Dont forget to vote ♡
.
Senyuman dilorekkan. Pipi Izzah automatik bertukar warna. Blushing!
" Aduhai Izzah.. apa dah jadi dengan kau ni "
Bisik Izzah perlahan lalu menampar perlahan kedua dua pipinya. Memori beberapa jam yang lalu terimbas diruangan mindanya. Ajakan daripada si encik crush sewaktu rehat tadi berterusan mengganggu konsentrasinya untuk mengulangkaji.Sewaktu rehat, Izzah beriringan dengan Hanani untuk menuju ke bilik cikgu Azman. Salam diberi sebelum mereka dijemput masuk. Tidak lama selepas itu, pintu bilik cikgu Azman diketuk menandakan ada manusia yang ingin bertemu dengan guru kaunselor ini.
Terkejut Izzah memandang Harris yang tersengih disebalik pintu bilik itu. Harris menyuruh Izzah berjumpa dengannya di bilik UBK pagi tadi hanya untuk memberitahu bahawa cikgu Azman memanggil mereka ke bilik guru pada waktu rehat. Niatnya hanya itu sahaja.
ulang sekali lagi. SAHAJA.
Kenapa tersirat sangat Haris? Tak boleh ke straight to the point? Tak boleh ke kau cakap awal awal niat kau tu tadi ? Tak adalah aku berangan kau ajak aku lepak rehat sesama. Cis!
Tanpa menunggu lama, cikgu Azman menyatakan motif sebenar mereka bertiga dipanggil. Tiga sampul yang berwarna putih di atas mejanya itu dicapai sebelum diberikan kepada tiga orang pelajar di hadapannya itu. Izzah terus lancang menyoal tentang isi kandungan sampul putih itu sebelum cikgu Azman menyuruhnya untuk periksa sendiri.
Sekeping duit bernilai rm50. Seminit kemudian, cikgu Azman menerangkan mengapa duit itu diberi kepada mereka bertiga.
" itu ganjaran daripada cikgu Suri sebab hanya kamu bertiga sahaja yang mendapat A dalam subjek Sains semasa pt3 tahun lalu, "
Itulah yang dikatakan oleh cikgu Azman selaku suami kepada cikgu Suri. Cikgu Suri tidak berkesempatan untuk memberikan ganjaran itu kerana cikgu Suri masih berada dalam keadaan koma semenjak kemalangan yang menimpanya seminggu selepas keputusan pt3 tahun lalu dikeluarkan. Sebelum kemalangan itu berlaku, cikgu Suri sempat meluahkan hajatnya untuk memberikan ganjaran kepada anak muridnya yang mendapat A dalam subjek yang diajar olehnya.
Cikgu Azman juga mengucap kata maafnya kerana terlambat untuk memberikan duit tersebut atas faktor dia terlupa.
Selepas keluar daripada bilik guru itu, Harris sempat mengajak Izzah untuk chill out pada hujung minggu. Yang membuatkannya terharu, Harris hanya mengajaknya seorang. Hanani yang berdiri di sebelahnya ketika itu langsung tidak dihiraukan. First date ke ni?
Pelawaan Harris itu masih terngiang ngiang di telinga Izzah menyebabkan fokusnya terganggu. Baru mendapat sekeping note 50 sudah memasang azam untuk belanja orang tengok movie. Peh!
" Hey Izzah, wake up! esok tu masih exam so kau kena belajar. Pasal si Harris tu kau tolak tepi kejap. Jumaat ni kau fikirkan pasal dia siang hingga ke malam pun takpe. Sekarang ni, belajar! Belajar okey belajar! belajar Izzah! "
Seusai berkata sedemikian kepada dirinya sendiri, Izzah kembali fokus menghadap buku yang sedang dipegang olehnya.Jarum jam yang elok tergantung di dinding bilik itu sudah menginjak ke angka 10pm. Baki masa untuk mengulangkaji hanya tinggal satu jam sahaja lagi. Izzah memang sudah meletakkan masa untuk dirinya beradu. Waktu paling maksimum bagi Izzah untuk mencelik mata adalah 11 malam. Lebih daripada 11pm, pasti dengkuran halus milik Izzah kedengaran.
>>>>>>>>>
Pagi itu Izzah hanya bersarapan di kantin sekolahnya sahaja ditemani dengan beberapa orang rakan sekelasnya.
YOU ARE READING
Infinity CINta
Genç Kurgu" Seems impossible. you never lose by loving. you only lose by holding back, while waiting the impossible to happen "-One and only. ××××××× " i love you so much. its hurt me " -NurIzzah Khaira " im sorry but i love her. I don't love you anymore "...