nine

3 1 0
                                    

Dont forget to vote. ♡

SELESAI sahaja kertas peperiksaan terakhirnya diambil oleh cikgu Azman, Izzah bersorak riang. Tidak lupa lafaz syukur kerana telah selamat menjawap kesemua kertas peperiksaan akhir tahun dengan jayanya. Result baik buruk tu belakang cerita.

" orang lain dapat cuti seminggu pun takdenya happy macam awak ni. Baki cuti tinggal 4 hari je lagi kesian awak tak merasa cuti lama lama, "
Ujar cikgu Azman sambil mematikan suis komputer ribanya. Misunderstood detected!

" saya pun kesian kat cikgu sebab terpaksa datang sekolah semata mata nak jagka saya ambil periksa. Saya tak kesah pun cuti empat hari tu cikgu. Lepas dua minggu buka sekolah nanti dah start cuti panjang jugak. Saya happy sebab dapat juga saya jawap kesemua subjek peperiksaan kali ni, "
Izzah beruntung kerana masih diberi peluang untuk menduduki kertas peperiksaan yang tertinggal atas faktor dia tidak hadir pada hari peperiksaan dijalankan. Tidak seperti pada hari peperiksaan semester pertama, Izzah langsung tidak diberi peluang untuk menjawap kertas peperiksaan yang tidak dihadirinya. Surat tidak hadir yang diberikan langsung tidak diendahkan oleh cikgu bertugas. Oleh sebab itulah perasaan gembira tak terkata bilamana dia dapat menjawap kesemua subjek pada kali ini.

" antibodi awak ni lemah sangat kut sebab tu selalu sangat sakit. Awak ada penyakit apa apa ke Izzah? "

" eh takde cikgu. Antibodi badan je memang lemah, "
Izzah mula berura ura hendak meninggalkan bilik kaunseling tersebut. Kelibat anak buah cikgu Azman tidak pula kelihatan pada hari ini. Mana perginya budak tu? Baru je nak sedekah kek red velvet yang dibuat olehnya pada malam tadi sebagai tanda terima kasih sebab sanggup menemaninya kelmarin.
Nampaknya bukan rezeki lelaki itulah merasa air tangan Izzah.

Izzah meminta izin untuk pulang.

" ingatkan makanan dalam paper bag tu untuk cikgu, "
Cikgu Azman sempat berkata ketika Izzah sedang mengikat tali kasut converse putihnya. Izzah tepuk dahi. Eh! Memang niat nak bagi cikgu pun tadi apasal boleh terlupa pulak?! Aduhaii..

" hehe memang nak bagi cikgu pun tapi lupa pula. Ni ha kek red velvet yang tak berapa nak red sangat ni saya buat khas untuk cikgu, "
Izzah menghulurkan paper bag coklat itu kepada cikgu Azman. Laju sahaja cikgu Azman mengambil paper bag coklat itu dengan hati yang riang. Mana taknya, baru sahaja semalam mengidamkan kek red velvet. Tuptup dah ada depan mata kek idamannya itu hari ini. Rezeki wei!

" khas untuk cikgu ye.. amboi terliur dah cikgu dengan bau kek kamu ni. Terima kasih lah ye, "
Cikgu Azman membuka tupperware itu lalu mendekatkan hidungnya dengan tupperware tersebut. Ambil bau katanya. Izzah ukirkan senyuman. Bahagia melihat orang gembira menerima pemberiannya.

" sama sama cikgu. Saya balik dulu, "
Pamit Izzah sekali lagi. Hendak ditanya keberadaan anak buah cikgu itu tapi rasa segan lah pulak. Kang dicop jatuh cinta dengan lelaki tu pula dan confirm cikgu Azman akan menyakatnya setiap hari.

Tidak jauh daripada bangunan sekolah sudah terlihat kereta Honda biru kepunyaan encik Khairul. Lekas Izzah mengangkat sedikit skirt sekolah birunya ke atas untuk memudahkannya berlari ke arah kereta itu. Nasib baik Izzah ada juga mengenakan seluar legging pagi tadi. Kalau tak confirm buat free show depan pakcik guard.

" budak bertuah ni tak malu ke lari macam tu? Kamu tu perempuan bukan lelaki. Umur dah 16 bukannya 6 tahun. Tahun depan dah nak spm tapi peragai tak...

" okey okey angah minta ampun. Dah lah tu bebelnya abah. Angah tengah lapar ni.... "
Si Izzah yang kurang adabnya memintas bebelan encik Khairul. Kalau tak dipintas sampai ke esok subuh encik Khairul berpokpek tak sudah. Mengalah ibunya, puan Azlina pula bila encik Khairul yang buka mulut. Perutnya diusap minta simpati.

Restoran Laksa Penang yang tidak jauh daripada rumah mereka menjadi tempat mereka untuk mengisi perut. Craving si Izzah hari ini hendak merasa Laksa Penang dekat restoran yang baru sahaja dibuka dua minggu lepas itu. Dengar orang cakap laksa penang nya sedap. Betul ke? Ke hanya indah khabar dari rupa? Tak cuba tak tahu kerana tak kenal maka tak cinta, tak gitu tuan puan sekalian?

" laksa penang dua mangkuk tak perlu letak bawang holand. Lemon ice dua. Tu je, "
Tanpa menghiraukan Izzah yang masih sibuk menilik menu yang terdapat di restoran itu, encik Khairul terus sahaja memesan makanan yang diingininya. Perut dah berjoget. Tiada masa lagi hendak menunggu Izzah menghabiskan bacaannya pada buku menu itu.

Izzah memandang abahnya. Encik Khairul menaikkan kening tanda bertanya ' kenapa? '

" bagilah angah order sendiri "

" kalau nak tunggu angah habis baca menu tu sampai esok lusa pun belum tentu laksa tu lalu esofagus kita ni. Laksa penang kan menu utama kat sini, makan tu je lah, "
Terang encik Khairul lalu mencapai surat khabar yang terdampar di atas meja itu.

Tak bosan ke asyik baca surat khabar je memanjang?

" bang, laksa penang tiga bungkus. Asingkan kuah, "
Jerit sorang lelaki dari atas motornya yang masih dengan helmet tutup seluruh wajahnya. Tutup semua muka macam mana boleh tau tu lelaki atau perempuan? Heh! Suara tu suara lelaki. Persoalannya kat sini, ni restoran bapak dia ke suka hati jerit jerit macam tu? Tak boleh ke buka helmet tu dulu then turun dari motor tu dulu? Datang dekat sikit dengan abang tu then pesan makanan elok elok tak boleh ke? Adab kat mana?

Seperkara lagi yang membuatkan Izzah terkilan, encik Khairul yang membuat order terlebih dahulu tetapi lelaki yang tak beradab tu pula yang dapat makanannya lebih awal daripada mereka. Ini sungguh tak aci! Permainan apakah yang sedang mereka pertontonkan kepada masyarakat ini?!

" nak tanya sikit boleh tak bang? "
Soal Izzah kepada seorang waiter lelaki yang lalu disebelah kanannya. Lelaki itu mengangguk.

" siapa mamat tu eh? Apasal dapat layanan special sangat? "
Berkerut dahi encik Khairul memandang anaknya. Boleh pula tanya kat waiter macam tu. Suka hati diorang lah. Restoran diorang, layanan baik buruk itu hak diorang. Yang hendak dipersoalkan sangat ni dah kenapa?

" yang tu anak owner restoran ni dik, "

" patutlah makanan aku lambat sampai. Makanan mamat tu pulak yang kau bagi dulu. Tak aci betul lah, "
Monolog Izzah perlahan cukup untuk pendengarannya sahaja.

" cik cakap apa ye saya kurang dengar, "
Waiter itu menundukkan sedikit badannya agar separa dengan kedudukan Izzah. Heh! Siapa yang nak bisik kat kau sampai pasang telinga separa dengan mulut Izzah ni?

" takde apa apa. Tu je saya nak tanya. Maaf ye ganggu, "
Sopan si Izzah berbicara padahal tadi dah berpokpek sendirian.

" makanlah laksa tu cepat nanti kang ibu bising kat rumah tu kamu lambat pulang, "
Ujar encik Khairul sebelum menyambung suapan laksanya. Memang betullah kata orang, laksa kat sini memang 100 percent sedap! Lepas ni nak datang sini hari hari lah~

" ibu tak pernah kesah pun balik awal ke lambat "
Desis Izzah perlahan. Kuah laksa dihirup dengan penuh nikmat. Telur rebus yang telah dibelah dua dipotong empat bahagian pula. Kuning telur itu diasingkan daripada mangkuknya. Izzah memang jenis yang tak makan kuning telur. Bau kuning itu membuatkannya rasa mual. Tidak dapat dia bayangkan sekiranya kuning telur itu menyentuh lidahnya. Yay! Sungguh mengelikan.

×××××××××××

Sejujurnya saya tak doublecheck, minta ampun awal awal sekiranya terdapat typing error yang membuatkan korang keliru. Muahaha kalau ada komen tau, nanti saya betulkan! Keep reading. Thanks love!

.

-1155-

Infinity CINtaWhere stories live. Discover now