Don't forget to vote ♡
SEDAR tak sedar peperiksaan akhir tahun hampir melabuhkan tirainya. Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan sebelum cuti semester bermula.
Biologi dan fizik tidak lah sesusah mana, tapi yang menjengkelkan adalah subjek matematik tambahan dan kimia . Boleh berlubang-lubang otak cuba memahami konsep. Complicated sungguh.
" kau termenung ke kau tengah menghafal something tu? " suara Hanani menyentak lamunan Izzah.
Astagfirullah al-azim. Izzah beristighfar sambil mengeleng kepalanya. Kepalanya dipegang lalu menunduk. Hanani yang melihat keadaan itu terus memukul bahu Izzah menggunakan buku rujukan Kimia yang dipegangnya sedari tadi. Izzah mengangkat kepala.
" aku okey, "
Hanani mengerutkan keningnya. Pelik melihat keadaan Izzah. Jelas terpancar tekanan yang dialaminya. Wajahnya juga kelihatan pucat lesi." sejak bila pula aku tanya dia okey ke tak ni? "
Monolog Hanani dalam hati." kau stress sangat ni. Muka tu nampak pucat semacam. Nah ambik ni "
Hanani menghulurkan minuman 100plus yang dibeli di kantin tadi. Izzah menggeleng." puasa, "
Hanya sepatah perkataan yang dapat dikeluarkan. Penat. Fizikal dan mental Izzah terlalu letih. Kemunculan mesej yang diterimanya pada minggu lalu masih lagi mengganggu fikiran Izzah. Mesej itu lansung tidak dibalas. Dibiarkan sahaja dengan dua tanda biru tanpa niat untuk membalasnya. Beberapa hari yang lalu Izzah ada juga menerima mesej daripada nombor yang sama. Serabut Izzah memikirkan perihal orang tersebut.apehal suka datang lalu pergi kemudian datang balik hah?!
semak!
" dah lah menghafal tu. Risau aku tengok kau macam ni, " Hanani memandang prihatin. Izzah menekup mukanya menggunakan buku rujukan Kimia setebal kamus itu.
" aku bukan menghafal pun, " Ujar Izzah perlahan tanpa memandang Hanani. Tidak lama selepas itu, loceng yang menandakan waktu rehat tamat itu berdering. Laju Izzah mengangkat kaki tanpa mempedulikan Hanani yang duduk di sebelahnya. Panggilan daripada Hanani dibiar bagai angin yang lalu.
Izzah juga tidak faham dengan dirinya sendiri. Perasaan ingin menangis tetapi tidak ada airmata yang mampu mengalir keluar. Izzah seperti seorang yang mengalami kemurungan. Tangan Hanani yang tiba tiba meranggul bahunya mengejutkannya. Entah apa yang disoal Hanani sebentar tadi.
" kau cakap apa tadi? " Soal Izzah ketika mereka menuju ke kelas Ibnu Sina. Belum sempat Hanani bersuara, bunyi rotan cikgu Maimon menyentakkan mereka. Laju kaki dihala ke muka pintu kelas mereka.
Salam diberi sebelum mereka dibenarkan masuk. Tajam pandangan mata cikgu Maimon melihat mereka berdua. Izzah hanya diam menekur lantai sementara Hanani sedang menjelaskan asbab mereka terlewat masuk ke kelas.
Izzah merasa seperti ada beban yang menghempap kepalanya. Suara Hanani lama kelamaan semakin mengendur. Ketika Izzah merasa ada sentuhan di pergelangan tangannya, dunianya tiba tiba menjadi kelam.
×××××××××
Sayup sayup suara orang berbicara kedengaran. Itu seperti suara encik Khairul. Izzah membuka matanya perlahan lahan. Tiada siapa yang perasaan dirinya sudah mula sedar.
Bebola mata digerak ke kiri dan ke kanan untuk mentafsir keberadaannya sekarang.
" angahh... " tangan Izzah digenggam. Izrin mengusap ubun ubun adiknya perlahan.
" angah okey? Ada rasa sakit mana mana tak? " Soal Izrin risau. Izzah menggeleng sebagai jawapan. Seorang doktor perempuan yang memakai kaca mata itu datang mendekati Izzah.
" she is fine. Cuma dia stress sikit and perut masih kosong. Kamu memang tak pernah makan? " Soalan itu dituju untuk Izzah. Sekali lagi Izzah menggeleng.
" dia ni memang macam ni doktor. Pemalas makan, " Lengan Izzah ditepuk perlahan menandakan dia geram dengan peragai adiknya itu. Liat sangat nak makan.
Doktor itu hanya tersenyum.
" nanti saya bagi vitamin untuk menaikkan selera makan kamu. Jangan skip makan ubat tau? Saya keluar dulu, " Pamit doktor Rina sebelum Izrin mula membebel.
" mana abah? Tadi angah macam ada dengar suara abah, " Izzah cuba untuk duduk. Bantal putih empuk itu dijadikan untuk menyandarkan belakangnya.
" tadi memang ada tapi abah keluar kejap. Pergi cafe bawah tu kot sebab abah belum lunch lagi, " Izzah mengangguk faham. Ibu? Usah ditanya keberadaan puan Azlina. Pastinya puan Azlina tidak datang untuk menjenguknya. Entah bila wanita itu akan merisaukan keadaannya.
Kepalanya dipegang. Sudah kurang sikit rasa denyutan di kepala itu. Peristiwa sebelum Izzah pengsan terlayar dimindanya. Hanani. Pasti dia risau.
Telefon bimbit kakaknya dirampas.
" kejap je " Izrin memandang geram. Nombor telefon Hanani dicari. Butang panggilan ditekan.
Kredit anda tidak mencukupi.
Izrin tergelak. Kepala Izrin diketuk menggunakan telefon itu. Telefon tak ada function betul lah!.
" baik along tak payah pegang telefon. Kredit tak ada tak berguna. Buang je telefon ni" Izrin mengambil semula telefonnya.
" kredit tak ada tapi mana mana pergi pun ada wifi. So masih berguna okey. Along tengah belajar hidup berjimat cermat sekarang ni ha. Whatsapp je lah Hanani tu, " Izrin memberi cadangan.
Whatsapp.
Izzah benci dengan applications itu. Ia seolah olah mengingatkan Izzah tentang mesej yang terima olehnya beberapa hari yang lalu.
Susah bukan melupakan orang yang pernah kita cinta. Move on itu bukan mudah. Izzah sudah cuba untuk melupakan dan dia juga hampir berjaya melupakan lelaki itu. Tetapi mengapa lelaki itu perlu datang kembali?
Luka dihati itu belum sempat dijahit sepenuhnya tetapi sekarang sudah berdarah kembali. Memori bersama orang tersebut seperti menghiris hati Izzah.
Bagaimana luka itu hendak sembuh?
×××××
Chapter paling pendek setakat ini HAHAHA ampunkan dinda. Idea ikut terbang bersama angin yang lalu :( Macam mana nak tangkap idea tu balik eh? Risaulah macam ini asyik hilang je idea :(
Anyway, keep reading. I'll try my best untuk update bab baru esok. Thanks love!
-845words-

YOU ARE READING
Infinity CINta
Teen Fiction" Seems impossible. you never lose by loving. you only lose by holding back, while waiting the impossible to happen "-One and only. ××××××× " i love you so much. its hurt me " -NurIzzah Khaira " im sorry but i love her. I don't love you anymore "...