu rumah yang akan menjadi tempatnya melampiaskan amarah kerana tidak mengejutkannya bangun. Alarm yang diset 5 kali langsung tidak berguna kerana setiap kali alarm berbunyi pasti dimatikan telefonnya itu. Bertuah bukan budak sorang ni?" 5 minit "
Izrin mengambil keputusan untuk mengheret adiknya ke bilik mandi namun baru sahaja kakinya ditarik sedikit, pantas Izzah memaksa dirinya untuk bangun. Tahu takut!
" bangun subuh cepat! "
Kepala Izzah disekeh sebelum Izrin kembali ke biliknya semula." aaaaaaaaaaaa malassssssanyaaaaaaaaaaaaa.... "
Izzah menggeliat." angah laju sikit abah nak gerak awal ni, "
Jerit puan Azlina dari ruang tamu. Laju apabendanya ni baru nak bangkit. Habislah kena bebel oleh si abah lagi lepas ni.Kelam kabut Izzah menuruni anak tangga dalam keadaan tidak bertudung lagi. Apa kejadah budak sorang ni! Tangan puan Azlina disalam sebelum berlari masuk dalam kereta abahnya. Dari tadi lagi enjin kereta itu dihidupkan walaupun Izzah belum lagi sempat bersiap. Entah apa yang dikatakan oleh puan Azlina itu tadi kepadanya sewaktu menyalami wanita itu.
" abah pinjam telefon kejap "
Pinta si Izzah namun tiada respon daripada encik Khairul. Abah ni tak dengar ke pura pura tak dengar?" abahhh... "
" tudung tu pakai dulu. Telefon je memanjang "
Ujar encik Khairul mendatar. Bad mood ke? Sebab chelsea kalah 6-0 haritu lagi ke?
Alahai.." ha dah pakai. Pinjam kejap nak call ibu. Angah tak dengar ibu cakap apa dengan angah tadi sebab kelam kabut sangat, "
Jelas Izzah kepada abahnya. Bukan saja saja dia meminjam telefon abahnya itu. Rasa bersalah kerana tidak menghormati ibunya itu saja membuatkannnya terpaksa meminjam telefon abahnya itu.Aplikasi whatsApp dibuka. 7 chat daripada ' Safiya ' yang dihantar pada pukul 8.40 malam tidak dibuka oleh encik Khairul. Siapa Safiya tu? Kenapa chat itu diabaikan? Tangan Izzah gatal untuk membuka mesej tersebut namun belum sempat niatnya dilakukan, encik Khairul bersuara.
" ye kejap. Nak call lah ni, "
Izzah membatalkan sahaja niatnya. Panggilan bersambung dengan puan Azlina." ibu suruh singgah bungkuskan laksa penang yang kamu cerita semalam tu. Bungkuskan nanti kamu pulang sekolah, "
Puan Azlina mengulang semula ayatnya ketika Izzah menyalamnya pagi tadi. Sempat lagi puan Azlina pesan agar melebihkan kuah laksanya nanti.Izzah menyalami abahnya sebelum menuruni kereta. Tidak seperti kebiasaannya, Izzah tidak menerima pesanan pagi daripada encik Khairul pagi ini. Rutin pagi Izzah setelah bersalaman dengan abahnya itu pasti sahaja abahnya memesan agar belajar elok elok, jangan buat hal, jangan itu dan ini. Buat itu ini dan banyak lagi pesanan yang sentiasa diulang setiap pagi. Namun tidak untuk hari ini. Kenapa dengan abah tu?

YOU ARE READING
Infinity CINta
Teen Fiction" Seems impossible. you never lose by loving. you only lose by holding back, while waiting the impossible to happen "-One and only. ××××××× " i love you so much. its hurt me " -NurIzzah Khaira " im sorry but i love her. I don't love you anymore "...