eight

4 1 0
                                    

Dont forget to vote. ♡

.

" harini balik pukul berapa? "
Soalan diutarakan oleh encik Khairul ketika melihat anaknya menuruni anak tangga.

" tak pasti tapi rasanya around pukul 12 macam tu la, "
Izzah berlalu ke dapur untuk mendapatkan sarapannya. Nasi lemak makcik Rogayah terhidang di atas meja. Jam tangannya dikerling seketika.

" alamak dah nak pukul 7 dah ni "
Dipandang jam tangannya bersilih ganti dengan menu sarapannya pagi itu. Kalau skip sarapan pagi ni terasa sayanglah pulak. Dah lah semalam skip dinner sebab ibu perli diri ini dah semakin berisi. Haih kalau nak makan ni kang lambat sampai sekolah. Apa yang harus kulakukan ya tuhan?

" ditenungnya nasi lemak tu boleh kenyang ke? Ke angah dah bosan sarapan nasi lemak cik Rogayah tu? "
Soal puan Azlina yang tiba tiba muncul datang mendekatinya dengan segelas nestum di tangannya. Izzah menjadi serba salah.

" eh tak bukan macam tu bu. Angah nak makan lah ni.... tapi dah nak pukul 7 takut angah lambat pula sampainya nanti, "

" tupperware tu ha ada. Letak dalam tu nanti kat sekolah boleh makan, "
Cadangan puan Azlina membuatkan Izzah tepuk dahi.

Apasal tak terfikir jalan penyelesaian yang ni? Siap pasrah bagai dah tadi.

Laju Izzah berlari mendapat tupperware berwarna baby blue. Enjin kereta encik Khairul menyapa gegendang telinganya. Semakin kelam kabut jadinya.

" abah tunggu kejap "
Jerit Izzah nyaring lalu mendapatkan ibunya. Tangan puan Azlina dicapai dan dicium lembut. Salam diberi lalu berlari masuk ke dalam kereta abahnya. Sempat lagi puan Azlina berpesan agar jangan hilangkan tupperware itu lagi.

" eh abah kejap. Kasut angah tertinggal. Patutlah rasa lain masa lari tadi "
Seatbelt yang sudah terpasang kemas tadi dileraikan semula. Encik Khairul hanya mengeleng kepala melihat telatah anaknya. Sehari tak kelam kabut memang tak sah. Liat sangat nak bangun awal. Apa nak jadi dengan anak dara sorang ni.

Tak sampai seminit Izzah kembali meloloskan dirinya ke dalam kereta. Sengihan lebar dihadiahkan buat abahnya yang setia menunggu.

" ada terlupa apa apa lagi ke tuan puteri? Otak ada bawak? Hati? Eh benda penting kena bawak tu baik cek betul betul, "

" loyar buruk ke abah? Angah dah lewat ni tau, "
Menyempat pula encik Khairul menyakatnya. Encik Khairul tarik sengih. Gurau pun dah tak boleh dengan budak nak ambil periksa ni.

" angah sorang je ambil periksa hari ni? "
Pemanduan yang mengambil masa 20 minit untuk sampai ke sekolah Izzah dimulakan. Izzah hanya mengangguk sebagai balasan. Jam tangannya dikerling sekali lagi; 7.00am.

" boleh laju sikit tak bah? Angah serius dah lambat ni mati lah angah kena bebel oleh cikgu Azman nanti , "
Izzah memegang lengan abahnya seolah olah sedang merayu.

" laju apanya lagi tak tengok ke abah dah pasang turbo ni ha, "

" turbo apanya ni kan gear 2. Abah please laju lah sikit.. hari ni je pleaseeeeee, "
Tersentak Izzah kebelakang sejurus sahaja encik Khairul menukar gear. 13 minit sahaja sudah sampai depan pondok guard sekolah. Fuh! Kalau macam ni hari hari kan bagus.

" terima kasih abah. Kalau macam ni laju dah boleh masuk lumba kereta dah ni, confirm bawa balik pingat emas, "
Ujar Izzah tayang sengih. Encik Khairul hanya menggeleng malas melayan si Izzah. Kata lambat tapi banyak songeh pulak.

Infinity CINtaWhere stories live. Discover now