seven

6 2 1
                                    

Dont forget to vote ♡

.

ENCIK Khairul memandang dua beradik itu silih berganti. Kejap dipandang si Izrin kemudian beralih ke wajah sunggul Izzah dan pandangannya jatuh pula pada bekas tupperware bersama cebisan buah kiwi yang terbaring di atas lantai.

" any explanations? "
Soal si Abah. Ber-speaking ni maknanya hendak marah. Sebelum angin ribut taufan tsunami dan gempa bumi berlaku, baik jelaskan perkara yang terjadi.

Izrin memandang Izzah dan Izzah juga sebaliknya. Mereka bertatapan sambil mulut bergerak gerak. Masing masing menyuruh untuk menjelaskan perihal yang berlaku kepada si Abah.

" abah bukan tunggul kat sini, "
Suara encik Khairul menyentakkan mereka berdua. Izzah mengeluh seketika. Dia mengambil keputusan untuk membuat pembentangan. Wajah kakaknya dijeling sekilas. Bekas tupperware yang kosong itu diangkat. Nafas panjang ditarik dan dihela perlahan. Senyuman dihidang. Sebelum membuat presentation, keyakinan itu paling penting. Mahu melahirkan keyakinan perlulah ukirkan senyuman.

Tips author;

Semasa presentation, keyakinan tu perlu disemai awal awal. Even tangan bergetar tapi jangan tunjukkan diri tu tengah gementar semasa membuat presentation. Senyum je. Pandang depan dan jangan sesekali pandang manusia yang boleh buat keyakinan anda down. Contohnya macam ada kawan kau sorang ni sejenis pantang tengok orang nak berucap kat depan mukalah dia nak buat muka supaya kita tergelak. Haih spesies tak guna betul lah! hehe gurau. Janganlah pandang kawan tu. Nanti kang lupa segala benda yang nak dibentangkan. Kalau orang ramai sangat kat depan tu, anggap je diorang semua tu tak wujud. Tarik nafas panjang panjang then mulakan presentation dengan basmallah. Speak louder is important. Orang akan fokus dengan perkataan yang keluar daripada mulut kita bilamana mereka dapat mendengar dengan jelas apa yang kita sampaikan. Nervous tu memang normal tapi jangan tunjuk sangat menggigil okey? Fikir satu ni je, " everything will gonna be fine "

Oke sambung kepada presentation Izzah...

" assalamualaikum dan selamat tengah hari abah yang paling disayangi. Hari ini saya nur Izzah khaira anak kepada encik Ahmad Khairul selaku salah satu pesalah dalam kejadian ini ingin menjelaskan perihal yang berlaku beberapa minit yang lalu. First of all, ni semua salah along, " Izzah berjeda seketika. Izrin mengerutkan keningnya memandang Izzah dengan pandangan tajam. Encik Khairul ingin tergelak mendengar ucapan alu aluan anaknya itu namun disembunyikan sahaja riak wajahnya.

" Suka hati engko je salahkan aku" Ujar Izrin kurang berpuas hati. Tanpa menghiraukan si Izrin, Izzah menyambung pembentangannya. Dihadiahkan sekali lagi senyuman buah si abah. Dalam hati dah merayu dekat abah, " tolonglah jangan buat muka ketat abah macam tu. Seram tau angah nak meng-explain-kan ni. "

Encik Khairul berdehem seketika.

" Angah yang sudah selesai memotong buah kiwi kepada bentuk yang agak kecil agar mudah untuk dihadam bersama pudding yang bakal angah buat itu nanti tiba tiba disergah oleh si along yang tak bertauliah ini. Bekas tupperware ni dirampas oleh along tanpa belas kasihan. Kata along, buah kiwi itu miliknya namun angah sudah menghalakan torchlight kepadanya suyapa along dapat melihat dengan lebih jelas perkara yang angah sedang lakukan. Angah bukan mencuri buah itu saja saja. Along juga melihat sendiri paket pudding di atas meja itu namun masih lagi ingin berdalih. Bukan itu sahaja, angah juga menjelaskan kepadanya asbab mengapa angah mengambil buah kiwi itu tanpa pengetahuannya. Kalau dilihat dari sudut buruknya, jelas angah dikira mencuri tetapi angah sudah berhajat untuk membelikan along buah kiwi yang baharu pada petang nanti. Baik bukan hati anakmu ini wahai abahku? Dalam konteks ini, perkara itu tidak berdosa bukan? Alonglah yang bersalah dalam kes jenayah ini kerana masih tidak mahu bertolak ansur dengan angah. Seperti yang abah sendiri maklum, anak kedua abah ini jenis pantang kalau tak dapat apa yang diingininya lalu angah pun dengan perasaan tidak puas hati cuba untuk merampas kembali buah kiwi yang dipegang oleh along. Namun hal yang tidak diingini pula yang terjadi. Itu sahajalah yang dapat saya terangkan kepada abah. Harap abah mempertimbangkan sebelum menghukum kami. Sekian, terima kasih, "
Panjang lebar si Izzah menerangkan persis sedang membentangkan satu projek kepada pengetua yang berdiri 3 meter daripadanya dengan muka tegang. Kecut perut nak bergurau dalam presentation. Izrin yang kurang berpuas hati dengan penjelasan adiknya itu menunjukkan muka bengisnya. Mahu saja dilontarkan amarahnya kerana dituduh bersalah namun melihat wajah encik Khairul yang masih dengan wajah tegangnya itu, dibatalkan saja niatnya.

Infinity CINtaWhere stories live. Discover now