Pagi itu aku turun ke dapur untuk menolong Mummy memasak makanan untuk sarapan pagi kami. Aku duduk di kerusi meja makan di hadapan Mummy sambil menongkat dagu. Aku perhati saja Mummy yang sedang memotong bawang.
"Aisya, tolong siram pokok bunga dekat halaman rumah boleh?" pintanya. Tanpa banyak bicara aku terus bangun dan menuju ke pintu, selipar dipakai. Pili air dibuka dan aku bergerak untuk mengambil hos yang berdekatan dengan pokok bunga tersebut.
Selepas beberapa minit, aku berhenti dan menutup pili air itu. Wayar digulung kemas lalu diletakkan di sebelah pili air tersebut. Baru saja aku ingin berjalan, seekor arnab kecil duduk di atas kakiku. Aku duduk mencangkung lalu mengusap lembut badan arnab itu.
"Awak sesat ke ni? Comelnyaa." kataku sambil mengangkat arnab itu bagi melihatnya lebih dekat. Aku memandang sekeliling, takut ada tuan dia cari. Mesti arnab orang ni, terlepas dari sangkar kot.
"Cik?" tegur seseorang dari luar pagar. Aku mendongak dan berdiri merapatinya. "Ya?" tanyaku sopan. Takkan nak berkasar pulak kan. Aku lihat wanita di hadapanku ini, mungkin sebaya dengan aku kerana mukanya yang sedikit matang dan berkaca mata hitam.
Mat saleh?
"Itu arnab saya, cik jumpa kat mana?" katanya. Aku menghulurkan arnab tersebut kepadanya dan dia mengambilnya. "Dia masuk ke sini tadi." jawabku.
"Terima kasih. Saya lupa letak dia dalam sangkar tadi, saya pergi dulu ye." pamitnya dan berlalu pergi. Aku membalas senyumannya sambil memerhati arnab comel itu dibawa pergi oleh tuannya. Nanti kita jumpa lagi.
"Kau buat apa ni?" tersentak aku apabila mendengar suara di sebelahku. Aku berdiri menghadap Airil yang seperti baru bangun tidur itu. "Takde apa." jawabku sambil memandang ke luar pagar rumah ini.
Airil menarik tanganku agar rapat dengannya lalu mencium dahiku. "Morning." katanya sambil tersenyum manis. Tangan dia pula naik mengusap kepalaku.
"Morning." balasku. Kami berjalan masuk ke dalam rumah untuk sarapan bersama. Setelah sarapan, aku duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen, serius takda benda yang boleh buat. Nak kemas rumah? Dah terlebih bersih dah.
"Kita balik rumah petang ni tau." celah Airil lalu mengambil tempat di sebelahku. Aku mengangguk dan kembali memandang kaca tv. Airil bangun berdiri lalu menapak ke pintu rumah. Aku hanya memerhati kelakuannya.
"Aku nak keluar kejap, jangan lupa kemas barang." pesannya dan berlalu pergi. Tanpa berlengah lagi, aku menutup tv dan menapak ke tangga untuk naik ke bilik. Baik aku kemaskan semua barangan dulu, nanti senang boleh terus ambik je.
Lagipun biasanya last minit punye kerja ni tak teratur. So, kemas lah awal-awal. Jangan buat kerja last minit, ingat.
Petang itu aku berangkat pulang ke rumah milik Airil. Dia kata rumah dia atas bukit. Aku dah agak, kalau atas bukit mesti dalam hutan. Kalau dalam hutan mesti sunyi. Kalau sunyi.. Alamak, meremang bulu roma aku apabila terbayang pelbagai jenis makhluk yang akan muncul.
Sampainya di sana, kami masuk dan aku duduk dahulu di sofa sampailah Airil menarik tanganku untuk naik ke bilik. Airil menolak badanku ke katil dan dia turut baring mengiring di sebelahku. Aku terkejut dengan tindakan drastiknya. Airil meletakkan tangannya di atas pinggangku.
"Buka baju aku." arahnya. Mataku automatik membulat. Ada ke patut dia suruh aku buka baju dia. "Ta.. Tapi, kenapa?" soalku. Bukan taknak bukak, tapi segan. Nanti dituduhnya aku mengintai badan suami sendiri dengan penuh khusyuknya.
Aishh.
"Aku kata buka, tak dengar ke cakap suami?" soalnya sinis. Aku teragak agak untuk membuka butang baju kemejanya itu namun aku gagahkan juga. Nanti dapat tittle isteri derhaka sebab tak buka baju suami seperti yang diarahkan. Wuish, seram.
Perlahan-lahan butang bajunya aku buka satu persatu sampai habis. Aku kembali memandangnya. "Dah? Bukak." arahnya lagi. Aku terpaksa ikut arahannya walaupun sebenarnya aku tak rela. Bukan apa, aku malu lah!
Terkejut aku apabila terdapat darah pada bahu kanannya. "Bahu awak kenapa?" soalku sambil membelek luka di bahunya. "Kena batu." jawabnya. Aku memandangnya lama dan dia mengangkat kening kepadaku.
"Takkan sampai darah banyak macam ni." bentakku. Airil merapatiku, mata kami bertembung. "Suami kau tengah sakit lah sayang, letak la ubat dulu. Sakit ni." adunya. Aku pantas bangun dan mengambil first aid di dalam almari lalu duduk di sebelahnya semula.
Luka di bahunya aku cuci terlebih dahulu dan sapukan ubat di sekeliling lukanya itu. Akhir sekali aku balut lukanya, kotak first aid ditutup semula. Dalam tak sedar, Airil sudah lama memerhatikan perlakuanku.
"Kenapa tengok saya macam tu?" soalku.
"Kau cantik lah sayang." jawabnya.
Aku melarikan mataku daripada bertembung dengan matanya. Airil bangun dan mula berdiri. Kepalaku diusap lembut lalu dia turun ke bawah. Aku memegang dadaku yang berdegup kencang.
Jangan buat hal.
Malam itu pula aku hanya duduk di dalam bilik sambil membaca beberapa buku yang ada di dalam bilik ini. Airil yang keluar daripada bilik air itu aku pandang dan dia sedang menuju ke arahku.
"Aku nak keluar kejap ni, ada kerja sikit. Jangan tunggu aku, mungkin aku balik lambat." aku hanya mengangguk dan memerhati saja pemergiannya. Aku menongkat dagu.
Kerja? Huh, mustahil. Nak menipu pun agak-agak la, Daddy sendiri kata kat aku Airil cuti dulu buat masa ni, luangkan masa dengan aku dulu.
Heh.
"Tidur laa. Tutup laa mataaa." suaraku meleret. Aku berguling-guling di atas katil, serius aku tak boleh tidur. Airil pulak belum balik dari tadi, bukan aku tunggu dia tapi tu la hati ni tak sedap pulak. Biasa la, malam-malam ni dia punya pemikiran lain sikit.
"Kenapa belum tidur? Aku dah kata tak payah tunggu kan?" soal Airil yang sedang membuka butang bajunya. Masa bila dia masuk pun aku tak tahu. Aku memerhati bajunya, kotor. Dia ni pergi main selut ke apa? "Suami kau tanya ni." sambungnya lembut. Aku melihat ke arahnya.
"Saya tak boleh tidur la." jawabku dan duduk bersila sambil memeluk bantal. Termenung. Airil kini duduk di hadapanku, aku mengangkat muka memandangnya. "Boleh balut luka ni sekali lagi tak?" pintanya sambil menunjukkan bahunya yang terluka tadi.
"Macam mana boleh tertanggal pulak?" tanyaku sambil bangun dan menuju ke almari, first aid diambil dan duduk bersila semula di hadapannya. Airil memegang tanganku. "Nanti buat, aku nak mandi kejap." lalu dia pun bangun dan menuju ke bilik air. Aku terpinga-pinga.
Tersengguk-sengguk aku menunggu Airil keluar dari tandas. Lama pulak dia ni mandi, aku dah mengantuk ni. Mata aku tenyeh-tenyeh kan.
"Dah." Airil di hadapanku aku pandang. Kurang ajar nye dia ni, dengan pakai seluar saja baju entah kemana duduk di hadapan aku dengan mengelap rambutnya yang basah.
Tergoda aku.
Dengan campur mengantuknya aku sapukan semula ubat di bahagian lukanya dan balut. Mata aku tahan daripada tertutup. Airil mencium mataku sekilas, aku mengangkat kepala memandangnya.
"Mengantuk ke sayang?" soalnya. Aku angguk dan meneruskan kerjaku membalut bahunya.
"Hm, dah." aku ingin bangun untuk menyimpan semula first aid di dalam almari, namun Airil menarik aku duduk kembali. "Letak atas meja tu je, kita tidur." aku balas dengan anggukan saja, tidak mampu nak buka mulut, mengantuk yang amat dah ni.
Airil menarik aku ke dalam pelukannya. Rambutku diusap lembut olehnya. "Stay dengan aku tau." aku mendongak memandangnya. "Awak melalut apa malam-malam ni?" soalku. Airil senyum saja, mataku direnungnya.
"Nothing. Just jangan pernah lari daripada aku. Tau?" katanya. Aku mengangguk dan terlelap dengan sendirinya.
Maaf typo. 🙆
YOU ARE READING
Ma Sweet Mafia!
Random"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafia yang terlampau sweet. Enjoy! Special thanks to karmadahlia for this beautiful cover 🖤 update: ce...