Dont forget to vote ♡
" arggggg sakit bu sakit stop please ughhh "
Raung Izzah dalam kesakitan. Mengurut kaki yang terseliuh ni lebih sakit dari putus cinta tau?! Sadis.Puan Azlina tidak mempedulikan raungan anaknya. Izrin Khairi yang memandang adiknya itu turut mengerutkan keningnya seolah olah turut merasakan sakit yang dialami oleh Izzah. Sampai terhinjut hinjut bahu Izzah menangis akibat kesakitan.
" dah lah tu ibu. Kesian pula along tengok angah tu, "
Izrin cuba memujuk ibunya. Dia juga tidak sanggup melihat adiknya menangis sedemikian. Sakit sangat ke tu? ngeri semacam." sikit lagi ni kena urut. Tu lah ibu suruh pergi sekolah tu belajar, bukan main lari sana sini. Kan dah jatuh ni menyusahkan orang. Bukan menyusahkan kau ja, ni menyusahkan ibu sekali kena urut kau macam ni, "
Ujar puan Azlina tanpa memandang raut wajah Izzah yang basah dek air matanya.Sentap menusuk ke kalbu.
Izzah menyeka air matanya setelah proses pengurutan itu selesai. Izrin berdiri dari sofa mini empuk itu lalu memapah adiknya masuk ke dalam bilik. Terhinjut hinjut bahu Izzah. Sakit yang dirasakan pada kaki kanannya itu semakin beransur hilang tetapi diganti pula dengan sakit di hati.
Izzah kembali menyambung tangisannya setelah punggung mencecah permukaan katil. Sakit di hati kembali berdarah.
" angah memang selalu menyusahkan ibu, "
Izzah menggenggam tangan kanan kakaknya. Izrin sahajalah tempatnya untuk meluah rasa yang terpendam di ruang hatinya.Walaupun Izzah selalu merasa cemburu dengan sikap ibunya yang suka melebih lebihkan kakaknya tetapi dia tidak pernah berdendam dengan Izrin. Hanya Izrin tempatnya mengadu. Hanya Izrin yang selalu menjadi backup nya di rumah ini. Hanya Izrin yang selalu menceriakan dirinya ketika berduka. Walaupun sering berkelahi, mereka saling menyayangi antara satu sama lain.
" dah kau main lari lari kat sekolah tu dah kenapa? Buang tabiat? Tak padan dengan umur, "
Izrin duduk di birai katil menemani adiknya itu." ingat aku takda kerja lain ke nak main lari lari? Jatuh ni pun sebab tersepak batu bata. Kalau tak disebabkan batu tu, tak ada lah aku jatuh sampai terseliuh macam ni. Tak faham betul lah kenapa batu tu nak duduk kat tengah jalan macam tu. Haih sakit tau kaki ni. Tapi tak sesakit hati angah ni, "
Izrin tergelak kecil. Menangis pun sempat lagi membebel itu ini. Menyalahkan batu pula tu.
" padanlah muka kau. Tulah selalu ejek aku buta. See? Siapa yang buta sekarang ni? "
Paku buah keras dipulangkan balik. Izzah ikut tergelak mengimbas kembali memori kakaknya mengomel sekiranya terlupa memakai lens ketika mereka menonton wayang. Selalu diejek kakaknya itu buta sebab langsung tidak boleh membaca sari kata yang terpapar di skrin televisyen besar di panggung wayang itu." kau janganlah ambil hati dengan ibu tu. Ibu tengah stress. Sebab tu ibu cakap main lepas. Yang kau hati tisu sangat ni dah kenapa? hek elleh sakit lagi hati daripada kaki konon. Baru sentuh kaki tu dah meroyan, "
Izrin menghenyak tubuhnya di atas katil adiknya itu. Bukan mereka tidak biasa dengan sikap puan Azlina yang memilih kasih itu. Izzah terlalu penat merasa terpinggir dari kasih sayang seorang ibu." bukan hati tisu lah. Aku just terasa. Sampai hati ibu cakap macam tu. Angah tahu lah angah ni suka menyusahkan ibu, tapi tu semua bukan kemahuan angah. Hish kalau kau yang sakit tak pernah sekali pun aku dengar ibu mengeluh macam tu. Tapi kalau..
" dah lah kau ni banyak cakap pula. Kau rehatlah. Kalau nak apa apa bantuan whatsapp aku. Aku nak blah balik bilik aku. Busuk ah bilik kau ni, "
Izrin cuba menghentikan perbualan mereka. Nanti ada yang makan hati lagi. Pintu bilik Izzah ditutup rapat. Sabar sahajalah adikku..Telefon bimbit huawei nova3i dicapai. Aplikasi whatsapp dibuka. Satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali menarik perhatian Izzah. Laju jarinya bergerak untuk membuka mesej tersebut.
014********: assalamualaikum Khaira. Ingat aku lagi tak? hehe
Terlepas telefon bimbit itu daripada genggamannya.
Dia.
Kenapa dia datang balik? Kenapa dia mesej aku? Apa lagi yang dimahu?
Berdegup kencang jantung Izzah melihat mesej tersebut. Tidak perlu membuka gambar whatapps orang tersebut untuk mengetahui siapa orang itu.
Khaira.
Hanya seorang sahaja yang memanggilnya dengan panggilan nama keduanya itu.
Ya. Hanya dia serorang.
>>>>>>>>>
" hello Nani, aku tak boleh hadir lagi lah hari ni, "
Ujar Izzah setelah panggilannya bersambung dengan sahabat baiknya itu. Di wasep gak di balas. Di telfon dari semalam juga gak di angkat. Nasib baik subuh yang hening kali ini panggilannya berjawap." apasal pula? Kaki kau masih tak okey ke? Dah 4 subjek kau tak ambil ni, "
Nada risau kedengaran. Hanani terkejut melihat missed call daripada Izzah sejak semalam. Telefonnya itu sejak semalam lagi diletakkan dalam silent mode." aku tahu tapi aku demam ni. Tak larat ah jalan kaki. Aku memang cadang datang sekolah hari ni tapi tulah, keadaan tak mengizinkan, "
" eh apasal pula jalan kaki? "
Berkerut dahi Hanani mendengar. Jam di dinding dikerling seketika." abah aku outstation kat Johor. Takda siapa boleh hantar aku. Selalu kalau macam tu aku memang jalan kaki tapi tak larat lah hari ni, "
" kau tumpang aku lah hari ni. Aku boleh suruh bapa aku singgah ambil kau kejap. Kau bersiaplah sekarang nanti aku datang ambil kau, "
Hanani cuba memberi cadangan. Kesian pula dekat kawan dia sorang ni." eh takpayah lah sampai macam tu. Menyusahkan pakcik Zaid pula, "
Masih terngiang ngiang ayat puan Azlina dua hari lalu. 'Kan dah jatuh ni menyusahkan orang. Bukan menyusahkan kau ja, ni menyusahkan ibu sekali kena urut kau macam ni. '
Izzah menjadi sebak. Dia sungguh terkesan dengan ayat itu hinggakan setiap apa yang ingin dilakukannya pasti difikir seribu kali. Izzah cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa lagi.
" menyusahkan apa pula. Tak ada maknanya menyusahkan okey. Kau kan kawan aku. Kau bersiap eh? Nanti aku ambil kau. Bosan tau tak kat sekolah tu takda kau. Kau tak kesian ke kat aku ni duk study sorang sorang, makan sorang sorang haih memang semua benda aku buat sorang sorang tau sepanjang kau tak hadir,"
Hanani cuba memancing Izzah. Dia tahu Izzah memang mudah untuk simpati dengan orang. Sebab itu sengaja kata kata itu diluah agar Izzah akan datang ke sekolah hari ini.Perkara yang disampaikan olehnya itu juga bukan helah semata mata. Hanani memang berseorangan sepanjang ketiadaan Izzah di sekolah itu. Hanani kurang rapat dengan rakan rakan sekelasnya. Dia hanya berkawan rapat dengan Izzah sorang.
" alolo sian pulak kawan aku sorang ni. Yang kau tak pergi study sesama kawan lain tu dah kenapa? Dah berapa kali aku pesan, aku bukan ada untuk kau setiap masa tau?"
" ye aku tahu cik Izzah Khaira. Kau pergilah bersiap pleaseee, "
Sampuk Hanani cuba untuk menghentikan leteran sahabatnya itu." Ish kau ni. Yelah aku tumpang kau. Aku nak pergi bersiap lah ni, "
" yeyyy! Okey dah pergi bersiap cepat. Kejap lagi aku datang ambil, byeee "
Izzah hanya mengelengkan kepalanya. Tak sempat nak ucap bye sebab orang disana dah matikan panggilan. Takut Izzah mengubah fikiran lah tu. Izzah mengeluh kecil.
Tuala biru dicapai sebelum mengorak langkah menuju ke bilik mandi.
.
-1127words-

YOU ARE READING
Infinity CINta
Teen Fiction" Seems impossible. you never lose by loving. you only lose by holding back, while waiting the impossible to happen "-One and only. ××××××× " i love you so much. its hurt me " -NurIzzah Khaira " im sorry but i love her. I don't love you anymore "...